38

10.7K 272 8
                                    

Fawwaz memberi arahan padaku agar jangan pergi ke mana-mana seorang diri tanpa peneman. Kalau hari aku tidak bekerja, dia akan menghantar aku ke rumah mama atau umi kemudian usai habis waktu pejabat, dia akan ambil aku semula. Sudah lebih kurang dua minggu jugak lah kami berulang alik buat macam tu.

Fawwaz sudah buat laporan polis tapi takkan nak tunggu berita dari polis saja kan ? Diri sendiri pun kena sentiasa berwaspada.

Baru aku tahu bahawa Zahidi ialah kawan baik Fawwaz ketika mereka bersama-sama belajar dahulu. And lagi menarik, Zahidi suka pada Suraya di mana waktu tu Suraya pulak menaruh hati pada Fawwaz. Haih cinta tiga segi betul !

Disebabkan Suraya tak balas cinta Zahidi, mula lah aura dengki timbul dalam hati sehingga memakan diri sendiri. Zahidi sentiasa akan bersaing dengan Fawwaz tak kira apa jua kaedahnya ! Gila mia olang !

Cerita ni semua semestinya aku cedok dari umi, partner in crime aku. Hahaha sekali please !

" Ha Acik tak sampai lagi ? Tidur sini je lah." ajak umi yang baru datang dari dapur.

Aku mengemam bibir.

" Kalau dia kasi, Ain okey ja." balasku separa senyum. Aku kembali merenung ke luar rumah, menunggu ketibaan tuan tanah kedaung yakni suami aku.

Kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah benar-benar mengujakan hatiku. Terus aku terjun dari sofa dan menyambut Fawwaz dengan senyuman yang manis.

Dia ketawa sambil geleng kepala. Dua minggu aku buat macam ni depan dia. Mahu dia tak gelakkan aku.

" Sayang sihat ? Baby macam mana ?" tanyanya seusai aku mencium tangannya dan dia mencium dahiku.

" Alaaa sweetnya anak menantu umi." usik umi di sofa dengan senyuman.

" Saya tak boleh berhenti risaukan awak. Even masa saya marah, sedih, sakit, gembira dengan awak, hati saya tetap tak boleh berhenti fikirkan awak." ayat yang paling terharu dia pernah cakapkan kat aku masa aku keluar hospital dulu.

Dia kecilkan mata dia.

" Macam pernah dengar ayat ni. Tapi kat mana eh ?" dia berfikir sejenak kemudian memeluk bahu aku hingga ke ruang tamu.

" Nak balik terus ke, acik ? Rehat lah sini dulu." aku tinggalkan mereka berdua di ruang tamu dan mencicit ke dapur. Sediakan minum petang untuk Fawwaz yang nampak letih.

" Lepas maghrib kot. Letih lah, umi.." sungguh aku rasa bersalah sangat bila Fawwaz cakap macam tu. Ain, sejak bila kau suka menyusahkan orang hah ? Aku menunduk sambil mengacau minuman.

" Kerja sesibuk mana pun, jangan lupa kebajikan Ain. Kesian dia umi tengok. Tunggu acik dari pukul 5 tepat hingga acik sampai rumah. Risau betul dia."

Lemah lutut aku bila dengar umi cakap macam tu. Betapa beruntungnya aku dapat keluarga mertua yang sentiasa saratkan aku dengan kasih sayang.

Aku nampak Fawwaz sengih sambil urut tengkuknya. Aku turut tersenyum.

" Sepatutnya acik yang risaukan dia. Kadang-kadang acik sendiri takut nak lepaskan dia ke mana-mana sebab polis tak jumpa Zahidi di rumahnya. Suraya pulak menghilang entah ke mana perginya."

Suraya hilang ? Patut la lama tak contact aku.

" Insya allah, semua akan baik sahaja. Jaga isteri acik elok-elok." doa umi aku aminkan dalam hati.

" Mana Ain ni ? Lamanya buat air kat dapur tu." aku dengar derapan umi hendak ke sini, cepat-cepat aku ambil cawan untuk dihidangkan.

Maafkan saya, awak..

Dia, suami aku ? Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz