19

10.6K 304 2
                                    

Geram betul aku ! Dia memang suka buat benda sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain ! Siap kau, Fawwaz Khairullah ! Selesai tetamu pulang, terus aku panjat naik ke bilik. Mencari telefon lantas mencari nama BUSYBODY  dalam kontakku. Wadah ! Jumpa pun.

Hanya dengan sekali trut trut sahaja terus dia menjawab panggilan aku.

" Thank you." terus dia mengucapkan terima kasih padaku. Ek ?

" Teruk lah bos ni ! Mujur tak terkejut badak mama saya tau !" bentakku. Hesyy kenapa lah dia tak ada kat depan mata ?! Mahu aku sekeh kepala dia sampai lenyek !!

Suara dia ketawa lagi membuatkan geram aku meninggi.

" Saya nak kahwin dengan awak bukan mama awak. Sepatutnya awak lah yang terkejut badak, Ain. Alahai.. mesti comel kan awak dok berleter macam ni. Rasa nak gigit ja bibir awak !" cepat-cepat aku kemam bibirku. Heee serius dia ni menyeramkan. Apa lah cakap macam tu ?!!!

" Bos jangan nak menggatal eh ! Saya benci lah pada bos  !" jeling mataku pada tingkap seolah-olah Fawwaz ada di hadapan. Ha elok lah, kalau ada kat depan aku memang senak aku kerjakan lelaki itu. Suka menguji kesabaran aku sangat !

" Benci benci pada saya pun awak terima jugak. Okey lah my future wife, got to go. Bye.."

"Eh bos ja..." trut....

What ?! Dia matikan macam tu aje panggilan aku ?! Hesyy rasa terbakar betul !

***

Genap lagi dua minggu aku akan menjadi isteri pada lelaki itu. Dan dua minggu juga lah aku dan fawwaz tidak berjumpa, calling-calling.. Err masa tak ada relay apa dulu pun, memang takdenya nak telefon malam-malam. Aku sendiri tak tahu apa perkembangan hidup dia selama dua minggu ni. Kat CFY pun kami tidak berjumpa kerana dia menjalani kursus di Langkawi selama seminggu. Minggu ini aku cuti untuk buat persiapan perkahwinan yang aku setuju kerana terkejut dengan kedatangan keluarga Fawwaz secara tiba-tiba.

Pada mulanya aku memang tak setuju sebab aku rasa macam tak rasa apa-apa sangat. Err faham tak maksud aku ? Yeah that feeling orang nak berkahwin. Excitement ? Happy ? Tapi tu masa kena paksa terima lah. Sekarang aku lebih bersifat terbuka sebab aku rasa macam selamat kalau Fawwaz ada. Lagipun dah banyak kali dia tolong aku kalau si Aqil Jembalang tu nak kacau aku.

Oh ya bercakap pasal Aqil, sejak dia serang aku tempoh hari sampai ke hari ni aku langsung tak dengar mahupun terserempak dengan dia. Lantaklah. Dia dah sedar salah dan silap dia la tu. Husnuzon kata Fawwaz. Macam tak sesuai je kan perkataan tu keluar dari mulutnya  ?

" Hah, berangan !" along menepuk bahu aku kemudian melompat naik ke atas sofa. Buruk perangai along aku ni !

" Teringat kat bakal bantal peluk lah tu." aku berpura-pura ketawa dengan usikan along.

" Excuse me mister Aiman syafiq, bantal peluk adikmu ada di atas. Mr frogie dalam bilik hokei. Jangan nak menyimpang ke kiri sangat fikiran awak tu, Mister Aiman." baju yang sedang aku lipat aku letak ke tepi kejap. Lenguh bersila lama-lama sangat.

" Lah.. ada bantal peluk lain ke ? Aku memang tengah cakap pasal si katak hijau tu pun. Kau yang fikir ke mana entah, cakap orang pulak." kepalaku ditunjal perlahan dari tepi. Kurang asam betul ! Sengaja lah tu.

" Hesyyy diam lah !" terus aku bangun dari situ. Terasa dahaga pulak bila bergaduh dengan along.

****

Aku berjalan seorang diri di dalam kompleks beli belah ini kerana ingin membeli sesuatu sebagai hadiah hari lahir pada bakal suami aku yang otak senteng itu. Mujur aku masih ingat tarikh lahirnya ketika aku sempat meneliti biodata Fawwaz di carta organisasi CFY ketika mula-mula masuk dulu. Atas alasan apa aku ingat tarikh itu pun aku tak tahu tapi ia seolah-olah terlekat di minda aku.

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now