52.Surprise

5.5K 453 23
                                    

Tubuhnya jatuh menjunam ke bawah. Dia terhempas di atas tanah dan terjerit kecil kerana terkejut. Apak sakit gila! Boleh tercabut pinggul! Mukanya berkerut seribu menahan rasa sakit.

"Huh? dekat mana ni?"

Soalnya seorang diri dalam keadaan bingung. Rambut hitamnya yang serbai diperbetulkan sedikit. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat seseorang. Pipi di garu perlahan. Eh, mana pula Viez? tak akanlah tertinggal pula.

Mata birunya liar memerhatikan keadaan sekeliling. Dahi berkeriut . Banyak bangunan runtuh menjadi batuan, pokok-pokok semuanya patah dan mayat-mayat bersepah merata.

Oh! dekat mana pula ni? Cukuplah tadi tersesat di pulau yang hanya dikeliling lautan. Sampaikan Viez jadi sewel. Habis satu pulau dikejar.

"VIEZ! jangan buat aku macam ni!"

"Hah? kau yang buat aku macam ni!"

"Aku bukannya suka-suka pergi tempat ni!"

"Ah! alang-alang dah sampai tempat ni ... marilah berbulan madu!" Viez tersenyum nakal.

"Apa kau merepek gila! "

Irene melajukan larian. Batu-batuan kecil dan ranting habis dipijak. Ah, peduli apa dia. Luka tak luka rempuh sahajalah . Time macam ni dah tak pikir apa dah. Dia hanya fikir...


Lari...



Lari...





Lari...






"Kau nak lari mana?"

Jerit Viez lantang. Irene menoleh ke belakang sesaat. Okey Irene! teruskan lari dan jangan pandang ke belakang! pedulikan orang gila tu.

Dia berlari tanpa menghiraukan apa yang ada di hadapan. Semua dirempuh. Habis seluruh pulau dia mengelilingi. Lariannya semakin lama semakin perlahan. Akhirnya, dia berhenti. Irene membongkok dan tangannya menongkat lutut. Nafas ditarik dalam. Cuba menenangkan diri. Kelibat Viez sudah tiada. Aik? mana lelaki tak guna tu? putus asa ke?

"Gotcha!"

Muncul Viez secara tiba-tiba. Irene terkejut. Terus badannya menegak ke atas.

"Penat ke?" Dia tersenyum nakal. Viez mendekati.

"T ... takk! "

"Marilah ... kita berdua ...." Viez mendepakan tangan. Bibir dijuihkan, mengembang dan menguncup. Mata dipejam rapat.

"Gatal! "

Irene menayangkan muka jijik! kemudian dia berlari menuju ke arah sebatang pokok yang besar dan amat tinggi. Laju dia memanjat pokok.

"Wei! apa kau buat tu?"

Viez sudah menarik hujung baju, Irene. Gadis itu sudah hampir separuh memanjat pokok !

"Eh, lepaskan aku gila!" Irene terkejut apabila Viez muncul tiba-tiba. Kaki yang melilit pada batang pokok dieratkan lagi. Tangan kanannya memeluk erat pokok manakala tangan kiri menarik hujung bajunya.

"Turun!"

"Tak nak!" Irene menarik balik hujung baju.

"Jangan sampai aku koyakkan baju kau, baik kau turun! Nanti jatuh,"

"Ah, berani buatlah! Aku humban kau dalam laut nanti!"

Irene merengus geram. Kaki kiri diangkat lalu menendang kepala, Viez. Lelaki berambut perang itu terkejut lalu jatuh kebelakang dan berguling di atas tanah. Sekelip mata Irene sudah memanjat di atas pokok.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now