24

14.5K 285 3
                                    

So hari ni kita orang akan pulang ke rumah selepas bercuti selama seminggu bermula dari hari perkahwinan tempoh hari. Taktahu la nak balik ke mana sebab Fawwaz tak cakap apa-apa pun. Bila mama tanya, honeymoon kat mana dia diam. Aku pun diam je lah sebab tak mengharap sangat sebenarnya.

Usai berpeluk cium serta berbakul nasihat dan tips yang aku terima dari mama dan Kak zana, kami beredar dari kawasan rumah ini. Tiba-tiba aku jadi sayu entah kenapa. Ayah...

Dahulu aku sentiasa inginkan ayah yang menggenggam tangan 'bakal suami' aku namun Allah SWTsayangkan ayah.

Aku tak tahu destinasi kami ke mana sebenarnya sebelum langsung ke rumah. Jadi aku hanya membuang pandangan ke luar tingkap sambil melayarkan segala kenangan bersama arwah ayah.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan selamba sambil menayangkan wajah tak bersalah. Ayah di kerusi malas itu memang nampak tak senang duduk dah. Ala ayah, rilek lah.

" Astaghfirullah, Mina !" opah datang berlari ke arah aku. Diceknya aku seluruh badanku macam ada kecederaan pulak aku rasa. Rasanya opah, atok dengan ayah dah tahu kejadian pagi tadi di sekolah. Telan liur jap.

" Ain Syamina, duduk sini !" suara tegas ayah bergema di teratak itu. Takut-takut aku berjalan menghampiri ayah yang tengah 'menyinga'.

" Siapa mula dulu ? Jujur dengan ayah." soalan pertama. Aku menunduk.

" Kenapa angah pukul budak tu ?" soalan kedua.

" Siapa ajar angah pukul orang ni ?" soalan ketiga. Aku masih diam dan menunduk ke lantai. Semua jawapan itu ada pada budak yang aku hentak pagi tadi. Kurang ajar sangat ! Sekali aku debik, hah meringkuk macam ulat sampah !

" Mi, kau jangan berkasar sangat dengan budak tu. Kesian dia mak tengok." opah membela aku di hujung sofa. Bukan aku yang salah, tapi DIA ! Budak lelaki itu yang cari pasal.

" Jangan dicampur urusan Mi anak-beranak. Jom kita keluar ke dusun kejap." atok menarik opah keluar dari sini. Semakin kelat air liur aku di tekak.

" Macam-macam dah ayah dengar berita pasal angah. Kurung kucing parsi si Zalika dalam tong sampah, angah sorokkan selipar Faiz dalam semak pastu patahkan patah cermin moto abang Izhar. Itu baru di kampung. Belum kat sekolah punya lagi." bebel ayah di sisi aku. Berdecit perlahan aku mendengar ayah senaraikan kelakuanku di kampung ini. Hai lah, macam mana seronok hidup kita kalau tak buat hal ? Lagipun aku baru 15 okey.. Its time to nakal sikit-sikit lah. Ayah ni, tak memahami langsung !

Menitik air mata aku saat terlayar segala perangai aku yang sentiasa membuat fikiran ayah kacau-bilau. Rindunya dekat ayah..

" Awak okey ? Kenapa nangis ni ?" tegur Fawwaz di sebelah sebelum kami memasuki satu lorong. Macam kenal je..

" Takde apa-apa." aku mengesat air mata yang memenuhi kolam mataku.
'cengengnya anak ayah ni', ayat yang selalu ayah sebut kalau aku menangis.

Tiba-tiba Fawwaz memberhentikan kereta. Eh ? Kubur ? Aku toleh ke tempat pemandu dengan tanda tanya sebesar triple XL. Besar sangat !

" Jom jumpa ayah dulu sebelum balik sana. Saya tahu awak rindukan ayah kan ?" ujarnya di sebelah dengan penuh lembut. Ahh bergenang air mata aku ! Saja lah dia ni, bagi aku nampak manja ! Benci incik somi !

****

Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci oleh Fawwaz. Aku sekadar memerhati sekeliling penthouse yang boleh tahan jugak lah. Kata Fawwaz, dia beli dua bulan lepas tapi tak duduk sini pun. Sebab umi tak nak lepas Fawwaz dahulu sebelum dia ada tanggungjawab. Contohnya kahwin.

