29

12.5K 305 9
                                    

Usai hantar mama ke rumah, kami berdua menuju ke penthouse semula. Aku rasa takut pun ada, risau akan terulang kembali peristiwa itu. Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta sambil menyandarkan kepala di dada kerusi. Topik yang mama dan aku bincang di hospital tadi benar-benar menganggu benakku. Berdosakah aku ? Berdosakah kami berdua kerana tidak berusaha menambah ahli dalam keluarga kami ?

Tiba-tiba jari-jemariku digenggam oleh seseorang membuatkan aku berpaling ke arahnya. Semakin dalam cintaku padanya tapi adakah dia juga turut merasakan perasaan yang sama ? Jika ya, kenapa dia tidak pernah meminta haknya ? Aku sendiri tak bersedia.

" Tidur lah dulu. Nanti dah sampai saya kejut awak."

Aku geleng kepala tanda tidak mahu.

" Takpa, saya teman awak drive." aku melentokkan kepalaku di bahunya sambil memeluk lengan Fawwaz.

" Thanks sayang." aku senyum nipis padanya.

****

Usai solat maghrib berjemaah, aku turun ke ruang tamu terlebih dahulu untuk siapkan makan malam ala-ala kadar buat Fawwaz yang keletihan bekerja dan menjaga aku serentak selama seminggu.

Nasi telah aku tanak ketika pulang dari hospital tadi walaupun ditegah oleh Fawwaz berulang kali tapi aku tetap berdegil. Disekehnya kepala aku tapi aku hanya balas dengan ketawa. Suka bila Fawwaz buat macam tu.

" Buat apa tu ?" datang Fawwaz entah bila sampainya.

" Buat masalah. Wanna join the club ?" selorohku tanpa menoleh ke arahnya.

" Nakal !" kemudian dia memercikkan air di singki ke mukaku. Ewww jahat lah !

Setelah makan dengan aman, kami beransur ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Cerita apa la yang laki aku tengok ni ?

Oh ya, baru aku teringat !

" Awak." panggilku dengan menoleh ke arahnya.

" Ya, sayang."

" Hari tu awak cakap ada berita gembira nak berita saya kan ? Apa dia ?" matanya masih fokus ke movie yang ditayangkan di skrin tv.

" Berita ? Berita apa ?"

Aku gigit bibirku sebelum menoleh semula ke arah televisyen. Mana lah aku tau berita apa sebab tu aku tanya.

Aku memuncung bibir padanya. Orang tengah merajuk tau !

" Awak nampak comel kalau merajuk." ujarnya dengan sengihan yang tak pernah lekang dari Fawwaz.

" Oh ya baru teringat, bukan ke awak sepatutnya pergi Kuantan tiga hari dua malam ? Rasanya hari kedua awak dah balik kan ?" soalku padanya yang sedang memandang aku. Kekok pulak.

" Itu lah berita gembiranya. Saya balik awal sehari sebab saya risaukan awak. Feeling saya memang tak best dah masa sampai sana pastu hari kejadian tu pulak awak tak jawab pun call saya. After a few hours saya tunggu, awak call saya pulak kan ?" dia berjeda sekejap.

" Awak lupa nak off call tu jadi saya dengar suara orang lain tengah bercakap dengan awak. I knew it was Aqil. Tapi masa tu saya dah nak sampai rumah, terjumpa pulak dengan Aizat. Kita orang naik sama-sama lah. End up jadi benda tu kat awak." dia memeluk bahu aku rapat dengannya.

" Thanks sebab selalu care pasal saya. Kadang-kadang saya rasa saya tak layak untuk awak." aku menunduk menahan sedih. Alah dia buat dah.. !

"Shutttt.. tak baik cakap macam tu. Allah dah susun elok perjalanan hidup kita. Insya allah, awak dan saya ditakdirkan untuk bersama hingga ke hujung nyawa." dia memandang wajahku lantas mengesat air mata yang mengalir.

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now