9

11.9K 351 6
                                    

Hari ni mesyuarat mingguan di CFY dan aku dikehendaki ke sana bagi membentangkan storyline aku pada 'bos kecik' aku a.k.a. Encik Fawwaz yang senget itu. Di CFY, boleh pulak dia buat tak kenal aku !

Masa mesyuarat tadi aku sedaya upaya untuk fokus pada penceritaan kartunku yang akan dihantar pada editor CFY hujung bulan ini. Tak sabar nak tengok nama aku terpampang di komik CFY yang terkenal di serata Malaysia.

Alhamdulillah, story aku dapat pujian dan teguran serba sedikit dari pihak atasan tetapi ia tidak menjatuhkan aku malah menaikkan semangat aku yang memang berkobar-kobar sejak kaki aku mula melangkah di bangunan 10 tingkat CFY ni. Biasalah tu, aku budak baru belajar. Semestinya ada hal yang aku kurang arif tentang dunia komik ini.

Usai tamat mesyuarat, mereka mengucapkan tahniah pada aku dengan senyuman. Ya, aku dapat rasakan keikhlasan mereka dalam bekerja. Syukur, Tn Kamal memang seorang pemimpin yang berkaliber. Berjaya dia mendidik pekerja-pekerjanya agar ikhlas dalam melakukan kerja dunia dan akhirat.

Lunch hour. Masa yang paling aku tunggu selain waktu pulang kerja. Aku bersyukur sebab aku hanya bekerja tiga hari seminggu sahaja.

Satu mesej masuk ke inboxku, dari Abang.

Jom mentekedarah !

Bibir aku menyenget tatkala membaca mesej Aizat Syazwan. Nak ajak makan sekali pun sampai macam tu sekali ayatnya. Aku geleng kepala dengan fiil adik-beradikku. Macam mana lah pn syafina dgn en Azmi boleh tahan dengan perangai kami masa hingusan dulu kala agaknya..

Ketukan di meja membuatkan aku berhenti mengemas meja.

" Bos." mata kami bertembung. Lama. Wey mata dia.... astaga, mata aku ! Aku kalih ke arah lain. Berdebar pulak aku rasa sekarang ni. Rileks Ain Syamina..

" Lunch dengan saya nak ?" ajak Fawwaz dengan begitu SELAMBA. Aku terjegil biji mata.

"No thanks. Saya nak keluar dengan my real B.O.Y.F.R.I.E.N.D.." sengaja aku membeliakkan biji mata aku, biar dia tahu aku serius.

" Ada ke orang yang nak kat awak selain saya ?" katanya dengan angkuh. Aku rasa nak sepak-sepak je dia sekarang ni.

Macam lah aku tak laku ! Kuhang ajo betul mulut mamat ni.

" If u dont mind, saya nak ikut. Saya tunggu di lobi." ujarnya sebelum meninggalkan aku terkontang-kanting. Aku ternganga, termangu !

****

Aizat Syazwan memang the best brother ever ! hak hak ! Gembira betul aku tengok muka Fawwaz yang dah serupa mentadak gayanya ! Pandai pulak adik aku ni berlakon jadi 'boya friend' aku hari ni. Kena lanje ah budak ni nanti.

Aksi pertama kami adalah ketika Aizat menjemput aku di depan lobi tadi. Sebelum tu aku dah beritahu dia siap-siap suruh berlakon. Tapi takda la sampai tahap aku pun geli kalau ada couple buat macam kami tergedik-gedik macam ulat beluncas.

" Abang !" jeritku ala-ala perempuan tak cukup zat. Menceceh aku berlari ke arah Aizat yang sedang membuka pintu kereta untukku.

" Sayang.. How are u ? Banyak keja hari ni ? Tu siapa ?" bibir Aizat dijuih ke arah bos aku yang tengah terkena 'kejutan budaya' kat sana. Hahahaha !

" Bos ! Mari sini." aku panggil dia.

"Kenalkan, ini Aizat. Abang, ni en Fawwaz." aku kenalkan mereka berdua.

" Aizat." abang dah sua tangan nak berjabat tapi lambat-lambat je si Fawwaz ni sambut.

" Fawwaz." aku pandang Aizat sambil menahan ketawa. Dengar tak dengar je suara bos aku tadi. Jadi kami bertiga menuju ke restoran yang Aizat pilih sebelum mamat ni menyibuk nak ikut.

