56.Siapa Secarlet?

5.4K 437 12
                                    

Daun pokok yang kering, gugur ke atas tanah kerana ditiup angin malam. Rama-rama lutsinar terbang bebas berkeliaran. Bebunga yang pelbagai jenis warna tumbuh memekar di sekeliling, kawasan itu cantik belaka! Ditambah dengan suasana waktu malam diterangi bulan penuh dan dihiasi oleh bintang.

Dalam keindahan tempat itu ... Bunyi derapan tapak kaki kedengaran. Setiap langkah menghasilkan bunyi daun kering. Rumput yang dipijak bertukar menjadi kering, warnanya berubah menjadi coklat.

Seorang lelaki mempunyai rambut berwarna biru gelap dan memakai baju hitam berkerudung sedang berjalan. Langkahnya terhenti. Dia berdiri tercegat. Jalan yang dilalui tadi sudah bertukar warna menjadi hitam, seolah-olah mati!

Kepala didongak ke atas. Anak mata hitam pekat jelas kelihatan di bawah pancaran cahaya bulan. Bulan penuh ditatap seraya tersenyum sinis.

"Bila tiba masanya ... Aku akan bangkitkan dia, dan pintu itu pasti dapat dibuka!"

Katanya dengan nada separa bisik. Seekor rama-rama lutsinar terbang menghampiri. Dia melemparkan pandangan tajam sehingga rama-rama itu mati jatuh ke tanah.

"Segala-galanya yang wujud di dunia ini akan sengsara dan huru-hara! Aku perlukan darah secarlet. Ya, darah secarlet akan ku buru. Hahahahaha!"

Dia mengorak langkah. Setiap langkah yang dilalui akan bertukar menjadi tidak bernyawa. Badannya mengeluarkan cahaya merah sebelum berubah bentuk menjadi seekor burung gagak hitam. Dia terbang ke atas membelahi langit.

"BILA kita mahu bebas dari sini?"

Suara halus bergema di ruangan bilik. Esakan kecil kedengaran lagi. Masing-masing hanya diam membantu. Lidah kelu tidak terkata.

Puas mereka fikirkan bagaimana hendak membebaskan diri. Tetapi mereka hampa. Tiada cara untuk lepaskan diri dari tempat itu.Mereka buntu!

"Bersabarlah..."

"Sera, aku sudah lama bersabar ... sudah bertahun kami terkurung di sini! "

"Iya, tapi ...."

Pintu kebal ditolak dari luar. Cahaya menerbus masuk ke dalam ruangan itu. Mereka semua mengalihkan pandangan. Kelihatan susuk tubuh seseorang memakai jubah berkerudung berdiri dihadapan pintu. Melalui ciri-ciri fizikal jelas menunjukkan bahawa itu adalah seorang lelaki. Dia mengatur langkah. Pintu dibiarkan terbuka.

"Ikut aku,"

Wanita yang menangis teresak-esak tadi mengelap bekas air matanya. Belum sempat dia mahu membuka mulut, lengannya dicengkam kasar.

"Lepaskan! apa kau mahu!"

"Tch! tak guna! lepaskan dia!"

Jerkah seorang lelaki. Sakit betul hatibila lihat isterinya dikasari . Lelaki mana tidak marah? kalau isteri dikasari oleh lelaki lain. Depan mata pula itu. Yang lain hanya berdiam diri. Dalam keadaan begini mereka semua tidak mampu untuk bertindak. Kaki dan tangan terunci dengan rantai besi. Setiap kali mereka cuba mengunakan kuasa pasti, ia akan diserap oleh rantai itu.

"Lepaskan huh? "

"Lepaskan dia bodoh! Lepaskan! Lepaskan ! Lepaskan dia!"

Pekiknya geram. Dadanya berombak laju, memendam rasa amarah yang terbuku di hati. Kalaulah kaki dan tangannya tidak terkunci ini pasti lelaki itu mati dikerjakan!

Dia berusaha menggunakan kuasanya tetapi dia semakin lemah. Badannya mengigil apabila tenaga dan kuasa diserap. Kepalanya terasa pening, nafasnya tersekat-sekat seperti kekurangan oksigen. Rasa mahu nak pengsan tetapi dia cuba bertahan

"Abang! tolong saya!"

Wanita itu menjerit seraya meronta-ronta. Dia diheret oleh lelaki tersebut hingga ke pintu. Yang lain hanya berdiam diri kerana mereka memang tidak mampu berbuat apa-apa. Sera hanya mampu memandang sayu.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now