33. Bintang

7K 490 28
                                    

Hari kian senja, siang mahu berganti malam. Pintu gerbang besi dipandang.
Sebelum Ryan menjejakan kaki ke tempat kelahiran Rena iaitu negara Farvest. Tujuan dia berada di situ adalah disebabkan misi. Dia ditugaskan untuk memantau dan memerhatikan keadaan sekeliling negara tersebut.

Farvest sebuah kerajaan yang kecil tetapi maju dari segi perniagaan peralatan senjata besi, seperti pedang, pisau, kapak, sabit, perisai besi dan segala senjata besi yang ada.

Keadaan sekeliling diperhatikan sebelum melangkah masuk. Pada pandangan matanya ini tiada apa pun yang berlaku dan tiada yang aneh. Semuanya okey sahaja. Penduduk di sini masing-masing sibuk menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa.

Satu je dia pelik. Kenapa dia di arah untuk ke negara ini? sedangkan Rena juga boleh, lagi pun bukan ke Farvest tempat kelahiran Rena?

"Berhenti di situ! " arah seseorang dengan tegas.

Ryan menurut. Tiga orang tentera Farvest yang sedang mengacukan senjata dipandang dengan pelik.

"kenapa?" dahi Ryan berkerut.

"Kamu dari mana?" soal tentera Farvest yang berada di tengah-tengah.

"Dari Verillend."

"Orang yang bukan rakyat di negara ini tidak dibenarkan masuk!" pedang diacukan kepada Ryan. Seperti Ryan ini penjenayah.

"Huh? kenapa pula? saya bukannya orang jahat!"

"Sila pergi dari sini! sekarang!" arahnya dengan kasar.

"Saya anak ketua tentera negara Haverd tahu? Raymond Ketua tentera yang digeruni oleh semua orang. Saya datang sini kerana bersebab! " Ryan adalah anak kepada Raymond iaitu ketua tentera di negara Haverd yang digeruni oleh semua orang. Sebut sahaja nama pasti semua akan kenal.

"Ahh! kami peduli apa! cepat pergi dari sini!" lengan Ryan ditarik kasar, kemudian mereka mencapak Ryan keluar dari pintu gerbang negara Farvest.

Ryan jatuh terduduk. Punggungnya terasa perit. Perlahan-lahan dia bangkit. Pintu besi gerbang negara Farvest dipandang dengan rasa tidak puas hati.

"Ada ke patut halau aku macam ni?!" rungut Ryan. Batu-batu kecil ditendang dengan rasa tidak puas hati.

Perlakuan tentera Farvest tadi sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan pelik dalam diri Ryan. Setahu dia, negara Farvest tidak melarang orang luar untuk masuk ke negara ini. Ini yang dia pelik, ada apa-apa yang berlaku ke?

Irene duduk bersendirian di sebuah bangku yang terdapat di halaman istana. Udara sejuk menyapa muka, terasa nyaman. Irene mendongakan kepala menghadap langit. Beberapa butir bintang nampak bersinar-sinar di atas langit hitam biru tersebut.

"Ibu ...."

"Ya sayang."

Jari kecil menunjuk lurus ke langit "Itu apa?"

Si ibu tersenyum."Itu namanya bintang."

"Bintang itu boleh ambil tak?"soalnya lagi. Mata birunya bersinar-sinar.

"Kamu nak ambil bintang ?" Si ayah bersuara setelah lama berdiam diri. Tubuh kecil anak perempuannya di angkat lalu di dudukan pada riba.

"Ya, boleh ke? ayah? ibu?"

"Kalau dapat kamu nak buat apa?" Si ibu bergerak sikit untuk duduk dekat bersama anak dan suaminya.

"Nak bagi dekat ibu dan ayahlah!" jawabnya dengan penuh semangat.

Si ayah tergelak kecil."Kamu ni ... mana boleh ambil bintang tu. Kalau boleh sudah lama ayah ambil dulu lepastu bagi dekat ibu kamu."

"Alaahhh ... tak boleh ambil ke?" rengeknya. Mulut dicebikkan.

White Guardians ( Editing)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