1

29.9K 627 12
                                    

Terjegil kedua-dua biji mata aku melihat adegan mesra antara dua manusia di hadapan aku saat ini. Ya Allah, sungguh aku tidak sangka bahawa mata aku akan 'menjamah' permandangan yang sangat menyakitkan ini. Hampir dua tahun aku cuba bersangka baik atas setiap tuduhan liar yang dilemparkan pada si dia, namun ia bagai mencurahkan air ke daun keladi. Licin dan sia sia ! Bodoh betul aku ! Baru hari ini aku tiada ragu-ragu mengatakan aku bodoh ! Bodoh kerana terlalu percayakan kata-kata makhluk bernama lelaki yang menjadi tunangan aku selama hampir dua tahun.

Jelas terdampar wajah gembira si teruna dan dara sedang menyuap kek coklat sesama mereka berdua. Aku tunduk memejam mata, mencari sumber kekuatan yang masih ada dalam diri aku. Kalau ikutkan, mahu saja aku tikam mereka berdua yang sudah menikam aku dari belakang ! Ahh tak guna !

" Happy birthday, sayang. I love you till my last breathe." ucap lelaki itu dengan senyuman yang mekar. Sayang ? I love you ? Last breathe ? Huh, persetankan lah semua cakap itu !

Kakiku laju menapak ke arah merpati sejoli itu. Terkejut ?! Aha ! Tolong jangan buat muka orang tak ada otak !

" Happy birthday, Nuha." aku berpelukan dengan si dara walaupun hakikatnya aku jijik bersentuhan dengan PERAMPAS ! Namun lakonan harus mantop !

"A..Ain.. ?" eh sejak bila kawan baik aku ni gagap ? Oh please..

" Please dont show me that kinda face. Doesnt suit you at all, babes." sedaya upaya aku kerah tenaga untuk pastikan riak wajah ceria. Pandangan mataku aku alihkan ke arah jantan tak guna ini. Lah, terkejut jugak ke ?!

" Oh btw, kau tak nak kenalkan aku dengan this lucky handsome guy ke ? Opss sorry Nuha, im not that kind of P.E.R.A.M.P.A.S.." aku sengaja ketawa ala-ala diva hebat di atas dunia.

Nuha dan Aqil dah terkulat-kulat menunduk memandang lantai. Aku turut memandang lantai.

"Kenapa tengok lantai ? Ada emas ke kat situ ?" sarkastik aku ucapkan.

Aqil cuba berdiri di sebelah aku tapi aku jarakkan diri. Sekejap lagi the real Ain Syamina akan muncul. And that time, no one can stop me !

" Please, do I know you ? Sorry, saya dah bertunang. But..." kolar baju Aqil aku gabus sedikit dan tepuk bahunya beberapa kali.

" look, i boleh explain benda ni kat u. Nuha and I were.."

" Shut up you scumbag ! Aqil Johari, we are over ! No more u in my life and so you too ! And you Siti Nasuha, kau kawan paling jahanam yang pernah aku kenal ! Pergi berambus dan jangan muncul dalam hidup aku !" fresh orange di atas meja aku capai dan tuang di wajah Nuha. Puas hati aku ! Lantak lah orang nak pandang drama swasta yang aku cipta tadi pun, yang pasti aku bebas ! Freedom is mine !

Aku dah tak kisah dengan apa yang akan terjadi antara dua makhluk di restoran itu. Aku takkan jejakkan kaki lagi di restoran ini ! Entah kenapa dan bagaimana air mataku jatuh menuruni tulang pipiku namun pantas aku kesat. Ah menangis kerana lelaki tak guna itu tiada faedahnya !

" Ain ! Ain !" aku dengar suara garau itu sedang terpekik terlolong memanggil nama aku. Lantak dia ! Kalau dia jerit sampai terkeluar anak tekak sekalipun, aku takkan berpatah balik. Cinta tak cinta, aku tak kisah ! Bagi aku cinta tiada nilainya kalau hanya seorang pihak sahaja yang terlalu sibuk mengharumkannya manakala yang sebelah pihak lagi sibuk membusukkan nilai cinta. Ah bodoh !

Aku berjalan dengan pantas melintasi jalan raya yang tidak begitu sibuk. Mujur ini jalan raya sehala sahaja, jadi aku hanya perlu pandang satu sisi sahaja. Usai selamat melintas, tidak tahu silapku di mana heelsku terjelopok di celah longkang. Aku jatuh terduduk dan cuba untuk bangun semula namun gagal. Cuba lagi tetapi jatuh semula. Puas aku cuba, aku masih terduduk di lubuk yang sama. Akhirnya aku mengalah.

"Ain, please.. dengar dulu apa yang i nak explain pada u. Apa yang u nampak tadi, bukan seperti yang u sangka." nada Aqil naik satu oktaf. Menengking ? Ya, semua tentangnya aku benci ! Dia cuba bantu aku untuk bangun tapi aku hiraukan saja.

" Let me go ! I can do it by myself !! Pergi lah kau, Aqil ! Aku tak perlukan lelaki macam kau dalam hidup aku !" yes, aku sudah kalah ! Kalah dalam menahan air mataku yang hebat mengalir di pipi. Aku seka berkali-kali namun ia tetap membasahi wajahku.

" U said that u love me, right ?" kali ini suara Aqil seperti merayu.

Aku ketawa sinis. Tas aku sudah disilangkan di dada.

" Cinta ? Aqil, what do you expect about love kalau kau sendiri tak pandai nak hargai cinta ?! Sudahlah, aku tak kenal kau, tak mahu kenal kau, dan tak akan kenal kau lagi ! Today and forever !" terus aku tinggalkan dia di situ dan melintas jalan di sebelah sana pula.

Yes, i do love you. Tapi semua perasaan tu dah pecah dan hacur berkecai saat Ain dengar Aqil cakap ayat keramat itu pada kawan baik Ain sendiri.

Tak tahu bila aku melintas, tetapi mata aku jadi silau apabila lampu kereta di depan aku mula memenuhi ruang pandanganku. Aku rebah lemah di tengah jalan raya. Yang pasti aku dengar...

"Ain Syamina !!"

Gelap.

***

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now