7.Town Hill

8.5K 655 1
                                    

"Kita hendak ke mana?" langkah Irene terhenti. Dia menoleh ke arah Erina yang berpakaian yang agak pelik sedikit. Baju hitam dan bertopeng muka. Nampak pelik! Sedangkan Irene hanya menyarungkan baju biasa dan seluar panjang.

"Jalan-jalan ... marilah!" Tangan Irene dicapai supaya mengikuti. Mahu tidak mahu Irene terpaksa juga ikut kehendak Erina. Dia dibawa ke seluruh tempat seakan mengelilingi kota.

Mereka sampai ke Town Hill iaitu bandar di Verillend. Town Hill amat berbeza sekali dengan bandar di Willard dan lebih meriah. Deretan kedai-kedai di tepi jalan sangat kecoh degan suara penjual yang ingin menarik perhatian pelangan. Bukan itu sahaja terdapat beberapa ahli muzik jalanan yang sedang membuat persembahan, dikelilingi ramai orang.

"Meriah betul ... macam festival,"

"Hahaha, Town Hill ini tiap-tiap hari macam ni."

"Berbeza dengan bandar Willard" gumam Irene perlahan.

"Tengok sana! ahli silap mata buat pertunjukanlah!" Jari halus Erina menunding ke arah lelaki berpakaian warna maroon. Muka Erina berubah sungguh teruja! Mungkin ini kali pertama dia melihat.

"Kamu hendak tengok ke?"

"Jomlah!" ajak Erina seraya menarik-narik tangan Irene.

"Hmm ... baiklah, aku itu sahaja."

Erina menepuk tangan dengan teruja apabila ahli silap mata itu menukarkan seekor harimau menjadi seekor anak kucing. Orang ramai semakin mengerumuni kerana tertarik dengan persembahan. Anak kucing itu dibelai perlahan sebelum dia mendekati Erina.

"Hai, gadis comel, awak mahu bunga?" soal ahli silap mata itu kepada Erina. Dengan laju Erina mengangguk. Lelaki itu tersenyum lantas mengambil sehelai kain, lalu digenggam erat kemudian dia melemparkan ke udara. Kain tadi telah berubah menjadi bunga ros merah dan dihulur kepada Erina. Para penonton mula bersorak kagum. Mereka memuji-muji persembahan yang dilakukan.

"Terima kasih!"

"Sama-sama. Itu adalah hadiah untuk budak kecil seperti kamu." Ahli silap mata terpandangkan Irene. Mata mereka bertentangan beberapa saat, cepat-cepat Irene mengalihkan pandangan ke tempat lain. Kenapa lelaki itu asyik pandang sambil buat muka pelik? Lelaki ahli silap mata itu kembali ke pentas untuk menutup persembahan.

Irene mula rasa letih. Dari tadi dia ikut sahaja ke mana Erina pergi. Penat dia melayan. Rasa hendak pengsan pun ada. Town Hill bukan kecil yang tetapi luas! Berjalan satu hari pun belum tentu dapat kelilingi!

"Erina nak ke kedai kasut sekejap ya?"

"Baiklah ... nanti kita jumpa dekat bangku itu." Irene memuncungkan bibirnya ke arah sebuah bangku yang berhadapan dengan kedai buku. Ah, kali ini dia sudah tidak larat lagi hendak ikut!

"Okay!" Sekelip mata sahaja kelibat Erina sudah hilang dari pandangan mata Irene.

Dia mengeluh berat. Kelibat Erina masih belum muncul. Irene mula rasa letih setelah berjalan seorang diri di Town Hill yang agak sesak. Dia kembali ke tempat bangku yang dikatakan kepada Erina tadi. Irene melabuhkan punggung di atas bangku untuk melepaskan lelah. Lega dia bila dapat duduk. Kaki pun sudah sakit.

Sedang dia memerhatikan orang lalu-lalang, pandangan matanya dihalang oleh susuk badan seseorang. Irene terus mendongak, seorang lelaki berpakaian hitam dan memakai topi coklat gelap berdiri tegak di hadapannya. Tangan kanannya pula memegang sebuah buku. Bila dia amati wajah lelaki itu, baru dia perasan lelaki dihadapannya ini adalah lelaki ahli silap mata tadi.

