37

10.3K 260 0
                                    

" Kenapa sejak belakangan ni saya tengok awak asyik termenung ja ?" tegur Fawwaz sambil mengunyah epal. Buruk perangai bercakap sambil makan !

Tangannya melingkar di bahuku.

Aku ketawa kecil. Comel betul Fawwaz buat muka macam tu.

" Thank you."

Fawwaz toleh ke arah aku. Aku tayang muka selamba sambil tengok tv.

" Kenapa cakap thank you pulak ?" pelik Fawwaz.

" Thank you sebab awak tengok saya sorang ja." gurauanku dapat sambutan dari Fawwaz. Mengekek dia ketawa macam benda tu lawak sangat.

" Nakal eh !" hidung aku dicuit olehnya dengan mana kemudian mata kami menyorot ke skrin televisyen. Diam untuk seketika.

Secara zahirnya memang aku tengah tengok tv, tapi dalam kepala aku ni tengah berserabut dengan kata-kata Suraya petang tadi. Perlu ke aku bincang dengan Fawwaz ? Tapi dia nak percaya ke ?

" Erm awaaaak..." panggilku meleret. Tak boleh jadi, kena cakap jugak ! Aku tak nak ada rahsia antara kami berdua.

" Ya sayaaaang..." dia juga jawab meleret macam aku tadi.

Aku cebik sikit.

" Sejauh mana awak kenal Suraya ?" soalku dalam nada yang serius bersama renungan ke anak matanya.

" Kenapa tanya saya soalan macam tu ?" okey takda sesiapa nak soalan dibalas dengan soalan.

" Sebab saja-saja."

Ish baru lima saat lepas kau cakap tak nak ada rahsia antara kau dan Fawwaz. Apa ni Ain ?!

Sedar tak sedar, aku tertampar dahiku sendiri.

" Hei kenapa buat macam tu ?" dia pegang tangan aku letak di pahanya kejap.

" Cepat la, awak tak jawab lagi soalan saya."

" Betul ni awak tak akan cemburu, kecil hati atau terasa kalau saya jawab soalan awak nanti ? Saya taknak ada salah faham antara kita." Fawwaz renung mata aku dalam-dalam. Aku mengangguk laju tanda setuju dengan kata-katanya tadi. Cepat lah, dah tak sabar nak tahu ni !

" Suraya.. Suraya.. Okay, her name is Nur Suraya bt Rashidi. Kerja sebagai pramugari since memang itu cita-cita dia sejak kecil. And then..." dia berfikir sejenak.

" Kita orang kenal dari umur 14 tahun and endup TERsuka pulak towards each other. Couple about 5 months and got to be her fiance for 2 weeks. Tapi dia tinggalkan saya sehari sebelum kita orang nak nikah sebab dia dapat offer training dari sebuah syarikat penerbangan. So yeah.. she chose that job without declared apa-apa pada saya and after 2 years, dia kembali ke sini." dengan penuh tenang dan cool saja Fawwaz bercerita tentang Suraya. Macam takda feeling pun nak cerita lebih detail.

Of choizzz ! Aku nak tahu details pasal dia sebenarnya.

" The end. Bedtime story dah habis. Jom tidur, saya mengantuk sangat ni.." rengek Fawwaz, seperti biasa.

" Ala kejap la. Erm... awak sayangkan dia ?" perghhh ni soalan maut bhaii ! Isteri mana yang sanggup tanya soalan ni ? Aku je berani sebab aku yakin dengan kasih Fawwaz pada aku.

" Eh mestilah sayang !" amboi teruja bebenor laki aku ni ! Tapi.. tapi..

Aku alih pandanganku ke skrin semula. Kecik hati kita ! Cemburu ? Eh mestilah !

Tiba-tiba Fawwaz ketawa.

" Mesti lah saya sayang dia, tapi itu masa bertunang saja. Sekarang ni, dah ada yang halal, sayang yang halal sorang ni ja. Nak buat apa-apa pun takda siapa boleh halang."

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now