63.Long story

4.8K 445 24
                                    

Irene melirikan pandangan ke arah seekor anak naga yang sedang bergolek-golek di atas meja msyuarat. Sekejap bergolek ke sisi sekejap ke kanan dan sesekali melompat-lompat! Amboi, bukan main Drycon ni. Aku ingatkan binatang ni ganas tapi tak sangka kelakuan Drycon secomel macam ni. Macam kucing pun ada. Hahahaha!

Pintu kayu berbunyi apabila seseorang menolak dari luar. Eric melangkah masuk dengan penuh segak. Di belakangnya pula, seorang wanita berpakaian gaun ungu sedang tersenyum manis.

Eric, beredar dari situ mungkin hendak memberi ruang.
Wanita itu sungguh cantik dengan rambut coklat hazel dibiarkan lepas. Di atas kepalanya pula tersemat tiara bertakhtakan kristal biru. Irene bangun lalu menunduk hormat.

"Mari sini sayang!" ujar wanita itu dengan ceria seraya mendepakan tangan. Irene membuat mimik muka pelik. Iyalah, dia mana kenal.

Melihat Irene tidak bergerak, wanita itu tersengih malu. "Tak mengapa." wanita itu merapati Irene lalu merangkul bahu Irene. Kemudian memberi isyarat supaya duduk. Irene akur.

Wanita itu duduk menongkat dagu. Dia merenung lama gadis berambut hitam di hadapannya. Irene pula hanya berdiam diri sambil menyulam jari. Entah mengapa mulutnya seakan terkunci tiada sebarang suara pun yang keluar. Selalu membebel je kerja dia!

"Ya tuhan, kamu sebijik macam, Aiyra! Apa nama kamu? Orene atau Irene?" wanita itu menjerit kecil. Irene terus mengangkat muka.

"Irene?"

"Hahahaha! Ya, makcik lupa! "

"Apa? Makcik? "

Soal Irene blur. Makcik? dia menggaru pipi perlahan. Pelik. Kejap telinga ni salah dengar ke? Nak kata tak bersihkan telinga ... baru je empat hari lepas aku bersihkan. Eik, tak akan penuh tahi balik kot, atau aku ada masalah pendengaran?

"Kamu tak kenal makcik Sophea? ataupun kamu lupa?" Soal wanita itu kepada Irene.

Irene hanya mengaru kepala. Sumpah dia tidak kenal makcik ni! Entah siapalah ni, tak masal datang terus mengaku sebagai makcik.

"Ah, makcik rasa kamu lupa ni. Iyalah, kamu masa itu masih kecil,"

Irene berfikir sejenak, lagaknya dah macan seorang ahli pemikir. Hmm jika betul wanita ni ada berkait rapat dengan dirinya, ini bermakna wanita itu mesti tahu sesuatu. Baru sahaja Irene mahu membuka mulut, Sophea laju mengeluarkan suara.

"Makcik dan ayah kamu adik-beradik."

"Adik-beradik?" soal Irene agak terkejut.

"Okay, mungkin kamu tidak ingat sebab waktu itu kamu kecil lagi. Lagi pun, itu kali pertama dan kali terakhir makcik jumpa kamu. Tiba-tiba sahaja hari ini kamu datang ke sini. Makcik tak sangka!"

Irene memandang ke bawah sekilas. Kelihatan naga kecil itu sedang enak dibuai mimpi. Wah, bukan main sedap ya kau tidur atas riba aku. Nasib kau comel kalau tidak aku baling dekat luar tingkap!

Sophea kembali menongkat dagu. Dia merenung dalam anak mata berwarna biru sebelum membuka mulut.

"Dulu kami rapat. Ayah kamu seorang abang yang baik dan selalu melindungi makcik. Hahaha! Kami juga sering bergaduh sampaikan benda kecil pun jadi isu. Bila dikenang balik itu memang kelakar.

Tapi itu semua hanya kenangan apabila usia ayah kamu mencecah 19 tahun dan aunty 16 tahun, segala-galanya berubah. Bonda makcik iaitu Nenda kamu telah dibunuh oleh seseorang yang tidak dikenali.

Semenjak itu, perangai ayah kamu terus berubah. Dia menjadi lebih dingin, pendiam dan suka menyendiri serta kuat memberontak. Pada satu hari, dia tidak pulang ke istana. Boleh di katakan berbulan-bulan. Makcik dan Raja Sillviant iaitu atuk kamu berasa sangat risau!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now