11

11.3K 338 6
                                    

Aku tidak mahu lagi menangis kerana lelaki itu ! Tak boleh ke dia berambus dari sini dan pergi jauh dari hidup aku ?! Aku menghempaskan tas tangan ke atas katil empukku yang bercadar mr frogie. Wajahku disembamkan ke dada tilam lalu...

" Ahhhhhhhhh!!!" aku menjerit sepuas hati, bagai hendak pecah dada aku mendengar suara dia, melihat dia dan kenangan bersama dia masih segar dalam ingatanku. Ya, dulu aku setengah mati cintakan dia namun selepas kecurangannya dengan kawan baik aku sendiri, tidak mungkin aku dapat menerima kemunculannya.

Nuha. Ke mana dia pergi ? Ah barang kali sudah beranak pinak dua manusia itu ! Sakit hati aku tak terkira tapi dia boleh senang je tunjuk muka selamba badak dia depan aku !

Aku tidak menangis kerana peristiwa itu tetapi aku menangis kerana aku tewas dalam mengawal perasaanku sendiri. Sudah lah Ain, kau dah ada life sendiri. Dont make yourself looks pathetic !

Aku turun dari katil dan mengatur langkah ke cermin muka yang tergantung. Habis selebet lipstick aku ! Semua sebab Aqil bin Johari !!

" Kesian dekat bos.." aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba memberi kata-kata semangat pada diri sendiri. You can handle this ! Chaiyokk !

Ketika menuruni tangga aku dah dapat dengar suara mama tengah bersembang dengan Fawwaz. Kesian mama. Tadi masa masuk mama ada tegur aku tapi aku buat dont know je. Betul lah kau ni menyusahkan aku, Aqil !

"Ma." panggilku perlahan. Tiba-tiba datang pulak si Aizat Syazwan yakni adik lelaki bongsu aku dari belakang. Terus dipeluknya bahu aku di depan Fawwaz.

" Angah, aku nak pinjam laptop jap. Nak buat assignment, kena hantar minggu depan. Aku gi ambik, eh." terus dia blah macam tu ja tanpa beri amaran mahupun isyarat.

" Abang, aku tak kasi permission lagi tau ! Kau jangan nak memandai on laptop aku !" terus aku mengejar abang yang sudah menceceh naik ke bilik aku. Pasal Fawwaz aku dah lupa sebab laptop aku perlu diselamatkan terlebih dahulu.

****

Ketukan di pintu mematikan tanganku daripada melukis anak mata kartun raksasa comel itu. Mama masuk ke bilik aku dengan seribu satu senyuman.

" Tak tidur lagi ?" tanya mama sekadar berbasa basi. Aku tahu mama nak tanya soalan lain. Tapi aku gelengkan saja untuk menjawab soalan mama.

" Angah okey ?" tanya mama lagi. Aku pandang wajah mama yang bersih.

"Ngah okey la, ma. Mama nak tanya apa sebenarnya ni ?" mama melabuhkan duduk di hadapanku, kemudian menutup kertas draf komik itu.

Aku ditarik ke arah birai katil. Macam serius semacam je pn syafina ni.

" Angah suka fawwaz ?" anak mata mama menikam benakku. Perlahan-lahan aku meletuskan ketawaku pada mama. Jangan cakap mama nak kenenkan aku eh ! perasan kau ain !

" Mesti lah suka, ma. Dia bos yang sangat profesional, baik, tegas, berdedikasi walaupun garang tak bertempat..." belum sempat aku nak describe bos aku, mama dah memotong.

" Angah..." meleret mama panggil aku. Aku melepaskan keluhan panjang kemudian menunduk memandang cadar tilam.

" Angah sendiri confuse. Tapi rasanya angah tak rasa apa-apa pun bila keluar dengan dia." jawabku jujur dan ikhlas dari sanubari. Berpeluh jugak aku nak jawab soalan mama bila datang mood serius cenggini.

Mama senyum.

" Fawwaz tak confuse. Dia bagitahu mama tadi, dia rasa sesuatu bila keluar dengan angah. Dia seronok angah ada dengan dia walaupun angah tipu dia pasal 'boyfriend' angah tu. Kesian Fawwaz tau ! Mati-mati dia ingat angah dah berpunya. Yang Aizat pun satu hal, ikut sangat perangai kakak dia yang suka merepek ni !" bebelan mama aku tahan sahaja. Dah tu ? Takkan aku nak suruh mama diam ?! Kurang hajo namanya.

