39

10.7K 278 7
                                    

Badanku ditolak dengan kasar sehingga melekap tubuhku ke dinding yang seakan-akan mahu roboh itu. Menyeringai aku dalam kesakitan akan tindakan Zahidi yang sudah menggila semula. Kakiku lemah dan tak berdaya hendak berdiri tegak, lantas aku jatuh menyembah bumi dalam esakan.

" Maaf, Puan Ain. Puan okey ?" tiba-tiba Zahidi menghampiri aku dengan muka seakan-akan hendak menangis. Aku pandang dia sekilas dan mencuba untuk duduk.

" Err... kejap..a..aku..s..saya panggilkan Fawwaz." dalam kekalutan, Zahidi terus menghilang dalam kegelapan malam yang pekat.

" Fawwaz ??!!" aku baru tersedar. Apa dia nak buat dengan suami aku ?!

Aku bersandar lemah ke permukaan dinding sambil memegang perutku. Bertahanlah sayang.. papa akan datang !

****

Bunyi plastik menganggu lenaku yang seketika tadi aku terlelap. Zahidi sedang membuka bekas polisterina yang ada nasi dan ikan goreng di dalamnya. Lapar ? Ya. Sudah berapa lama aku dalam tahanan Zahidi ni ?

" Puan Ain makan lah sikit. Tuan Zahidi keluar cari Encik Fawwaz sekejap. Nanti dia datang semula." serta-merta aku mengerutkan dahi. Zahidi ni memang dah gila !

" Zahidi, sekarang pukul berapa ?" aku tanya baik-baik jika karakter Zahidi yang versi baik ini muncul.

Dia mengerling ke arah jam di tangannya sekilas kemudian memandang aku dengan lembut.

" 5.20 pagi." kemudian dia berdiri semula dan pusing membelakangi aku. Maksudnya dah lapan jam aku kat gudang ni.

Nasi tadi aku capai sedaya upaya. Nasi dah sejuk, ikan dah keras. Aku tak kira apa dah, terus aku makan ciput demi ciput.

" Eh kau tahu tak, si Fawwaz tu memang tak guna !! Aku dah lama menyampah dengan dia pasal semua benda ! Dia dapat apa yang dia senang ja, tapi aku ?! Ahhh persetankan lah nilai persahabatan yang dia janji dulu !!" Zahidi mengamuk teruk kemudian dia melepaskan buku lima ke dinding bersama amarah yang menggila. Aku terdiam dan kaku di situ. Takut untuk cakap sebarang kata.

Kriukkk !

Aku dengar seperti bunyi daun kering dipijak oleh sesuatu lalu menoleh ke arahnya.

" Aku cintakan Suraya tapi sanggup perempuan tu buat macam ni pada aku ! Fawwaz tahu yang aku cintakan Suraya tapi kenapa ?!! Kenapa mereka bertunang !!!! Sakit, pedih hati aku setiap kali tengok cincin tunang di jari Suraya ! Kau faham tak apa aku rasa, Ain ?!" terhinjut bahu aku saat ditengking oleh Zahidi yang sudah menolak dahi aku ke belakang hingga terhantuk ke dinding. Allah...

" Sakit Zahidi... Lepaskan aku.." rintihku lemah dan tak berdaya. Air mataku muka merembes keluar dengan galaknya. Mana Fawwaz ? Kenapa dia tak datang cari aku ?

Ya allah..

" Tak sesakit hati aku ! Aku nak buat Fawwaz rasa macam mana rasanya orang yang dia sayang, cinta sepenuh hati hilang dan pergi dari hidupnya !!" kali ni dia menendang kerusi kayu hingga pecah seribu di hujung dunia sana. Aku menikus di penjuru ruang dalam tangisan. Itu ja aku mampu buat masa ni.

" Biar dia dengan syarikat tu musnah !!" jerit Zahidi kemudian terus keluar dari situ sebaik sahaja . Sunyi.

Sakit di belakang kepala aku sangat terasa tika ini. Aku juga sudah mula pening dan persekitaranku aku rasakan berpusing tanpa arah.

Dummm !

Aku dengar bunyi sipi-sipi beberapa kali tembakan entah dari mana sumbernya sebelum duniaku bergegar.

Rebahku tiada siapa yang tahu. Lantai simen yang sejuk dan bunyi unggas sahaja yang menemani aku.

Fawwaz ?

