72. Guardians VS Mermaid

4.5K 400 22
                                    

Viez jatuh terseret ke belakang impak daripada serangan ikan duyung bernama Paulina. Joshua jatuh bergolek ke atas tanah. Dia terbatuk-batuk memuntahkan darah.

"Ugh! Ekor dia beracun?" Ujar Joshua sambil menekan perut. Badan terasa semacam. Segala isi perut ingin melonjak ke atas. Mulut ditekup.

"Joshua kau tak apa-apa ke?" soal Viez risau. Nasib baik dia sempat mengelak serangan Paulina tadi.

"A-aku ... uhuk!" darah membasahi tangannya. Joshua terus terbatuk-batuk sebelum memuntahkan darah!

"Racun itu akan merebak dan kau akan mati!" Paulina tersenyum sinis.

'Viez ... Hati-hati, dia paling licik!" Fyrm memberi amaran dari dalam badan, Viez.

Viez memalingkan muka. Paulina mengerakan ekornya ke kiri dan kanan sambil tersenyum. Ekornya berwarna merah berkilau terkena pancaran cahaya matahari.

"Fyrm apa nak buat ni? Dia kuat," bisik Viez.

"Aku akan tolong,"

Viez menarik pedang. Dia meluru laju sambil mengacu pedang ke sisi. Pedang dilibas. Paulina beralih ke sisi, mengelak serangan, Viez. Lantas Viez hilang dari pandangan mata Paulina.

Ikan duyung itu memusingkan badan. Tercari-cari kelibat lelaki berambut perang. Tanpa disedari Viez muncul dari belakang lalu menendang dengan sekuat hati.

Dush!

Paulina terdorong ke depan dan jatuh tersembam ke permukaan tanah. Sekelip mata saja pedang Viez menusuk ekor, Paulina. Ikan duyung itu melentikan badan sambil mengerang sakit.

"Ah! selama ini tak ada yang dapat cederakan aku!" Jerit Paulina nyaring. Serentak itu rambutnya terangkat naik. Air yang terapung di bawahnya membentuk sesungut sotong kurita. Sesungut sotong meluncur laju menolak, Viez.

Lelaki itu tercampak masuk ke dalam laut. Paulina bergerak menghampiri, Joshua. Darah tidak henti-henti mengalir keluar dari mulut Joshua. Sesungut sotong kurita membelit lelaki itu. Tubuh dijulang ke atas sebelum mendekatkan muka.

"Hmm ...," Paulina mencalit sedikit darah dari celahan bibir, Joshua. Perlahan dia menjilat. "Ah, apa jenis darah kau ni?" bisik Paulina dengan gaya yang mengoda. Jari runcing bermain-main di muka, Joshua.

"Ugh ... "

Paulina memegang rahang Joshua. Dia tersenyum sinis. Sesungut sotong bermain-main di mulut Joshua.

"Kau nak buat apa! Ugh!" Mata Joshua terbeliak tatkala tangan sotong menjalar masuk ke dalam anak tekak. Ia meneroka isi perut Joshua!

"Woi! bodoh! itu laki aku! tak guna!" Pekik Alice dari jauh. Gadis itu mahu melangkah tetapi Irene menarik tangan. Paulina menghentikan perbuatannya. Dia menoleh sambil mengangkat sebelah kening.

"Kau jangan nak ke sana, Alice!" Irene menarik telinga Alice.

"Adeh! Tapi dia dah teruk!" bentak Alice.

"Viez ada jangan risau! Sekarang ni baik risaukan diri kau dulu. Pire tengah klon diri dia!" Bebel Irene.

Paulina kembali memandang Joshua sambil tersenyum sinis. Tetapi senyumannya pudar apabila ternampak sesuatu di belakang.

Viez sedang berdiri di atas air jelmaan ular. Paulina terus mencampak Joshua ke sisi. Lelaki itu rebah tidak bermaya.

"Lagi menarik dia ni," Paulina mengapungkan diri. Matanya bertukar menjadi warna putih. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

Seekor sotong kurita keluar dari laut. Matanya merah menyala dan badan penuh dengan duri-duri. Paulina bergerak naik ke atas kepala sotong tersebut.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now