31.First Fight!

6.6K 540 16
                                    

Tangan Irene terketar-ketar. Pedang lagenda digenggam dengan kedua belah tangan. Wajah tenang Rena dipandang kemudian beralih pada pedangnya lagi. Air liur ditelan kelat.

"Umphh beratnya!" rungut Irene.

"Kalau kau fikir pedang itu berat maka memang beratlah jawabnya! cuba kau fikir yang pedangi tu ringan macam kertas? "

"Kau cakap senanglah Rena ... cuba kalau kau jadi aku? huh! serupa saja."

"Ah itu masalah kau dengan pedang tu. Sekarang ini aku nak kau bersedia!"

Ikutkan hati Irene. Dia belum bersedia untuk berlawan. Tapi dengan desakan semua orang. Dia beralah juga. Nak tak nak dia terpaksa. Tapi bila difikirkan balik. Sampai bila dia nak macam ni? sampai bila dia nak jadi takut? kalau macam ni memang dia tidak ke mana. Macam katak di bawah tempurung itu.

Mata Irene membutang saat melihat Rena membuka satu medan magik di ruang udara. Berpuluh-puluh bilah pisau belati muncul terapung mengelilingi Rena.

"Kau nak bunuh aku ke apa?!"

"Bertenang Irene. Tenangkan fikiran kau dan anggap pedang itu ringan!" sejurus itu puluhan pisau belati meluru ke arah Irene.

Dengan sepenuh tenaga Irene mengangkat pedang dan menahan serangan Rena dengan dinding lutsinar yang muncul dari pedangnya. Serangan Rena semakin lama semakin kuat. Pisau belati menyerang Irene dengan bertalu-talu. Irene mengundur beberapa tapak ke belakang.

Krakk!

Dinding lutsinar seperti pecah dan retak! Irene mula mengelabah tidak tentu hala. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang mengalir dari badannya. Dia tidak pasti itu apa. Mata pedang mengeluarkan cahaya biru putih dan menyedut ke semua pisau belati seperti lohong hitam.

Irene terkejut begitu juga dengan Rena.

"Wah! bagus tapi dinding lutsinar kau itu tidak kukuh masih lemah, jadi kau kena kuatkan lagi." Rena memberi nasihat

"Tapi macam mana?"

"Boleh tak jangan tanya soalan yang kurang bijak?" balas Rena mendatar.

"Apa? aku cuma tanya je!"

Rena menepuk dahinya sendiri. "Kuasa kau Irene. Guna kuasa kau. Apa kuasa kau?" soalan Rena membuatkan Irene terdiam.

"Kuasa?"pipi digaru perlahan.

"Ya!" Kenapa Irene tetiba jadi bengap hari ni?

"Aku ... tak tahu."

"Kau tak tahu?"Soal Rena. Tangan kirinya kini bercekak pinggang. Matanya tepat memandang Irene.

"Apa kau buat itu?"s oal Irene sebaik sahaja lihat Rena mulutut di atas tanah. Tangan Rena juga dilekapkan pada tanah.

"Aku seru kau datang padaku!" seru Rena. Sejurus itu tanah bergegar kuat. Irene mula panik. Apa yang Rena seru?

Jangan-jangan.

Seekor figura raksasa tanah muncul dari tanah. Irene mendongakkan kepala. Mulutnya teragangga luas.

"Apakah! kau hendak suruh aku lawan dengan binatang tanah ni?"

"Nama ia Gourge."

"Iyalah ... Apa-apa sahajalah, tapi!"

Gourge menyerang Irene dengan satu tumbukan padu. Dengan mudah Irene mengelak.

"Aku tak habis cakap lagilah Rena" rungut Irene. Dia melompat-lompat mengelak serangan Gourge.

"Ahahaha ... dah kau asyik bebel." Rena tergelak kecil. Baru dia tahu Irene ini kuat bebel rupanya.

Tanah bergegar kuat sebelum menaik tinggi seperti air ombak kerana hentakkan tangan Gourge. Irene tidak sempat buat apa-apa, dia terpelanting saat dia dilambung ombak berbentuk tanah.

