30

12.2K 282 1
                                    

Nak kata apa lagi dah kalau tetamu yang tidak diundang datang ke rumah. Tak mungkin lah aku nak halau perempuan yang menggelar dirinya sebagai 'bekas tunang' Fawwaz dari sini walaupun hati aku memang naaaaakk sangat buat macam tu. Lagipun ini bukan rumah aku. Umi pun tak kisah, aku pulak yang nak ambik port !

Aizat duduk di sebelah aku dengan ketawa yang sinis. Aku dah tak rasa nak gelak tengok Jozan buat lawak dalam MLM tu walaupun sebelum ini aku memang bantai gelak macam gila.

" Abang Waz !" jerit Aizat dari ruang tamu memanggil Fawwaz di kerusi batu putih di luar.

" Kenapa, jat ?" aku pandang Fawwaz dan aizat berulang kali. Haishhh laki aku tak perasan ke aku tengah nak meletus ni !! Suraya di sebelah Fawwaz hanya memandang laki aku tanpa berkelip. Nak jeee aku korek-korek biji mata dia ! Tak pernah tengok manusia bernama lelaki ke ?!

"Ada bau apa-apa tak ?"

" Takde pun." kening Fawwaz terjongket. Sekali dengan aku sibuk menghidu, bau yang dikatakan oleh adik lelaki aku. Takde bau apa pun. Ketiak aku ke ?

" Bau orang cemburu ! HAHAHAHAHA ! Tolong bang, teruk sangat baunya ni !" jerit Aizat sambil menutup hidung pastu tergelak-gelakkan kat aku. Heeee kurang asam betul !

" Hahahahaha !" Fawwaz di luar turut menyambung ketawa Aizat. Aku pandang mereka berdua silih berganti.
Ewah ewah mak cik suraya ni, boleh dia tepuk tampar lengan somi aku ?!!

Segera aku bangun dari situ dengan dengusan yang disengajakan dan beransur ke arah mama dan umi di taman mini di belakang rumah. Sakit hati titew !

" Mama..umi.." rengekku manja. Kepada mereka berdua je lah tempat aku nak bermanja selepas suami aku. Tapi tengok lah siapa kat luar tu !

" Abah mana, umi ?" tanyaku yang turut mencangkung di sebelah mama. Tn Kamal, bapa mertuaku yang sentiasa sibuk itu tidak pulak aku nampak hari ni.

" Abah pergi main golf. Ni kenapa muka monyok ja ?" umi kesat peluh di dahinya. Mama pula menggembur tanah hanya menyengih padaku.

" Mana tak monyoknya kak, suami takde depan mata." usik mama kemudian mengundang tawa umi.

" Mana ada lah. Orang okey ja. Tadi dia cakap nak discuss apa entah kat luar." ujarku sambil bermain-main dengan tanah.

" Ya lah tu. Cemburu cakap cemburu, Ain. Suraya tu memang, dari dulu lagi jenis yang suka memaksa." umi berehat sebentar dari kerjanya.

Aku diam tidak membalas. Hesy aku kena ambik balik laki aku ni. Tak sedar, aku dok cucuk tanah guna alat apa entah yang mama guna ni. Hishhhh geramnyaaaa !!

Harap muka je cantik, kerja pramugari lagi ! Tapi dasar 'tasedi' ! Tak sedar diri !

" Heii rosak lah nanti. Ya Allah Ain Syamina.." mama tampar perlahan tanganku yang sibuk mencucuk tanah.

" Dia geram sangat tu " umi ketawa kecil bersama mama. Aku ? Merancang plan nak ambik laki aku.

****

Aku mendekati mereka berdua yang tak habis-habis bercakap dari tadi. No no.. bukan Fawwaz yang beria, tu si pramugari jadian tu !

" I nak you je yang lukis cover depan buku yang I nak keluarkan tu. Ye lah, takkan sampai tua I nak kerja pramugari kan ? This is my backup plan in future. Boleh la, Fawwaz.."  pinta Suraya dengan tergedik-gedik. Ni dah kenapa kena meliuk lentok macam tu ! Jangan sampai aku tolak kau jatuh ke rumput tiruan ni.

" Abang.." panggilku dengan manja sambil mengelus bahu Fawwaz dari belakang. Tertoleh terus laki aku. Ni baru tukar panggilan, belum masuk yang serius lagi. Tengok lah, Suraya !

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now