10

12.4K 350 0
                                    

Rela dalam terpaksa. Ya, kalau bukan pn Syafina yang suruh memang aku tak mahu. Ada ke patut mama paksa aku pergi teman si Fawwaz tu beli sut di mall petang nanti ? Helo, dia tak ada gf ke apa sampai sanggup gunakan mama aku ?

Mama pula seronok lah bila Fawwaz terkinja-kinja seronok saat aku setuju untuk menemaninya. Alahai, kenapa aku kenal dengan mamat tu ?

" Dah siap ke, ngah ?" wajah mama terpacul di rangka pintu bilikku. Aku sekadar menggeleng kepala, malas.

" La, kenapa ni ? Fawwaz dah tunggu kat bawah la." mama menolak lembut bahu aku untuk bersiap. Ah tak rela wey aku nak ikut dia bershopping !!

" Tengok ! Janji pukul 5 sekarang baru 4.00 petang ! Tak menyempat lah mamat ni ! " gerutuku kasar. Rambut yang memang dari tadi serabut aku tambahkan lagi keserabutannya !

" Jangan nak merengek sangat ! Mama cakap pergi bersiap, Ain Syamina bt Azmi. Now !" aku terdiam. Takut kalau mama panggil nama penuh siap dengan binti sekali. Seram doh !

Menceceh aku berlari ke bilik air untuk menyegarkan wajahku yang jelas tidak ingin langsung menemani si tetamu tak diundang itu !

****

" Bos nak sut untuk event apa ?" aku bertanya malas. Tanganku dipeluk di dada bersama wajah yang masam.

" Sut dinner untuk majlis penganugerahan ahli lembaga CFY lah, cik Ain. Itu pun awak tak tahu ke ?" katanya dengan nada yang menyampah. Heee nak je aku tampar budak fawwaz ni !

" Bila ? Saya ada dengar tapi malas nak ambil port. Bukan saya terlibat pun." balasku yang turut menyelak satu per satu sut yang tergantung di kedai mewah itu. Mak aii, harga sut ni memang mencekik darah betul ! Tak makan sebulan lah kalau nak beli baju kat sini. Kalau je lah.. hahahahaha !

Fawwaz menoleh ke arahku dengan wajah yang bersahaja. Tolong la jangan buat muka baik macam tu ! Laju jantung aku nak mengepam darah tau !

" Siapa cakap awak tak terlibat ? Saya nak pergi dengan awak la, Ain."

Terbeliak biji mata aku. Nak melawak tak kena tempat lah dia ni. Tahu la aku pekerja sahaja, mana layak pergi event besor besor gitu ha !

" Funny ! Nah, try yang ni." aku sua kepadanya sepasang sut berwarna maroon yang dipadankan dengan tali leher warna hitam. Lambat sangat dia ni pilih !

" Thanks sayang." kucupannya terbang di udara yang dipenuhi dengan penghawa dingin di dalam kedai itu. Heee geli ! Aku jelinga tajam padanya ! Sayang SANGAT !

Fawwaz menuju ke fitting room bersama sut di tangan. Tak sabar jugak aku nak tengok dia memperagakan baju itu, yelah aku yang pilih. Along cakap aku ni buta fesyen. Jahat betul mulut Aiman Syafiq tu !

Lebih kurang 5 minit pintu terbuka dari dalam. Maka terpacul lah si Fawwaz Khairullah di depan fitting room tengah buat muka seposen. Tergugat jugak iman aku tengok mamat ni wey ! Serius ke ni bos aku yang hari-hari kat CFY tu ? Aisyy aku tunggu kat salah bilik ke ?

" Bos ke ni ?" sekadar hendak pastikan ja okey.

Fawwaz ukir senyuman paling manis aku pernah lihat. Suka sangat kerja lebih masa jantung aku ni.

" Awak akan tengok saya lagi hensem kalau butang ni masuk ke lubangnya. Ish susah lah !" rengeknya persis kanak-kanak kecil. Menyampah nok ! Ya ni bos aku. Dah kalau spesis suka puji diri sendiri,ha Fawwaz lah orangnya.

Aku hampiri dia lalu mencekak pinggang. Apa yang susah sangat nak masukkan butang tu entah dia ni ?!

"Ala, butang pun bos nak cari pasal ke ? Cukup-cukup lah saya sorang je bos mengacau hidup." omelku sambil memerhati pantulan Fawwaz di cermin. Hensem pulak aku tengok dia ni. Gedik kau Ain !

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now