7

12.9K 383 0
                                    

Not bad. Aku tak faham kenapa Jasmin cakap si Fawwaz Khairullah tu kepala angin. Tadi masa sesi brainstorming dan brainwashing tak ada lah angin ke taufan ke.. aku rasa okey ja. Jasmin tu over !

Aku sudah mendapat tugasku sebagai cartoonist dah hey waley waleyy ! Hak hak ! Si Fawwaz tu cakap kerja aku cuma pastikan storyboard hantar two weeks before hantar storyline. Pastu aku kena datang syarikat bapak dia ni tiga hari seminggu sebab dia nak aku sentiasa up to date pasal cerita-cerita aku. Pastu ada lah lagi, tapi tak membebankan sangat.

" Ain, masuk bilik saya." jerit Fawwaz dari dalam bilik dia. Kuat kan ? Aku syak dia ni dulu tersingkir Akademi Fantasia atau Mentor Milenia sebab vokal dia sangat lah teruk ! Bingit gila.

" Aiii baru duduk kot. Tak berasap lagi bontot aku, dia dah menyeru." keluhku yang pertama. Astaghfirullah..

Mencicit aku lari ke arah bilik si fawwaz dengan heels dua inci aku.

" Yes, en fawwaz ?"

Dia angkat muka seriusnya. Inikah 'kepala angin' yang Jasmin cakap ?!

" Forgot to tell you. The one and only you, Ain Syamina kena panggil aku bos. If u refuses to do so, you are fired !!" tengkingnya secara tiba-tiba. Terhinjut bahu aku akibat jerkahannya lantas aku hanya mengangguk. Nak suruh panggil bos pun kena marah. Sedih lagi menyedihkan si fawwaz ni.

***
Hari kedua aku di sini masih boleh aku tangani. Aku dah mula buat draf yang bakal pihak Cartoonist For You (CFY) masukkan ke majalah mereka. Kata bos lagi, kalau readers suka, boleh buat cerita kartun dalam tv pulak. Nak nak letak dalam astro. Banyak saluran kanak-kanak zaman sekarang. Aku jadi makin seronok pulak kerja di sini.

Aku dengar bunyi cit cet cit cet mulut editor majalah kat aras aku berceloteh. Bukan aku tak nak join group tu, malahan aku baru saja pulang dari berborak sakan dari group yang sebelumnya. Udah udah ler jemah..

" Selamat pagi, Puan Fahris. Hai Hafiz." sapa salah seorang pekerja di situ. Aku dengar sipi-sipi je sebab agak jauh jugak lah kedudukan kami.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki bermain dengan kertas-kertas draf yang aku lukis di papan drafting di belakang aku. Anak sapa pulak ni ?

" Kakak, Hafiz nak lukis aeroplane atas ni boleh ?" pintanya dengan manja. Laju saja aku ukir senyuman dan...

"Ahhhhh Hafiz !!" muka dia aku cium puas-puas. Dan betul sangkaanku, dia tayang muka geli bila aku buat macam tu.

" Im here. Hi Ain." sapa seorang wanita dengan cerianya. Aku meletakkan Hafiz di bawah semula dan memeluk wanita itu.

" Kak Ris apa khabar ? Lama tak jumpa akak !" ujarku dengan gembira. Kak Ris ketawa kecil.

" Macam ni je lah, Ain." ada nada sedih dalam kata-kata kak ris, tapi aku biarkan. Personal kot.

Aku cubit pipi Hafiz yang semakin montok itu. Semoga anak aku nanti hensem dan comel macam budak ni. Hahahaha berangan kau senah !

" Macam mana akak tahu Ain kerja kat sini ? Suami akak beritahu eh.." usikku dengan senyuman meleret.

Wajah kak ris mendung tiba-tiba. Ek ? Aku ada salah cakap ke ? Gulp !

" No lah. Fawwaz yang beritahu Hafiz semalam. Dua orang ni memang banyak rahsia belakang akak tau. Hey geram betul dak Fawwaz ni ! Siap dia kalau dia ngajar anak akak benda tak elok." bebelan kak Ris mengundang rasa aneh dalam hati aku. Apa ni ? Something wrong somewhere, i guess.

