16

10.5K 306 3
                                    

Aku intai kiri dan kanan. Hm rasanya semua dah tidur kot kerana jam sudab berginjak ke pukul 2.35 pagi. Gara-gara aku dahaga, terpaksalah aku bangun untuk menghilangkan rasa dahaga yang menggila ini.

Tuala aku capai di belakang pintu dan menutup kepala dan rambutku yang panjang sebelum keluar. Risau juga kalau tiba-tiba Fawwaz yang terjengoi keluar kan ?

Baju kelawar lengan panjang yang aku beli di Sarawak aku capai dan disarung ke tubuh untuk menutup badanku yang hanya bersinglet lusuh. Rambut diikat, tuala menutup kepala dipinkan di bawah leher. Entah fesyen mana aku ciplak, yang penting longgar dan tertutup.

Setelah memastikan keadaan selamat, baru lah aku keluar ke dapur. Lampu sengaja aku biarkan tidak dibuka suisnya kerana aku di sini sekdar hendak minum sahaja. Bukan nak memasak sampai sejam.

Alhamdulillah, lega tekak aku !

Pap ! Pap ! Dahiku berkerut seribu apabila telingaku menangkap suatu bunyi datang dari ruang tamu dan gayanya menuju ke dapur. Bila aku toleh, tiada apa pun. Ha sudah ! Cepat-cepat aku bangun dan membasuh gelas yang aku guna tadi.

Derapan itu semakin mendekat tetapi aku terlalu takut hendak toleh ke belakang lagi. Kang tak pasal aku demam panas pulak ! Jadi statik aku di singki memegang gelas. Air paip sebagai watak tambahan menyeramkan lagi suasana ini. Ya Allah, lindungi lah aku.

" Ain ?" mataku terpejam rapat apabila suara itu mendekatiku. Mana dia tahu nama aku ni ?!

" Auntie fina ?" hesy siapa sebenarnya belakang aku ni ?! Dok main teka-teka nama orang pulak !

Deruan nafas 'itu' aku rasakan betul-betul di belakangku. Pasti, jika aku pusing ke belakang, aku dan 'itu' akan berlanggar. Tapi logik ke ? 

Peluh yang merenik di dahi aku tak dapat nak seka kerana urat sarafku tidak dapat menggerakkan apa-apa saat ini. Aku mahu lari !

" Jangan lah kacau aku. Pergi lah rumah orang lain.." ha tengok kan aku dah nangis.

" Eh Ain, kenapa sampai nangis ni ?" bahu aku digerakkan sedikit. Automatik mataku terbuka luas. What ?!!

Kalut sangat nak tengok apa benda dan siapa belakang aku, kan dah terpijak hujung baju kelawar di kaki. Apa lagi, mesti jatuh tersungkur teruk punya. Mujur gelas aku dah letak dalam singki.

Eh tak sakit pulak aku rasa ni. Alamak ! Ni tangan siapa pulak sasa lain macam ni ? Takkan 'itu' pun pergi gym kot ?!

" Bos ?! " jeritku perlahan. Sedar tak sedar aku disambut oleh fawwaz. Hanya lampu luar sahaja yang menerangi keadaan masa itu. Jadi aku tak nampak expression muka dia masa tu.

Kami berpandangan antara satu sama lain. Lama. Dan aku mula rasa tak selesa jadi aku kerdipkan kelopak mataku beberapa kali.

" Kalau boleh saya nak kahwin dengan awak malam ni jugak, Ain." kata Fawwaz dengan tiba-tiba membuatkan aku cering bulu roma. Ini lagi takut dari 'itu' wey ! Apahal bos aku ni ?!

Sebelum jadi benda lain, aku kena sedarkan bos aku yang dah tenggelam ni. Kaki ya aku pijak kuat maka terjatuhlah aku ke lantai. Ini sepatutnya yang terjadi. Fawwaz tidak perlu menyambutku tadi ! Awkward !

