29.Nelson Falls

6.9K 539 16
                                    

Irene memejam mata rapat." Tolonglah berhenti!"ujar Irene. Dia berharap kuda putih keemasan itu mendengar kata-katanya. Apabila dia kembali membuka mata. Irene tergamam.

Kuda putih keemasan yang mengamuk tadi sedang menundukan kepala di hadapan Irene. Tangannya mengeletar, perlahan-lahan dia menyentuh kepala kuda tersebut.

"Adakah aku mimpi?" Erina mengosok beberapa kali matanya.

"Memang sukar nak percaya tapi ... macam mana Irene buat?" Rena.

"Aku rasa tak percaya apa yang berlaku di hadapan mata aku ni." ujar Viez. Dia menghembus nafas lega dalam masa yang sama dia geram juga dengan tindakan Irene tadi.

Ryan menghampiri Irene. Tangan Irene yang masih menyentuh kepala kuda putih keemasan itu dipegang kejap "Aish budak ni. Kau ini buat orang risau jela."

Belum sempat Ryan menghabiskan ayatnya. Kuda itu merengus kuat sebelum menyondol badan Ryan sehingga lelaki itu jatuh terduduk di atas tanah.

"Rasakan! ambil padan muka!" Irene mengekek ketawa melihat muka Ryan yang sudah berkerut seribu.

"Cis! kuda itu sebijik macam kau Irene. Haa sesuai dengan kau!" Ryan mencebik.

Sebelum bergerak mereka sempat lagi berjumpa dengan Permaisuri Rose dan Vylera. Viez pada mulanya berat hati untuk pergi. Tapi apakah daya, ini adalah tugasnya juga. Dia salah seorang White Guardian, melindungi dunia ini dari kuasa kegelapan. Kelibat Ryan, Erina dan Rena hilang dari pandangan mata. Irene perlahan-lahan menaiki kuda yang digelar Elfi.

"Joshua kau pergi ikut mereka dulu. nanti kami menyusul. " arah Viez. Ya, pengawal peribadinya juga turut ikut ke Verillend. Setelah kelibat Joshua pergi dia memandang Irene. "Cepat! apahal kau lembab macam siput babi?"

"Kau boleh tak jangan membising ? lagi satu mulut kau tu tolong jaga sikit eh. Nantk ada juga yang tak sampai ke Verillend nanti." Mata Irene mencerlung tajam ke arah Viez. Lelaki berambut perang lurus ke bawah ini amat menjengkilkan! Makin lama makin menyampah pulak dia!

"Sudah. Aku tinggalkan kau nanti baru padan muka!" Viez kembali menoleh ke arah Irene. Tapi kelibat Irene sudah tiada di situ! Keadaan sekeliling di pandang.

"Ish! aku yang kena tinggal?!" Rungut Viez. Tanpa melengahkan masa, Viez memulakan perjalanan untuk mengejar mereka yang sudah jauh di hadapan.

Sekelip mata sahaja Irene dan kudanya dapat mengejar Joshua, Rena, Erin dan Ryan. Kehadiran Irene secara tiba-tiba itu membuatkan mereka agak terkejut sikit. Lajunya, sekejap sahaja dapat kejar. Biar betul ? Baka kuda apa yang dia tunggang ni?

Seekor burung gagak hitam terbang melintasi mereka semua sebelum hinggap di atas dahan pokok. Mata merah milik burung gagak tersebut bersinar-sinar seperti memerhatikan segala gerak-geri mereka. Setelah mereka pergi dari kawasan itu. Burung gagak hitam tersebut perlahan-lahan bercahaya kelabu sebelum berubah bentuk menjadi manusia memakai jubah berkerudung. Tidak tahu sama ada lelaki atau wanita.

"Sudah ada lima guardian sekarang ni .... mhmmm ... tinggal sorang sahaja. Dan aku akan dapatkan darah itu!"

KINI mereka hampir tiba di kawasan Nelson Falls, hanya menyemberang sahaja mereka sudah sampai. Tetapi masalahnya jambatan gantung yang mereka lalu sebelum ini untuk ke Diverllend rasa lain macam sangat.

Tiba-tiba rasa macam gerun untuk lalu. Mereka asyik berpandangan sesama sendiri sejak tadi.

"Sampai bila kita nak tercegat dekat sini?" soal Rena memecah kesunyian. Dari tadi dia lihat semua hanya diam dan saling berpandangan sahaja. Kalau macam ni bila nak gerak? apa pun tak boleh! Naik bosan pun ada tahu?!

"Errr ... Jadi siapa nak jalan dulu?"soal Irene.