****

Aku mengesat air mata yang mengalir tanpa segan silunya di tempat ini. Mujur tak ramai orang pada waktu ini jadi takda la aku nak malu sangat. Lagipun memang aku terlalu rindukan arwah. Segala kenangan yang kami pernah lalui bersama, akan kekal dalam ingatan aku hingga nafas terakhirku.

" Mama, jangan nangis.." suara kecil itu menyedarkan aku dari tenggelam dalam emosi. Aku berpura-pura ketawa sambil memeluk tubuh kecil itu.

" Nanti anak kau kalau perempuan mesti cantik macam kau kan ? Kalau lelaki, mesti kacak macam future husband kau. Heee tak sabar nak tengok kau ada anak ! Pastikan aku duduk di vvip punya seat tau !"

Aku kesat air mataku lagi. Nuha.... kau apa khabar ? Ni anak aku, Anas Ahqaf namanya.. Kacak, macam doa kau masa dulu-dulu. Kau ingat tak, Nuha ?

" Mama, jom balik.." Anas mula merengek di bahuku.

" Okey sayang.. baca doa kat auntie Nuha ya ." dia turutkan arahanku dan mula menadah tangan.

Kami berdua bangun dari duduk dan lipat semula tikar nipis itu.

Assalamualaikum, Siti Nasuha. Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi.

Tangan si kecil aku pimpin hingga ke luar pagar kawasan kubur ini.

" Anas rindu papa la." tiba-tiba Anas bersuara setelah kami sudah duduk dalam kereta.

Aku toleh ke arah anakku dan usap ubunnya dengan lembut.

" Mama pun." pipi si kecil aku cium.

****

" Jangan lari, Anas.." comel betul kaki Anas yang lincah berlari menuju ke dalam rumah. Butang pada kunci kereta ditekan baru lah aku masuk ke dalam rumah dengan menjinjit beberapa beg kecil.

" Tok umi !" suara Anas kedengaran di segenap rumah memanggil neneknya.

Tiba-tiba suara Anas menangis di ruang tamu mengejutkan aku yang baru nak letak punggung di sofa.

" Ya Allah Anas.. kan dah cakap jangan lari. Kan dah jatuh." aku bertinggung di depannya tanpa membantu Anas untuk bangun. Biar dia bangun sendiri tanpa aku di sisi.

" Ha ni dah kenapa ?" umi datang dari bilik utama terperanjat melihat Anas sudah terduduk di lantai bersama aku.

" Anas jatuh." kata Anas dengan pelatnya membuatkan aku dan umi ketawa.

" Pergi lah tengok dia kat atas. Biar umi jaga Anas kejap." aku berbalas senyuman pada umi dan segera naik ke bilik dengan teruja. Rasa rindu sangat membuak-buak !

****

Pintu bilik dikuak dengan kasar tanpa memberi amaran terlebih dahulu menyebabkan tuan bilik terkejut dengan kehadiran aku.

" Makkk !!" jerit Fawwaz sebaik sahaja melihat aku di muka pintu. Siap tutup badan dia dengan baju lagi. Ohh baru habis mandi ni.

" Sayang ! Terkejut saya tau !" ala marah-marah manja gitu. Aku menghampiri dia dengan senyuman lantas memeluk dia dengan erat.

" Ha ni dah kenapa peluk-peluk ? Nak anak perempuan pulak ke ?" usikan Fawwaz buat aku ketawa lagi.

" Rindu kat awak la. Kang saya rindu kat orang lain, awak jeles pulak." aku memperkemaskan pelukanku. Rasa nak menangis pulak bila berdua macam ni.

" Awak pergi kampung Nuha kelmarin, hari dah balik. Mesti awak penat kan ?" dia membalas pelukanku sambil mengusap belakang rambutku. Aku angguk lemah padanya.

" Mana Anas ?"

Aku melepaskan Fawwaz dari aku.

" Ada kat bawah." aku duduk di birai katil sambil memandang tubuh Fawwaz yang berparut akibat kesan tembakan 4 tahun yang lalu.

" Tengok apa tu ? Seksi kan badan saya." aku mencebik perlahan sambil sengetkan bibir. Sengaja tunjuk body ala-ala ahli angkat berat negara ! Ceh, ingat aku tergoda ke ?

" Jom turun." Fawwaz tarik tangan aku setelah dia menyikat rambut di cermin tadi. Aku hanya membontoti suamiku dari belakang ke ruang tamu.

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now