Aku duduk di belakang, jadi Aizat pemandunya dan Fawwaz di sebelah.

"Serius awak tak nak duduk sebelah BOYFRIEND awak ?" tanya Fawwaz ketika kami berbincang.

Aku angguk tanda serius.

" Saya duduk belakang lagi best." aku jawab dengan senyuman sambil memandang ke arah Aizat. Tangan adik bongsuku aku genggam walaupun hakikatnya aku rasa nak gigit tangan budak ni. Tangan dia lah yang selalu tarik rambut aku kalau kita orang bergaduh.

" Best apahal ? Cehhh !" aku terdengar Fawwaz berdecit.

" Sayang duduk belakang lah senang kita nak main mata, kan ?" pipi aku dicubit kuat. Orang lain memang nampak macam sweet, tapi aku yang terseksa ! Sakit woiii !

"Cepat lah sikit ! Panas tau tak !! Haisyyyy nak bermanja lepas sah kahwin boleh tak ?! Heyy rimas aku dengan manusia macam kau orang ni !" gerutu Fawwaz lantas masuk ke dalam kereta dengan wajah yang memerah. Aku gelak kecil bersama Aizat di luar melihat perangai Fawwaz itu. Entah sebab panas ke tahan marah cik abang tu.

Aksi kedua kami bermula saat makanan yang dipesan tiba di meja. Sedap ! Nasi goreng kampung dengan horlick ais kau ! Kerlassss gitu !

Aizat yang mula dulu aksi suap-menyuap ni hokeii. Not me ! Tapi aku layankan aje sebab best tengok Fawwaz tahan marah. Merah je muka dia !

" Abang, mama sihat ?" tanyaku. Fawwaz di sebelah aku kerling di hujung mata. Pffffff ! Macam tak puas hati gayanya makan cenggitu.

" Mama sihat, alhamdulillah. Bila sayang nak datang rumah ? Haritu mama buat kek red velvet untuk sayang. Tapi sebab sedap sangat, abang bantai sampai licin. Sorry sayang." Aizat sengaja tayang wajah sayu.

Tak guna kau, abang ! Bila masanya mama buat kek red velvet ?! Kenapa aku tak tahu ? Ni mesti dia habiskan masa aku pergi kerja !

" Ishh tak payah nak bersayang mayang dekat public boleh tak ? Excuse me, aku ada depan kau orang ni. Haii menyesal pulak aku ikut ! Menyakitkan hati !" bentak Fawwaz ketika menyuapkan makan ke dalam mulut.

Aizat ukir senyum pada aku. Plan menjadi !

****

Hari ni aku dan warga CFY tak pergi kerja sebab cuti hari pekerja. Tapi sesiapa nak buat OT, jemput lah datang. Aku ? Tak mungkin ! Lebih baik melepak di rumah, usik mama di dapur dan bergaduh dengan along. Hari ni kak Zana, kakak ipar aku ikut balik sekali. Dah habis tempoh berpantang baru aku gegeh nak tengok baby. Wahh comel ! Macam mak ngah dia.

" Jemput lah, Waz. Zana ada kat sana dengan anak." aku terdengar along menjemput orang masuk. Tapi aku hiraukan sebab tak penting. Biasa lah, orang melawat kak zana.

" Kau datang sini ke tengok bini aku ke... adik aku, Waz ? Baik kau cakap elok-elok. Abang ipar kau ni !" along ketawa berdekah-dekah. Buruk betul ! Anak siapa tu ?

" Kak, siapa tu ? Overdose betul suami akak melayan tetamu tu.." aku mengacah-acah budak ni. Namanya Nur Aira bt Aizat Syafiq.

" Tak tahu. Kawan-kawan dia agaknya. Angah pergi lah jenguk sikit. Mana tahu berkenan di hati nak buat jadi adik ipar akak." aku memuncungkan bibir tanda tidak suka dengan usikan kak Zana. Ketawa kecil kakak ipar aku.

Aku bangun dari situ tapi kak Zana pula mematikan langkahku. Aku toleh ke arahnya dengan riak 'kenapa'.

"Takkan merajuk ? Akak gurau ja lah, Ain Syamina."

" Helo merajuk is really not Ain Syamina. Angah nak pergi jenguk sikit lah. Mana tahu berkenan di hati nak buat jadi adik ipar akak." ayat Kak zana aku ulang. Mengekek dia ketawa.

***

Dia, suami aku ? حيث تعيش القصص. اكتشف الآن