"Kaulah pergi dulu Viez!" gesa Ryan.

"Eh? aku pula? apa kata kau dulu yang pergi cuba?"bViez mengalihkan pandangan ke arah Irene.

Irene membuat muka tak puas hati. "Apahal aku pula? kau fikir aku ni bahan kajian ke nak suruh cuba-cuba? suka kau je kan? kau patutnya yang pergi sebab kau itu lelaki! ke kau takut sebenarnya" balas Irene geram. Tanpa sengaja dia terpandangkan seekor burung gagak hitam bermata merah menyala sedang elok bertengek di atas tali jembatan gantung. Apabila Irene mengecilkan mata untuk lihat, burung gagak hitam itu juga turut memandang tepat anak mata Irene sebelum terbang bebas ke udara.

Irene terdiam sejenak. Apa yang dia rasa sekarang ini adalah tidak sedap hati. Dia dapat rasa ada sesuatu yang akan terjadi sekejap lagi.

"Biar aku jela yang pergi." ujar Ryan. Segera Irene menoleh Ryan yang sudah bergerak bersama kudanya.

"Ryan! jangan tali jambatan dah nak put ...."

Pak!

Baru setapak kuda Ryan melangkah, tali jambatan telah putus terlebih dahulu! Kuda yang Ryan tunggang berundur ke belakang beberapa tapak sebelum mengrikik kuat.

"Pergh! kalau jatuh tadi sia-sia saja hidup aku!" ujar Ryan lega. Tali jambatan gantung dipandang sambil mengelengkan kepala.

"Macam mana jambatan boleh putus?" soal Erina pelik.

"Mungkin tali ini sudah lama." ujar Rena sebelum turun dari kuda. Dia menghampiri tebing dan duduk melutut. Tangan dilekapkan ke tanah. Tebing tanah menjadi panjang dan bercantum membentuk jembatan yang kukuh. Mereka menyemberang dengan selamat dengan bantuan Rena.

Tidak jauh dari tempat mereka. Terdapat air terjun yang di beri nama Nelson Falls. Irene terlebih dahulu telah sampai di situ. Kepalanya mendongak ke atas. Sungguh tenang dan nyaman apabila lihat air terjun itu. Matanya kemudian beralih ke air sungai yang jernih. Dia dapat lihat dengan jelas anak-anak ikan yang berwarna-warni berenang dengan bebas.

"Ha! aku tolak kau! " sergah Viez dari belakang.

"Tak guna betulah kau ni!" ujar Irene bengang. Nasib baik tak terkejut jatuh dalam sungai tadi. Kalau tak. Hanyut la jawabnya. Sudahlah tak reti berenang.

Erina yang duduk merendam kaki di tepi sungai dipandang. Kemudian dia menghampiri Erina dan mencangkung di sisi.

"Nenungkan apa tu?"soal Irene. Bahu Erina terjongket ke atas, terkejut agaknya 

"Tak ... aku ... eerr ... sayaaa." jawab Erina gagap.

"Nak guna panggilan kau-aku pun boleh. Irene tak kisah." Irene tersengih sumbing.

"Hee ... aku rasa ternampak sesuatulah dekat sana." jari Erina menunjuk lurus ke arah pokok yang tumbang tepi sungai, di situ terdapat benda yang terapung.

"Apa itu?" Dia juga perasan ada sesuatu yang tersangkut pada dahan. Erina hanya menjongket bahu tanda tidak tahu. Lantas Irene berdiri menegak begitu juga dengan Erina.

"Nak tengok ke?"

"Yup! jomlah!" tangan Erina ditarik dan dibawa ke tempat pokok tersebut.

Sebaik sahaja sampai. Mereka perpandangan sesama sendiri. Benda yang mereka jumpa ini amat mengejutkan mereka. Seorang kanak-kanak perempuan berambut kuning cair dan mempunyai sepasang sayap hitam terapung di atas permukaan air. Tubuh kanak-kanak itu tersangkut pada pokok yang tumbang.

"Binatang apa itu? hidup ke? atau mati?" soal Erina. Lengan Irene ditarik dan peluk erat.

"Aku rasa benda ini hidup lagi. Tapi ni binatang apa? macam manusia pun ada, macam haiwan pun ada." Pipi yang tidak gatal digaru perlahan. Benda yang ada di hadapan mata mereka sekarang ni. Hendak kata haiwan pun ya, sebab ada sayap nak kata manusia pula, ya juga sebab ada mata, hidung, dan telinga semua macam manusia.






haaa...natang apa tu? kalau nak tahu..tunggu ye..huhuhu..Tq baca! ><

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now