Tuala yang hendak terlerai dari kepala aku betulkan. Ni lagi seram !

Baik aku blah dari sini sebelum atok atau opah atau mama terjaga dek jeritan fawwaz tadi.

Tanpa toleh ke belakang, aku terus masuk ke dalam bilik dan kunci seperti biasa. Ah jauh betul perjalanan aku nak minum air pun !

****

Hari ni kami akan pulang kerana esok  harus kembali mengerah otak, mencari sesuap nasi dan membalas jasa ibu bapa kami. Usai bagasi dimasukkan ke dalam bonet, mama naik ke rumah untuk mengejutkan anak lelaki bongsunya. Aizat, aku syak dia masih terbongkang tidur lagi ni. Habis lah kena bebel dengan opah.

" Ain." seseorang memanggilku. Oh bos rupanya. Terus terlayar kejadian semalam. Malu pulak bila teringat ayat fawwaz, "Kalau boleh saya nak kahwin dengan awak malam ni jugak, Ain"

" Yes, boss ?" sekadar dari dalam kereta. Pintu aku luaskan sedikit untuk mendengar butir bicara fawwaz. Lagi satu, aku malu nak bertentang muka dengannya buat masa ni.

"Pasal semalam, saya tak tahu kenapa dan apa yang membuatkan saya cakap macam tu pada awak. Oh ya, saya bukan hendak mengambil kesempatan ke atas awak, niat saya hanya hendak membantu. Awak kan nak jatuh, so spontan saya tersambut awak. You know.. err..i was..." aku senyum nipis pada bos. Aku tahu dia ikhlas memohon maaf jadi aku maafkan.

" Thank you, boss. Saya tahu bos tak maksudkan pun kan ? Dont worry lah, hati saya tak mudah terusik." jujur aku cakapka. Eh tapi kenapa mendung sahaja riak wajah fawwaz ni ? Aku salah cakap ke ?

****

Disebabkan esok aku harus menguruskan sesuatu di CFY jadi aku tak boleh ikut sekali mama pergi rumah along. Katanya Nur Aira demam ketika kak Zana menghadiri khusus di Johor selama tiga hari. Pagi tadi along datang untuk membawa mama ke rumahnya. Maka tinggallah aku seorang diri di dalam rumah. Aizat ? Kelas sampai petang katanya.

Ketika aku sedang menaip sesuatu di laptop, telefonku berdering di atas meja makan. Mencicit aku berlari mendapatkan telefon itu sebelum pemanggilnya mematikan panggilan.

" Ada apa ?" aku tekapkan ke telinga skrin telefonku.

" Aku tidur rumah kawan aku malam ni. Ada assignment kena siapkan dan kena hantar awal pagi esok. Kau takpa ke duduk sensorang ?" suara abang kedengaran risau dengan keadaan aku.

" Aku okey lah. Kau ingat aku budak kecik ke takut nak duduk rumah sorang ?" tempelakku.

" Sorry ngah. Apa kata kau tidur rumah kawan-kawan kau ? Aku rasa tak sedap hati pulak nak biar kau duk sorang dalam rumah." dahi aku berkerut seribu. Ni dah kenapa budak bertuah ni ?

Aku sengih bagaikan Aizat ada di hadapanku.

" Aku tak ada kawan. Yang kau over caring sangat dah kenapa, bang ?" aku beransur ke ruang tamu semula. Menekan ikon di laptop untuk memulakan kerja.

" Kunci pintu before azan, tingkap semua tutup tau. Lepas maghrib aku call balik, ngah. Kau jangan keluar !" ia seakan-akan amaran buat aku. Soalan tadi dia biarkan berlalu dibawa angin.

" Yelah. Kau pun sama, behave sikit. Bye."

" hmm. Aku syg kau tau, ngah. Jaga diri bebaik." pelik jugak aku dengan sikap Aizat hari ni. Panggilan dimatikan dengan penuh tanda tanya.

" Aku pun sayang kau, bang." aku ukir senyum di skrin telefon.

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now