" Patut lah bising-bising kat luar. Ingatkan si Ain ni curi tulang." tempelak bos aku. Entah bila masa dia keluar dari bilik. Aku bukan macam dia tak wujud ja.

" Acik, mind to join us for lunch ? Ain, jom makan dengan kita orang." aku ketawa dengan 'plastiknya'. Errr...

" Kalau bos izinkan, Ain on ja kak." aku pandang bos. Sengaja tayang muka comel, kelip-kelip mata sikit. Choii aku goda dia ! Ni satu strategi hokeiii !

" Bos ? Eh acik, kau suruh Ain panggil kau bos ?! Ewah ewah.." kak ris cekak pinggang. Fawwaz jeling tajam pada Kak Ris. Cop ! Aku konpius nih !

" So, shall we ? Ain, kalau awak tak malu, join lah." Fawwaz terus blah macam tu ja lepas bagi ayat makan dalam macam tu. Dia ni bagi ke idok ?

" Woaaaa.. sorry Ain. Dia mem.."

" Takpa kak, Ain memang tak malu pun sebab Ain pakai baju. Baju kurung Kedah lagi u ! So, kita nak makan kat mana ni ?" ujarku dengan wajah yang seceria yang mungkin. Ahh sakitnya ayat Fawwaz tak guna itu !

****

Aku ingatkan makan tengah hari hari ini paling sedap sebab kak ris belanja tapi kenyataannya aku rasa sangat 'segan'. Ni ada makan buffet ke apa sampai mak, ayah sekali datang ni ?

" So ini lah Ain yang Hafiz selalu sebutkan tu ? Baru hari ni umi dapat jumpa. Manis orangnya." jelingan nakal diberikan kepada Fawwaz. Aku tak tahu apa maksudnya tapi layankan aja. Lagipun mak cik ni tadi puji aku what ? Hahahaha kena beritahu along yang ada orang puji aku. Sah nanti dia cakap orang tu kena pakai spek !

Kami semua duduk di sebuah beja panjang yang katanya dah ditempah oleh Pn Yani sebelum datang ke sini. Sumpah, orang memang ramai gila ! Aku nak masuk tadi pun tersepit kain la apa la.

Usai membuat pesanan, kami berbual kosong sementara menunggu. Soalan pertama yang 'ditembak' ialah..

" Kakak ni single ke plural ?" smua orang di meja makan itu ketawa dengan soalan yang diajukan. Aku sorang je yang macam pokok semalu, alahai dia ni !
Fawwaz ketawa jugak tapi macam perempuan melayu terakhir lagaknya.

" Hafiz, soalan apa tu ?" pn Yani menguak rambut depan cucunya. Tn Kamal turut ketawa kecil.

Aku menunduk malu. Ni ujian ke apa ?!

" Ha, jawab lah kak Ain. Termenung pulak dia." usik Kak Ris yang dah menyendel di bahuku. Aku pandang setiap wajah dengan perasaan malu.

" Single. Hafiz pulak, mesti ada secret admire kan ?" gurauku. Entah dia faham ke tidak apa menatang secret admire tu.

" Hei orang budak kecik lagi lah. Mana boleh bercinta." bentak Hafiz manja. Aku ketawa lagi. Eleh sekarang kau cakap kau kecik lah, nanti dah masuk sekolah kau cakap kau dah besar. Yek yek je budak ni.

" Elok lah tu. Acik pun single but available, kan ? Berkenan tak dengan Ain ni ? Umi suka perempuan macam Ain ni. Ingat ramai ke perempuan yang nak pakai baju kebarung atau baju kedah ke pejabat zaman sekarang ni ? Asyik nak nampak elegan sahaja, budaya dan adat resam kaum sendiri pun hancur." gerutu pn Yani dengan otot muka sekali. Aku diam mendengar sahaja, takut hendak menyampuk. Aku syak pn yani ni macam cerita P. Ramlee dalam Ibu Mertuaku lah.

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now