61.Mak? Ayah?

4.7K 415 7
                                    

Suasana kota yang riuh bertukar sunyi dan sepi. Peduduk-penduduk yang giat melakukan aktiviti harian pada pagi ini, berhenti. Masing-masing menumpukan perhatian kepada seorang gadis yang sedang berjalan diiringi tentera negara itu.

Negara Eicland sebuah negara yang tertutup. Mereka tidak suka bercampur dengan orang luar dan suka menyendiri.

"Kita nak ke mana ni? " lelaki di sebelahnya dipandang dari sisi. Rambut hitam beralun lembut dek terkena tiupan angin.

Mendengar soalan Irene, lelaki berpakaian besi berwarna emas itu terus menoleh.

"Eric, nama saya Eric. Kita akan ke istana ."

"Lama lagi ke?"

"Tak ... kejap lagi sampai. Kenapa? awak penat?" Eric menyoal dengan sopan.

"Hmm ...."

Tipulah kalau Irene kata yang dia tak penat. Sudahlah lapar tahap gaban! Lepas tu berdepan dengan Golith lagi. Letih gila, kalau dapat tilam ni berguling-gulinglah dia nanti!

Tidak lama kemudian, mereka sampai di sebuah pintu pagar besi. Dua orang pengawal istana yang menjaga, membuka pintu pagar. Eric melangkah masuk, Irene hanya mengikut tanpa sebarang suara. Mereka berjalan melepasi halaman istana dan melepasi pintu utama. Kedatangan mereka disambut oleh seorang dayang istana.

"Bawa dia berehat di bilik." arah Eric. Dayang istana itu mengangguk laju.

Irene memandang, Eric. Lelaki itu tersenyum."Irene ... berehatlah dulu mesti awak penat,"

Tanpa membalas Irene mengikuti langkah dayang istana tadi. Tiba di sebuah bilik, dayang istana tadi beredar dengan penuh sopan.

"Cantik!"

Irene menjerit. Dia berlari ke arah katil bersaiz king. Mukanya teruja teramat sangat! Lantas, dia melompat di atas katil. Fuh! lega gila dapat baring. Bolehlah bermalas-malasan sekejap.

Tangan kanan menindih dahi. Irene menghela nafas panjang. Fikiran menerawang ke udara. Dia masih terfikirkan tentang apa yang Permaisuri Ellie ceritakan pada tempoh hari.

Kalau ikutkan hati memanglah dia marah. Marah dekat semua orang! Yela, bila ditanya semua buat tak tahu. Pernah sekali dia tanya Rena. Tapi Rena mengelak dari menjawab dan begitu juga dengan Ryan serta Erina. Viez? Hmm ... bila tanya asyik kena marah saja. Sudahnya gaduh!

Dia dengan Viez? tak sah kalau tak bergaduh. Ada je benda yang tak kena. Walaupun, benda kecil pun boleh jadi isu. Berbeza pendapat dan tidak sehati sejiwa! Kalau berbincang semeja sudah tentu gaduh!

Irene kecewa. Teramatlah kecewa. Dia perlukan masa untuk menenangkan diri. Perlukan masa untuk berehat dan meredakan segala perasaan yang bercampur aduk di hati. Sekarang ini dia berada di Eicland. Jadi ini masa sesuai untuk berehat. Lagi pun tempat ini selamat dari sebarang ancaman.

"Mereka diculik?"

Irene menggaru hidung yang gatal. Okay, ini satu perkara yang belum terungkai. Permaisuri Ellie tidak tahu di mana mereka berada. Menurut Permaisuri Ellie lagi mereka dibawa pergi tanpa sebarang jejak! Ya tuhan, ini satu perkara yang memeningkan kepalanya. Ia memang misteri.

Tiba-tiba dia teringatkan satu pesanan dari Permaisuri Ellie. Dia menepuk dahi.

"Ha! Permaisuri Rose! dia tahu. Aku kena jumpa dia, tak kira macam mana sekali pun! "

Irene berkata dengan penuh semangat. Mata birunya bersinar-sinar. Dia berharap agar mereka masih hidup dan sempat bersemuka dengan mereka. Ya, dia ingin melepaskan segala perasaan rindu! Secara keseluruhannya, dia sudah dapat balik ingatan yang hilang itupun hanya dirasakan separuh. Dia rasa masih ada yang kurang. Dia tidak pasti itu apa.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now