18

11K 299 10
                                    

Malam yang sejuk dingin aku rasakan hingga ke tulang menyebabkan aku tidak boleh tidur lena. Aku ni manusia jenis tak tahan sejuk. Nanti mula lah melingkar macam ulat. Jadi aku mengambil keputusan untuk ke ruang tamu yang luas itu. Semua dah tidur kot. Tapi tetap juga aku sarung tudung di atas kepala bagi sebarang kemungkinan.

" Ah sejuknya." bahuku aku gosok bagi menghilangkan sejuk yang mencengkam.

Pandanganku dihala ke luar rumah, merenung kembali dengan apa yang telah terjadi antara aku dan aqil dari saat kami kenal antara satu sama lain sehingga sekarang. Terlalu banyak kenangan bersamanya yang susah untuk aku lupakan. Namun, aku harus kuat. Jangan tunjuk diri aku lemah !

Apa yang terjadi sebenarnya ? Di mana Nuha ? Aqil. Kenapa dia bertindak seperti itu terhadap diriku ? Salah aku kah kerana memutuskan tali pertunangan kami gara-gara kecurangan dia bersama Nuha ? Jika benar salahku, aku tidak menyesal. Ya, aku bersyukur kerana Allah SWT menunjukkan aku wajah sebenar lelaki bernama Aqil Johari.

Kini, dia terlepas di dunia luar. Entah apa yang sedang dirancang olehnya. Sedikit sebanyak aku berasa gentar dan tidak sedap duduk. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar melindungi aku dan keluargaku sepanjang masa.

" Ain, tak tidur lagi ?" terhinjut bahuku apabila terdengar suara wanita berbaju kelawar hijau menyapa aku dari belakang. Senyumanku ukir padanya.

" Dah tidur tadi, terjaga sebab sejuk sangat. Umi pulak, kenapa berjaga sampai lewat macam ni ?" dudukku dilabuhkan di atas buaian. Umi di sebelahku tersenyum.

" Dahaga." jawabnya pendek. Aku angguk sahaja. Tiada isu hendak dibincangkan.

" Umi tak tahu apa yang terjadi pada Ain. Acik tak cerita pun pada umi mahupun kakak dia. Yang penting, umi nak Ain selamat sahaja. Umi dah anggap Ain macam anak umi." bahuku dipeluk kemas oleh wanita itu. Serba terharu aku dibuatnya. Mula lah nak bergenang air mata ! Huwarghhh !

" Acik yang call beritahu umi yang malam ni nak tumpangkan Ain tidur rumah. Katanya bahaya Ain tidur seorang diri memandangkan adik Ain pergi rumah kawan dia kan ? Care sungguh acik pada Ain ya.." usikan umi aku sambut dengan ketawa kecil. Merepek lah umi ni.

" Maybe...dia care pada Ain atas sikap keperimanusiaan. Bos memang baik, cuma kadang-kadang degil sikit." aku sengih. Agak-agak dia marah tak aku kutuk anak dia depan-depan macam ni ? Let see..

" Huh budak tu memang.. umi dengan abah tak tahu nak cakap macam mana dengan anak bongsu kami tu. Tapi..." umi toleh memandang anak mataku.

" Umi dapat rasakan keikhlasan dalam hati dia terhadap Ain. He was too worried about you." aku menunduk. Betul ke ni ? Hesy mak cik ni tahu je cara nak bagi aku perasan.

" Mana ada lah, umi. Rasanya bos dah ada gf kot. Suraya namanya. Mesti dia lagi cantik dan baik daripada saya."

" Suraya ?" umi ketawa kecil.

" Suraya tu bekas tunang acik lah, Ain. Malah Suraya yang putuskan pertunangan dia orang sebab dia dapat tawaran jadi pramugari masa tu. Takkan orang berkelayakan macam dia nak lepaskan begitu sahaja kan ? Jadi dia ambil keputusan untuk putuskan sahaja hubungan ini sebab acik tak suka perempuan yang suka show their skin to public."

" Acik suka perempuan yang luarannya berani dan kuat tetapi dalamannya lembut. Umi yakin anak umi nampak semua tu dalam diri Ain." sambung umi lagi. Aku melepaskan keluhan dengan perlahan, mencerna setiap bait kata wanita 50an ini. Tak sangka bos pernah bertunang sebelum ini.

" Jom masuk. Tak elok duduk luar lewat macam ni. Selamat malam, sayang." dahiku dicium oleh wanita yang sarat dengan kasih sayang ini. Tiba-tiba aku rindukan mama. Mama masih belum tahu tentang apa yang berlaku.

Fawwaz, Aqil,Nuha...