Masuk-masuk sahaja terus aku terbatuk lantas cepat-cepat menutup hidung. Habuknya, masyarakat..

" Sorry sayang." ucapnya setelah meletakkan bagasi kami di suatu sudut. Aku cuma sengih sahaja tapi taktau la dia nampak sengihan aku atau tak. Aku selak langsir yang berhabuk tahap kronik tu pastu bukak sliding door. Wah cantiknya pemandangan kat sini. Mesti kalau malam lagi cantik ! Tiba-tiba aku jadi teruja pulak. Ahaks !

" Awak, saya keluar jap. But dont worry, i'll be back very soon. If you're searching for the mop baldi sabun apa segala benda tu, sila lah melawat bilik hujung tu. Bye sayang." terus ternganga aku seorang diri dalam penthouse ni. What ? Dia tinggalkan aku macam tu je ? Nonsense ! Nak tak nak aku kena cuci jugak rumah ni sebab nak berjalan pun susah. Kurang asam betul, dia biar aku cuci rumah dia seorang diri ?!! Sangat kejam !

Seluar disingsing paras betis, lengan baju diselak hingga ke siku. Tudung aku campak atas sofa kemudian rambut aku sanggul tinggi-tinggi. Hah ! I'm ready !

Maka mencicit lah aku mencari segala peralatan untuk membersihkan penthouse ini.

****

Penat. Sumpah penat. Penat gila weh. Tolong, aku rasa kalau ada sesiapa nak minta aku tekan rimot tv pun aku dah tak boleh buat. Lembik segala tulang aku ni ha. Daripada mengibas, menyapu, mengemop dan mencuci dua tandas, tiga bilik, wardrobe dan dapur hingga ke ruang ramu aku siapkan semuanya seorang diri. Ulang suara, SEORANG DIRI. Sekian.

Tak, yang aku hairannya mana laki aku pergi ? Dari pukul 2 petang sampai ke pukul 4.30 petang dia masih tak balik.

Dah penat macam ni mula lah rasa mengantuk tambah lapar. Tapi aku pilih mengantuk sebab badan aku letih menyental. Aku meletakkan tanganku di belakang kepala sebagai alas bantal kemudian terus menutup mata. Nikmatnya...

****

Aku menguis hidungku kerana bagaikan terasa rambut mencucuk. Hesh nak je aku potong kasi pendek terus ! Aku mencelik mata perlahan-lahan memandang syiling. Oh ya, penthouse Fawwaz. Aku melepaskan keluhan berat. Dia tak balik lagi ke ? Aku bangun dari baring dan menjatuhkan kaki ke lantai sambil menunduk. Rambutku yang kusut dan hampir terburai ikatannya aku betulkan. Sambil berselawat di dalam hati, aku gosok pangkal leher perlahan-lahan. Apasal sengal kat leher ni ? Mesti salah tidur.

" Mak !!!" jerit aku tatkala terkejut melihat Fawwaz tengah sengih macam orang tak betul betul-betul depan aku. Ya Allah, mujur tak tendang laki aku tadi.

" Penat sangat saya tengok awak. Sebab tu saya tak kejut." kata Fawwaz yang sudah bangun lalu duduk di sebelah aku. Rapat. Aku mengenjak ke kiri sikit.

" Terkejut tau. Nasib baik saya tak tendang awak." aku mengurut dada perlahan. Aduh leher aku sakit lah.

" Jom makan. Saya beli makan malam kita sekali dengan barangan rumah yang lain." ajaknya dengan teruja. Aku hiraukan sahaja sebab tengah betulkan balik urat saraf kat leher aku. Aduii sakit.

" Kenapa ni ?" terus dia tarik aku ke dadanya. Weh apasal dia ni ?

" Salah tidur ke ?" dia membelek leher aku sambil urut-urut. Tetiba aku rasa semacam pulak bila dia buat macam tu. Hesh ! Aku menjauhi dia kemudian bangun dari situ. Awkward, serious !

Panggilan dia aku endahkan lantas menuju ke dapur untuk melihat apakebenda dia beli sampai dua jam keluar.

***

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now