Irene menjadi kaku apabila lelaki itu merenung dia lama. "Iya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Irene gagap.

"Penat saya cari kamu. Dekat sini rupanya." Lelaki itu duduk di sebelah Irene tetapi berjarak. Bimbang Irene tidak berasa selesa pula.

Irene tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. "Cari saya? Untuk apa pula?"

Matanya melilau-lilau di sekeliling sebelum menghulurkan sebuah buku. "Nah ambil ini." Dia menanti Irene pegang buku itu tetapi Irene langsung tidak menyentuh, terus dia mencapai tangan Irene dan dipaksa untuk memegang buku itu. "Saya serahkan buku ini kepada kamu untuk jaga, pastikan kamu jaga ia sebaik mungkin."

"Ah, tapi buku ini ..."

"Janji!" potongnya laju wajah Irene dipandang bersama satu harapan. Dia berharap agar gadis itu akan menjaga buku yang diberi. Buku itu bukan buku sebarangan. Dia yakin gadis di hadapannya mampu untuk menjaga dengan baik malah sentiasa melindungi. Irene mengangguk perlahan walaupun dia teragak-agak.

"Buku ini amat berguna untuk kamu." Katanya lagi.

Buku yang berada di tangannya di belek-belek sebentar. Buku itu berwarna coklat dan berkulit tebal, kelihatan buku itu seperti sebuah buku lama. "Pakcik, buku ni." ayat Irene tergantung sebaik sahaja dia mengkat muka. Kelibat lelaki tadi sudah hilang sekelip mata.

Irene berdiri, mahu mencari. Dia tidak sempat pun mahu menanyakan satu soalan! Dia toleh ke kiri dan ke kanan. Lelaki itu betul-betul sudah hilang. Memang tidak nampak kelibat langsung! Sedang dia ralit memerhati dia terpandangkan Erina memasuki sebuah kedai baju, baru sahaja dia melangkah dua tapak. Dia terlangar seseorang tanpa sengaja! Cepat-cepat dia meminta maaf.

"Wah ... Senang-senang saja minta maaf ya?" Jerkah lelaki yang dilanggar Irene. Irene terkedu seketika.

"Maaf sahaja memang tidak cukup!" sindir lelaki berbaju merah. Begitu sinis dia memandang Irene yang jauh beza ketinggian.

Irene hanya tersenyum kelat. Semua tiga orang lelaki yang berada di hadapannya mempunyai badan yang besar, tinggi dan sasa. Irene cuba berlagak tenang, walhal degupan jantung sudah tidak terkawal!

"Kau cantik," lelaki ketiga mahu menyentuh rambut Irene tetapi ditepis kasar.

"Aauumm ... Garangnya," serentak itu tiga orang lelaki meletuskan ketawa. Irene memegang erat buku di tangannya. Dia berniat mahu lari, tetapi dihalang oleh mereka. Orang-orang yang berada di sekitar situ hanya lalu tanpa membantu. Ada pun mereka tidak berani.

"Hey! penyangak lepaskan kawan akulah!" Irene segera menoleh ke arah suara yang amat dikenali. Lega dia apabila Erina datang tepat pada masanya.

"Mana boleh!" jawab salah seorang dari mereka.

"Hmmm ... kalau macam itu." lantas Erina menunding jari tepat pada lelaki berbaju merah. Dia membuat gaya seperti mahu menembak. Irene mesti diselamatkan tanpa mencederakan orang ramai.

"Kau buat apa tu budak?"

"Nak main tembak-tembak ke tu?"

"Lebih baik kamu pulang dan duduk makan gula-gula di rumah saja!"

Mereka bertiga terus mengejek, mengutuk dan menjadikan Erina sebagai bahan jenaka. Erina hanya bersabar padahal api kemarahan telah memecahkan tembok kesabarannya ketika ini!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now