55. Childish

5.2K 515 13
                                    

Dia bangkit dari pembaringan lalu duduk bersimpuh. Mata masih terpejam rapat. Dahi dipegang kerana terasa pening. Sebaik sahaja mencelikkan mata. Perasaan pelik menyelubungi dirinya.

"Aku dekat mana ni?"

Kepala dipusing ke kiri dan ke kanan. Suasana amat gelap-gelita. Yeah, dia langsung tidak nampak apa-apa. Tiada sekelumit cahaya pun yang dia nampak.

Tangannya meraba-raba ruangan hadapan. Kosong tiada apa-apa. Kemudian dia meraba ke bawah. Keadaan masih sama, dia tidak dapat merasai apa-apa, ia seperti kosong. Seolah-olah dia tidak berpijak pada tanah.

"Aku dekat mana? tempat apa ni!"

Jeritnya sekuat hati. Suaranya bergema kuat sehingga menghasilkan gemaan. Serius dia tengah bingung. Tak tahu nak buat apa. Dengan keadaan gelap begini. Dia tertanya-tanya di manakah dia berada? Atau pun dia sudah mati?

Satu titisan cahaya seperti air jatuh di hadapannya. Dia menunduk ke bawah. Titisan itu menghasilkan gelombang cahaya seperti air.

"Apa itu ...."

Sekali lagi titisan cahaya jatuh dari atas. Dia pula mendongak ke atas. Mencari punca. Dia terkejut apabila ribu-ribuan cahaya tadi jatuh seperti hujan yang lebat. Dia yang duduk bersimpuh tadi terus berdiri tegak.

Di bawah telapak kakinya, keluar satu garisan cahaya yang memancar-mancar. Muka ditutup kerana terlalu silau!

" Alice Waynestin."

Dia membuka mata tatkala namanya di sebut.

"Ya, kau ...."

Alice hanya berdiam diri. Dia kaku. Lidahnya kelu.

"Aku White Beast kau ...."

Dahi Alice berkerut seribu. Dia memusingkan kepala. Mencari dari mana datangnya suara itu. Suasana yang gelap-gelita kini sudah bertukar menjadi ruangan putih.

"W ... white beast? "

Soal Alice setelah lama mengunci mulut.

"Yeah, kau dan aku bakal berjuang bersama."

"White beast wujud? Heh, aku ingat tidak wujud!"

"Hmm ... Betapa susahnya aku nak berhubung dengan kau tahu?"

Alice mengaru kepala yang tidak gatal. Dia masih lagi memandang ruangan putih. Dari atas sampai ke bawah semuanya putih. Oh! Wow, ini dekat kayangan ke?

"Kau guardian ke empat yang sudah berhubung dengan white beast."

"Keempat? siapa yang sudah berhubung sebelum aku? Irene? Ryan? Viez? Rena? atau Erina?"

"Ah, aku tak ada masa nak jawab soalan kau, yang penting aku sudah berjaya berhubung dengan kau."

"Bagus! Apa nama ?"

Suara tadi tidak kedengaran di telingannya lagi. Keadaan menjadi sepi.

"Aik? tanya nama terus-"

Bebola cahaya keemasan muncul secara tiba-tiba di hadapan muka Alice. Dia terkejut lalu terundur ke belakang. Bebola cahaya itu terus meresap masuk ke dalam tubuh badan dan ia meresap keseluruh badan. Rasa hangat mula menjalar di seluruh tubuh. Sebelum pandangannya menjadi kelam, telinganya sempat menangkap suara halus yang berkata.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now