27

12.1K 297 4
                                    

Telekung dilipat kemas dan diletakkan di atas katil sebelum aku duduk. Nak makan tapi takde selera pulak. Aduh, tak suka la feeling macam ni. Macam tak sedap hati pun ada. Ahh usah dilayan Ain ! Aku pusing ke kiri dan ke kanan, tapi masih tak jumpa telefonku. Mana aku letak ni ? Tadi Fawwaz ada call, katanya ada berita gembira nak beritahu aku. Aku takut terlepas keberitaan kegembiraan dia tu. Ish nyanyuk teruk Ain Syamina oi !

Dah tak jumpa dalam bilik, aku kembali turun ke bawah. Matlamatku hanya satu, TELEFON.

Sambil memikirkan kemungkinan di mana telefon aku 'bersembunyi', aku duduk di sofa. Rimot ditekan. Bosannya !

" Hai sayang.." tegur seseorang dari belakang aku secara berbisik. Lembut dan gemersik sehingga membuatkan aku rasa takut secara tiba-tiba. Takut-takut aku hendak toleh ke belakang. Jantung aku berdegup kencang bagaikan ada sesuatu yang bakal menimpa diri aku, semestinya perkara negatif mula menerjah pemikiranku.

" Sayang, kenapa you macam takut ni ? I lah, kekasih sehidup semati you." dia mengelus rambutku dengan suara yang menakutkan.

Aku menelan liur. Ya Allah, kalau 'dia' yang berada di belakang aku, selamatkan lah aku.

Perlahan-lahan aku pusing badanku ke belakang dan serta-merta terbeliak anak mata aku memandang kelibat di hadapanku kini. Ya Allah, Aqil Johari !

" Terkejut ?" tanyanya dengan sengihan.

Aku cepat-cepat bangun kemudian berlari ke arah tangga untuk masuk ke dalam bilik. Itu sahaja yang terlintas dalam fikiranku. Malangnya belum sempat aku hendak memijak tangga pertama, tubuhku ditarik kasar lalu dihempap ke dinding. Sakitnya ! Allahu..

Aqil ketawa dengan nada yang menyeramkan dan mendekati aku yang menyeringai sakit. Dia mengelus rambut aku beberapa saat kemudian menarik kasar sebelum mengacu pisau di hadapan mukaku.

" Aqil, kau dah gila ke ?! Lepaskan aku lah, binatang !" tempikku sebelum mendapat tamparan daripada lelaki itu. Rasa pedih, sakit, ngilu dan segalanya ! Air mataku menuruni tulang pipi tanpa henti. Allahuakhbar !

" Kau diam sebelum aku bunuh kau macam mana aku buat pada kawan baik kau !!" sekali lagi aku dihumban seperti sampah ke lantai. Mukaku tersembam mencium lantai dan aku dapat rasakan bibir aku pecah kerana darah mengalir dari situ. Menangis teresak-esak aku di lantai mengharapkan bantuan.

" Kau tipu ! Nuha masih hidup !" aku mengesot ke belakang menghampiri dinding tangga. Aqil memang dah gila !

Tiba-tiba dia ketawa kemudian menangis dan tak lama lepas tu dia bertinggung seperti memikirkan sesuatu.

" Betul Ain, aku tak tipu. Dia...dia mati... sambil menangis dalam tangan aku. Bibir dia pecah, macam.. "

"...kau yang sekarang ni." tiba-tiba dia memandang aku dengan pandangan yang tajam.

Air mata aku semakin laju merembes keluar tanpa sempat aku kesatnya. Tak mampu hendak menggerakkan apa-apa saat ini. Pinggangku sakit dan kakiku terseliuh kerana jatuh ke lantai tadi.

" Dan sekarang.. giliran kau pulak ! Kau tak tahu macam mana rasanya aku bila tengok kau bersanding dengan suami kau yang kurang ajar tu ! Berani dia tunjuk muka depan aku lepas dia rampas kau dari aku !" tiba-tiba lututnya mencecah lantai seakan-akan menahan marah.

" Ini bukan Aqil yang aku kenal. Aqil yang baik hatinya, seorang lelaki yang hormatkan wanita, pendiriannya tetap dan sentiasa ceria. Itu Aqil Johari." selembut daya aku cuba untuk melembutkan hatinya, mana tahu dia termakan.

" Diam !!!" terus disepaknya tas tangan aku yang berada dekat dengan sofa. Terkeluar habis segala barang aku dalam tu. Itu, itu... TELEFON !! Aku dapat rasakan seperti ada harapan untuk selamatkan diri.

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now