*****

Hendak tak hendak aku kena berhadapan juga dengan bos. Haih, ingat boleh la aku dapat cuti hari ni sebab semalam kan dia ada di tempat kejadian. Ghopenya.. hmm ! Dia boleh tempik suruh aku siap dari ruang tamu sampai ke dalam bilik yang aku tidur tu weh ! Punya lah nak kata suara dia semerdu burung kakak tua ! Bingit tau !

" Ya ya.. saya turun lah ni bos !" kalut aku menuruni tangga sambil memasukkan telefon ke dalam tas. Mujur semalam Aizat bawak segala harta aku ni.

" Acik, cuba jangan garang sangat dengan Ain. Kan bahaya tu tengah turun tangga kalut-kalut." kak Ris membela aku. Yahoooooo dot com !

" Jom bos !" zretttttt eh terlajak pulak ! Bos tertinggal kat belakang.

" Nasib baik awak ni bakal isteri saya ! Dah cepat." ekkk ?! Bakal isteri dia kata ?! Aku tak pernah cakap setuju pun nak kahwin dengan dia. Perahsantan betul !

****

"Jom kahwin."

Terbatuk aku ketika sedang minum teh tarik yang masih berasap nipis itu. Apa bos ni ?!

" Bagi saya tiga sebab kenapa saya kena kahwin dengan bos." lawanku. Bibirku aku kesat dengan tisu. Entah angin apa yang membuatkan bos aku baik sangat hari ni nak belanja sarapan. Orang memberi, kita merasa. Ye dok ?!

"Tiga ja ? Saya boleh bagi 30 tau !" ujarnya dengan angkuh. Bibirku disenget sebelah. Menyampah nok !

" Pertama, sebab saya lagi hensem daripada Aqil jembalang tu !"

Hm dah agak. Perasan !

" Kedua, sebab saya hensem."

"Ketiga, sebab saya memang hensem."

"Bos !!!" bentakku kuat.

" Lagi 27 sebab awak akan tahu lepas kita kahwin. Deal ?" kenyitan mata bos buat aku tak selesa. Hesy berdebar pulak aku rasa.

" Tak nak lah !"

" Mesti nak jugak ! Tak kira, hujung minggu ni saya hantar rombongan ke rumah awak. Jangan berani awak tolak eh !! Saya pukul dengan senapang gajah, baru tahu !"

"hekeleh bos ni, poyo je lebih. Sanggup ke bos nak pukul bakal isteri bos yang comel ni ha ?" kelopak mataku dikerdip beberapa kali. Spontan ! Sumpah !

" Yes ! Kiranya awak setuju lah kan. Sabar cik adik, jangan kerdip mata banyak sangat. Kang kita kahwin malam ni jugak !" gulp ! Hisy bos ni suka cakap benda yang memalukan.

" dah lah ! Sembang dengan bos, sampai ke tahun depan tak habis. Ni semua, bayar kat kaunter eh. Saya tunggu dalam kereta je." laju aku meninggalkan Fawwaz yang tengah ketawa macam orang gila. Seronok lah dapat kenakan aku ! Benci !

****
Ingat dalam bola je ke ada sistem penalti ? Di CFY pun ada lah. Contohnya aku sekarang ni. Dikenakan penalti kerana tidak dapat menghantar kerja yang seharusnya dihantar tepat pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Mujur bos ada back up aku tadi.

Kesimpulannya, penalti aku ni kira macam peluang untuk siapkan sesuatu kerja dengan masa tambahan. Tapi bukan senang-senang je tau nak dapat peluang ini. Kena betul-betul emergency baru boleh disahkan.

" Bunga ?" pelik pulak bila ada bunga atas meja aku. Ada pulak orang salah alamat hantar kat sini ? Tempat aku pulak tu. chett !

Aku cuba mencari kad atau apa-apa tanda pengirim namun gagal. Eh ?

" Sentiasa memerhatikan awak, my dear Ain." berkerut dahi aku membaca tulisan kecil di atas kelopak bunga ros putih tetapi berdakwat merah. Seram doh !

Siapa yang hantar ni ?!! Haishhh, sampah lah ! Terus aku buang bunga itu ke dalam tong sampah. Kecut perut aku membaca ayat si pengirim. Takkan Aqil ?

Kalau Aqil sekalipun, macam mana dia tahu aku kerja di sini ? Oh ya, sistem kat sini ketat. Bukan senang-senang nak hantar atau ambil barang melalui receiptionist di hadapan sana tu. Perlu tanda tangan dan no ic. Takkan bendul sangat Aqil nak tulis sendiri namanya semata-mata hendak 'membunuh' aku ?

Aku bersandar ke dinding putih sebentar. Runsing ! Permainan apa yang Aqil sedang main sekarang ?

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now