" Ma, angah bergurau je lah. Lagipun dia mesti ada gf. Gf dia lagi cun, cantik, putih melepak kan ? Mana layan stok-stok kulit hitam manis macam angah ni ma.."

Ya. Aku cantik ? Jauh sekali wey ! Putih, cerah, gebu-gebas ? Heloo.. thats not really me. Masa berkenalan dengan Aqil dulu pun aku tak pasti kenapa dan macam mana dia boleh kata aku cantik. Lol ?

" Tapi dia cakap dia suka angah. Along dah tahu tentang perihal ni masa kak Zana berpantang dulu. Sengaja dia sembunyikan dari angah." kata mama dengan senyuman bagaikan suka dengan pengkhabaran yang mengejutkan ni.

"Mama jangan merepek. Angah tak suka lah bercakap pasal feeling-feeling ni. Its hurt inside here." tanganku dibawa ke dada. Topik ini terlalu susah untuk dibawa bincang pada malam ini.Luka di hati aku masih segar tetapi sedaya upaya aku kentalkannya.

" Ain Syamina." aku angkat muka saat mama memanggil nama aku. Serta-merta air mataku mengalir di tulang pipi. Cara mama panggil aku tadi serupa dengan cara arwah ayah selalu buat. Angah rindu ayah !

Tak tahu kenapa aku rasa begini malam ini. Ah mental koyak !

Mama turut menangis lalu menarikku dalam dakapannya. Mengongoi kami berdua menangis kerinduan pada yang telah menghadap ilahi.

" Esok genap 5 tahun ayah kembali pada Pencipta." teresak-esak aku berkata. Mama angguk laju lantas mengesat air matanya. Rinduku pada ayah tak sehebat rindu mama pada arwah.

" Mama." tiba-tiba abang terpacak di pintu bilikku. Dia melangkah masuk ke dalam kamar dan duduk di sisi mama.

Abang kesat air matanya.

" Ni kenapa jari berdarah-darah ?!" mama jadi panik tengok jari abang calar bagai terkena kaca. Aku sekadar memandang jari adik lelakiku.

" Abang terjatuhkan gambar ayah dari meja belajar tadi. Sakit ma.. abang tengok kaca atas muka ayah tadi. Abang..abang..rindu ayah." abang menyembam wajahnya dalam pelukan mama.

Semakin erat kami bertiga berpeluk bersama tangisan yang berjujuran di pipi.

***
Buku surah yaasin aku tutup serentak mengesat air mataku yang membasahi pipi dan tudung.

Ayah apa khabar ? Mama, along, angah dan abang sihat wal'afiat. Tiada yang berubah sejak ayah pergi meninggalkan kami.

Aku menguntum senyuman pada kubur ayah. Dedaun kering aku buang dari kubur ayah lantas menuang air yang penuh jug ke atasnya.

Air mataku yang menitik aku biarkan sahaja. Kalau ditadah, mahu melimpah  baldi agaknya. Itu lah makna rindu ku pada ayah.

"ayah, angah balik dulu. Nanti angah bawak mama datang sini. Assalamualaikum ayah." aku bangun dari duduk simpuhku dan melipat tikar yang aku bawa dari rumah. Sebaik sahaja aku tiba di kereta, aku nampak seseorang yang aku kenal sedang bertenggek di kereta.

" Bos." panggilku. Dia memandangku dengan mata yang sedih.

" Ziarah siapa ?" tanyanya. Aku toleh kejap ke arah kubur ayah.

" Arwah ayah. Bos pulak ?"

" Arwah abang ipar." jawapan Fawwaz buat aku tergamam. Apa maksud bos 'abang ipar' ? Takkan kot...

" Kak Ris ada kat dalam dengan Hafiz." bagaikan faham isi hati aku, Fawwaz bersuara. Aku ukir senyum nipis dan masuk semula ke kawasan perkuburan untuk menziarah arwah abang ipar Fawwaz.

***

Dia, suami aku ? Onde as histórias ganham vida. Descobre agora