Perlahan-lahan Irene bangkit pedang lagenda yang tercampak jauh dipandang. Tangannya dihulur. Sekelip mata sahaja pedang itu terbang kembali pada Irene.

"Kau nak tengok kuasa aku?" Irene meggenggam erat hulu pedang.

"Ya! tunjukan Irene! kenapa perlu sembunyi? kenapa?!" Rena menyogok. Sahaja mahu membakar Irene.

"Kau tak faham Rena!" sejurus itu Irene hilang dari pandangan mata. Kemudian muncul di atas kepala Gourge. Lagend sword bercahaya dan bertukar bentuk menjadi kapak.

"Ah? teleport? "

Dari jauh Viez hanya memerhatikan sahaja perlawanan Irene dan Rena. Dia terkejut juga bila tengok Irene guna kuasa teleport seperti dia. Dan paling memeranjatkam dia ialah pedang lagenda yang ada pada tangan Irene.

Irene menghayun kapaknya dengan sepenuh tenaga. Namun Gourge mengelak dengan mudah. Tangannya menangkap Irene lalu digenggam erat supaya Irene tidak terlepas!

"Menarik juga ni." Viez tersenyum. Dia menyandarkan diri pada dinding.

PRAKK!

Tangan Gourge merekah sedikit demi sedikit dan hancur menjadi debu. Irene mendarat di atas tanah dengan berhati-hati. Pedang lagenda kembali ke bentuk asal.

Irene tersenyum sinis. Tanah yang dipijak olehnya kini menjulang tinggi seperti bukit. Dada gourge dikerling. Irene berdiri di atas tanah yang betul-betul depan dada gourge dan dengan pantas dia menikam dada gourge.

Badan Gourge mula merekah. Perlahan-lahan tanah menjadi pecah sebelum menjadi debu tanah yang berterbangan ke udara.

"Jadi kau ada kuasa tanah?"soal Rena tidak percaya.

Irene tersenyum.

Senyuman yang menakutkan.

Seperti itu bukan Irene lagi.

"Nanti dia kuasa tanah ke?" gumam Viez. Sejak tadi dia hanya menjadi penonton dan tidak berganjak dari situ.

Sedang dia ralit memerhatikan Irene tiba-tiba dia terdengar suara budak kecil tertawa dan suara Erina yang sedang jerit. Segera dia menoleh ke arah mereka berdua yang tidak jauh darinya.

Budak perempuan kecil berambut kuning cair sedang terbang bebas ke udara dengan sayapnya lalu hinggap ke atas dahan pokok. Riak wajahnya sungguh gembira. Kemudian matanya beralih pada Erina yang sedang terjerit-jerit menyuruh budak itu turun.

"Nyea! turunlah!"

"Tak nak! Nyea tak mahu!" lidah dijelirkan.

"Bahayalah Nyea ... nanti jatuh!"Erina mengetap gigi. Aje geram betul dia tengok budak kecil ni. Nakal ! tak reti duduk diam.

"Nyea tak nak!" jawabnya sambil lompat-lompat atas dahan pokok sambil tertawa.

Kkting!

Rena menahan serangan Irene dengan menggunakan pedangnya. Irene semakin menekan pedang sehingga Rena berganjak sikit ke belakang .

"Tidak, kuasa aku bukan tanah tapi aku mampu kawal kuasa tanah."

"Kawal? erghh! " Rena menendang perut Irene. Dia terpaksa kerana tidak mampu bertahan. Tenaga Irene dirasakan lain macam. Kuat!

Irene terseret ke belakang. Dia mengangkat muka dan pedang dihunus ke depan. Kemudian dia meluru ke arah Rena tanpa teragak-agak! Wajahnya bertukar serius!

"Kau kenapa Irene? bertenang Irene! jangan macam ni! kita cuma berlatih!" Rena menghentakkan kaki ke tanah. Tanah-tanah terapung ke udara dan membentuk kotak untuk memerangkap Irene.

Rena menghembus nafas lega. Tapi itu hanya sementara, dinding yang dibuat oleh Rena tadi merekah sikit demi sedikit sebelum menjadi pasir. Rena terkedu. Apabila Irene muncul secara tiba-tiba di depan matanya dengan mengunakan teleport.

"Irene!"




.

best ke? 😂😂😂

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now