28. Kuda

6.7K 561 6
                                    

Rena mencapai beg, dan beberapa helai baju sebelum mencampak ke atas katil. Pedang di pinggangnya yang senget diperbetulkan sikit.

Pedang....

Jap.

Tangannya menarik pedang itu semula. Matanya menelek setiap inci pedang tersebut, dari hulu hingga ke mata pedang yang amat tajam seperti baru di asah. Satu permata diamond berwarna hijau terletak di pemegang pedang. Diamond itu bersinar-sinar dan bercahaya. Dia jarang gunakan pedang itu semasa berlawan kecuali dalam keadaan terdesak sahaja.

Nama pedang itu adalah Goerth. Pedang itu sama seperti Lagend Sword tetapi kuasa yang ada pada lagend sword lagi tinggi dari pedang milik Rena. Pedang ini jika jatuh ke tangan yang salah akan buruk padahnya, kerana pedang itu seperti pembunuh yang ketagih ingin membunuh orang. Dia peroleh pedang itu dari ayahnya sebelum ayahnya mati dibunuh oleh orang yang tidak dikenali. Ayahnya pernah ajar cara-cara hendak mengawal pedang itu. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu mengawal pedang itu. Jadi sepanjang dia mengunakan pedang Goerth, dia tidak pernah hilang kawalan lagi.

BAM!

Bunyi hempasan pintu telah menyentakkan Rena. Pedang Goerth terlepas dari tangannya akibat terkejut. Wajah Irene yang ketat meluru masuk ke bilik dan dia menghempaskan punggung di birai katil.

"Dah kenapa pula?" soal Rena sambil mengambil pedang yang tercampak tadi.

Irene menghembus nafas berat. "Mhmm tak ada apalah. Eh
h? Sudah mula kemas barang?" wajah Irene yang ketat tadi bertukar lebih ceria sikit.

"Ha'ah. Awak bila lagi nak kemas?" kening sebelah Rena terangkat ke atas.

"Hehee ... kejap lagi baru kemas." Irene tersengih kambing. "Ha! awak nak saya tolong? meh saya nak tolong kemaskan ni." ujar Irene. Tangannya laju mencapai pakaian Rena lalu di sumbat terus ke dalam beg.

Perbuatan Irene terhenti apabila dahinya dijentik kuat. "Auch! apa main jentik-jentik ni?" Irene mencebik.

"Yang pergi main sumbat-sumbat dalam beg tu kenapa?" Mata Rena menjengkil geram. Agak tak reti nak lipat ke ? main sumbat je. Pemalas betul!

"Iyalah."balas Irene dengan nada malas.

KALAU itu yang bondanya nak, dia turutkan sahaja. Kalau boleh dia tak mahu tinggalkan Diverlland. Tapi ini semua untuk kebaikan dunia dan negara Diverlland juga. Viez bersetuju untuk ikut mereka semua pulang ke Verillend.

Viez berjalan ke arah kandang kuda yang terletak pada belakang istana. Di belakangnya pula diikuti oleh Ryan, Rena, Irene dan Erina yang terkedek-kedek mengejar di belakang.

Mereka akan pulang ke Villend dengan menunggang kuda. Ini untuk mempercepatkan perjalanan bila lalu di Deep forest nanti.

Pintu kandang kuda dibuka luas. Berpuluh-puluh ekor kuda berada dalam kadang itu. Mereka masing-masing tercengang. Mak aiih ... ini dah macam zoo pun ada, macam-macam saiz, warna dan spesis ni.

"Pilihlah mana-mana kuda yang korang nak. kecuali kuda hitam itu aku punya." Viez menunjuk ke arah seekor kuda hitam yang sedang meminum air.

"Tapi ... Tak reti tungganglah. "rengek Erina.

"Hehehee ... pandai-pandai kaulah pendek, nak naik keldai pon boleh." Viez tersengih seperti kerang busuk. Dia sempat mandang Irene sekilas.

"Eley, nak mengata akulah tu! ingat tak tahu ke ?"omel Irene perlahan.

"Kau nak naik aku ke Erina?"soal Ryan. Seekor kuda berwarna coklat yang berada di sebelahnya dibelai perlahan.

Erina tiba-tiba memeluk erat lengan Rena."Tak nak! baik aku naik Rena je." Naik kuda dengan Ryan? kali kedua? fuhh memang taklah weyh! dia masih ingat lagi kali pertama dia naik kuda dengan Ryan. Ya ampun Ryan tunggang kuda macam apa! susah nak digambarkan dengan kata-kata. Faham-faham jela. Hahaha!

"Nak naik kuda dengan saya? biar betul?" soal Rena.

"Lebih rela naik Rena dari Ryan. Tolonglah...bolehkan?" Erina mula membuat muka comel. Tapi bagi Rena rasa nak bagi penampar je! pikir comellah?

"Baiklah ...jom cari kuda."

Bunyi kuda meringkik dengan kuat, menyapa deria pendengaran masing-masing. Semua yang berada di situ terpinga-pinga.

"Tuanku Viez! Elfi mengamuk!" seorang lelaki meluru ke arah Viez.

"Apa Joshua? mengamuk?" soal Viez dengan terkejut.

"Ya! pintu kandang dah nak hampir pecah! Elfi terlalu kuat! "

"Kenapa?"

"Jami tak tahu! tiba-tiba sahaja mengamuk " terang Joshua. Tanpa melengahkan masa, Viez tergesa-gesa menuju ke tempat kuda tersebut mengamuk.

Sebaik sahaja sampai, lima orang pengawal sedang menahan pintu yang hampir tertanggal. Pintu kandang bergegar-gegar dengan kuat.


BAMM!

BAMM!

Kuda yang di gelar Elfi, merengus kuat sebelum meringkik beberapa kali. Viez menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pun tidak tahu mahu buat apa sebenarnya ni. Elfi ni seekor kuda yang amat ganas dan sukar dijinakan. Selalu sahaja mengamuk, tapi tak pernah pula sampai macam ni sekali.

"Tahan dulu ... kejap aku ...."

Seekor kuda berwarna putih keemasan merempuh keluar dari kandang. Lima orang pengawal tercampak ke belakang. Mereka tidak mampu menahan lagi. Tenaga Elfi kali ini sangat luar biasa dari sebelum ini!

"Joshua tolong saya tangkap!" Viez bergerak seperti mencari masa yang sesuai untuk melompat ke atas badan Elfi.

"Baik Tuanku" Josuha berlari ke arah pintu gerbang kandang untuk mengunci pintu.

"Kenapa?" soal Ryan kepada Joshua.

"Kuda mengamuk!" kelam kabut Joshua mengunci pintu gerbang.

"Ryan! belakang kau!" jerit Rena memberi amaran. Erina pula sudah menyorok di belakang Rena. Dasar penakut!

"Arghh!" Kuda tersebut merempuh Ryan sehingga jatuh terduduk di atas tanah.

"Yah!" Viez melompat ke atas badan Elfi. Apa lagi kuda itu mengamuk tahap gaban adalah! Kaki kuda tersebut terangkat tinggi. Viez tidak dapat imbangkan badan lalu tercampak ke atas tanah. Kuda itu terus berlari dan merempuh Joshua.

Irene yang tiba-tiba muncul entah dari mana bertanya. "Kau orang tengah buat apa? "

Rena memandang Irene dengan pelik. Dia nampak ke tak apa yang berlaku ni? "Tengah main kejar-kejar." balas Rena.

Irene tersengih sebelum mengalihkan pandangan kepada Ryan yang terduduk selepas itu matanya liar melihat joshua dan juga Viez. Badan mereka mempunyai luka-luka dan calar yang kecil.

"Irene awak nak pergi mana tu?" soal Erina, sebaik sahaja nampak Irene berjalan ke arah kandang belah kanan.

"Jalan ... kau orang tangkaplah kuda itu." jawab Irene selamba dan dia tersenyum sinis. Irene sempat lagi menjeling sekilas kepada Viez.

Irene berhenti melangkah. Dia berdiri tegak di tengah-tengah laluan. Bunyi kuda mengrikik jelas kedengaran semakin hampir.

"Woi kau gila ke? Hendak mati?" Ryan cepat-cepat berlari dan mahu menarik Irene ke tepi.

"Apa kau buat ni!" Irene merentap tangan dengan kasar.

"Kau itu dah kenapa!" soal Ryan bengang. Orang nak selamatkan dia, tapi buat perangai pula? Eh memang sudah puas hidup ke?

" Tidak perlu risau! "

Derapan tapak kaki kuda semakin lama semakin hampir. Irene masih lagi tidak berganjak di tengah-tengah jalan.

"Kau ni ...."

"Maaf Ryan!"kata-kata Ryan dipotong laju. Pantas Irene menolak Ryan dengan sekuat hati. Ryan terdorong ke belakang. Semua terkejut dengan tindakan Irene.

Seekor kuda berwarna putih keemasan muncul di hadapan mata Irene. Kuda tersebut mengrikik sambil kaki hadapannya terangkat tinggi seperti berdiri. Irene yang dekat dengan kuda tersebut terus kaku.

'Mampuslah aku! ' kata Irene dalam hati. Dia semakin mengelabah tatkala kuda itu mendekati. Ha! ambik kau! tadi bukan main berani lagi. Sekarang dah ada depan mata baru timbul rasa takut!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now