2

17.3K 483 2
                                    

Satu perkara yang aku benci selain Aqil Johari adalah bau hospital dan sewaktu dengannya. Aku cuba untuk mencelik mata namun sakit di siku, dahiku dan kaki aku rasakan sangat pedih sehinggakan aku tidak boleh garu betisku yang rasa gatal.

" Angah ! Ya Allah, anak aku !" aku dengar suara seorang wanita sedang menangis, merintih di sebelah tilamku, oh Pn Shafina rupanya. Mama aku yang paling aku sayang.

Berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa aku sedang berada di hospital. Ah bau ubat dan sarung tangan getah ! Loya pulak aku rasa.

Bunyi tangisan mama menyedarkan aku ke realiti. Tahulah aku kemalangan sebelum sampai sini. Alhamdulillah Yang Maha Esa masih memberi aku peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.

" Mama, rileks lah. Angah hidup lagi what ?" kalau aku tahu mama akan cubit lengan aku, tak adanya aku berani cakap macam tadi. Hahaha, mama ni cepat sangat cuak !

" Cakap benda merepek lagi ! Suka buat mama sakit jatung kan ?!" omelan mama aku balas dengan sengihan.

" Anak mama yang sulung tu dah jadi patung cendana ke ? Cuba mama suruh dia tengokkan kaki angah ni, pedih lain macam taktahu kenapa." rengekku separa mengusik abang sulungku, Aiman Syafiq namanya.

Along menghampiri aku lantas duduk di tilam aku.

" Ha tahu pun risau kan adik kau ni, long. Kesian kat aku tau.." aku cuba untuk bermanja dengan along sebab jarang along nak mencemar duli melawat adik perempuanya yang comel lagi diva ni. Hahahak !!

Tangan along dah mendarat di betis aku. Ingatkan dia nak urut ke apa lah kan. Tengok-tengok... !

"Mama, sakit ma ! Alonggggg, kau nak bagi aku mati ke apa ?! Huwaaaaa sakit ma... !!" ha kan dah keluar suara jantan aku tu. Kurang asam boi betul along ni !

"Along, apa buat angah macam tu ?! Kesian dia, dah la terlantar macam ni.. sengaja diseksanya budak tu kenapa ?!" hahahaha padan muka along kena marah. Aduh sakit jugak along tekan kaki aku yang lebam tu.

" Biar tahu rasa budak ni, ma. Kau ni kan ngah, aku dah cakap ribu-riban kali dah. Nak lintas jalan tengok kiri kanan ! Tak serik-serik !! Heee !" kesan lebam di kaki aku ditekan sekali lagi oleh si abang. Apa lagi, menjerit aku macam nak terkeluar urat kerongkong !

"Along !!" bentak mama. Pastu along pulak kena cubit. Hahahahaha merasa lah kau long, ketam mama bukan sebarang ketam tau. Ketam import !

***

" Saya dah boleh discharge kan, nurse ?" tanyaku dengan wajah yang ceria. Keningku aku jongket ala-ala Ziana Zain tengah hit high notes. Perghhh !

" Awak belum sembuh lagi, Cik Ain. Sabar ye." senyuman aku mati. Bukan itu jawapan yang aku mahukan dari nurse itu.

Sudah tiga kali checkup hari ini, dan setiap kali tu juga aku tanya nurse. Nurse pun macam dah tahu-tahu je aku nak tanya soalan tu. Belum sempat habiskan soalan, dah bagi jawapan. Bertabah lah wahai seketul Ain Syamina bt Azmi.

Hari ni adik bongsu aku yang kena teman aku kat hospital sebab mama kena pergi sekolah, pastu along macam biasa lah. Sibuk dengan kerjayanya sebagai arkitek bebas. Adik lelaki bongsu aku tu tengah cuti semester jadi dia kena jadi pak jaga pada aku lah.

" Ngah, aku tengok nurse-nurse tu dah malas nak layan soalan kau tu. Cuba tanamkan sifat bersabar dalam diri kau tu sikit. Tak menyempat langsung kakak aku ni !" gerutu Aizat Syazwan. Kita orang panggil dia 'abang'.

Pening kan ? Okey let make it simple. Aku anak kedua, sebab tu dia orang panggil aku angah. Yang Aiman Syafiq tu sulung, panggil along. Si Aizat Syazwan ni anak bongsu tapi dia berkeras tak nak panggil dia adik so dia nak orang panggil dia abang. Katanya tak sesuai muka kacak panggilan kat rumah 'adik'. Okey muka menyampah please !

" Kau ingat aku ni tanah ke nak tanam-tanam bagai ? Sebelum aku tanam kau, apa kata kau pergi beli PizzaHut kat aku. Ada jugak function kau teman aku hari ni selain daripada jadi pak jaga aja dari pagi sampai malam." bebel aku panjang lebar. Haih, macam bukan mangsa kemalangan je aku ni. Demand sangat !

Aku dengar abang mengeluh. Biar, aku jeling sekali mencicit dia pergi belikan kemahuan aku. Aku tersenyum bangga !

Tak sampai 10 minit abang pergi, aku menerima dua tetamu yang tidak aku jemput. Tiba-tiba hati aku jadi sakit. Fikiran aku dengan sengaja melayarkan semula bait-bait yang terbit dari bibir lelaki itu pada malam aku kemalangan. Kenapa mereka harus kembali ? Kenapa mereka harus melawat aku di saat keadaan aku lemah begini ? Kenapa, kenapa ?!

"Ain, aku.." Nuha cuba bersuara, tapi aku pintas cepat-cepat.

" Keluar." satu perkataan sahaja aku uturkan mampu membuatkan bilik aku ada bunyi cengkerik. Diam, sunyi.

" Ain, what is wrong with you ? Kita orang nak clearkan hal ni, tapi you make it worst !" Aqil bersuara tegas.

amboi, amboi, amboi, amboi,amboi.. dah la datang tak berjemput, alih-alih nak marah kita pulak ?!

" What is wrong with me ? U asked me that double stupid and silly question, Aqil ?! Oh my, aku tak boleh percaya soalan macam tu keluar dari mulut kau !" dan semestinya wajah tersenyum sinis aku sengaja tayang pada tetamu-tetamuku.

Aku tengok rahang Aqil dah bergerak-gerak menahan marah. Nuha pulak asyik membelek kuku kakinya. Dah la datang bawak soalan bodoh, bila entah nak baliknya ?!

" Im sorry, Ain. It just... just...." Aqik cuba mencari perkataan yang sesuai. Takpa, biar aku tolong carikan. The best word ever untuk sambung ayat Aqik tadi ialah..

" Just a mistake, right ? Hahahaha i dont really like your joke, my ex fiance." aku ketawa plastik di hujung kata. Sumpah, hati aku sakit melihat Nuha berdiri di sisi Aqil.

Aku terlalu sayangkan Aqil !

" Ain, sebenarnya..." Nuha menghampiri katilku dengan wajah yang memerah. Matanya sedikit bengkak, mungkin banyak menangis. Tapi menangis atas sebab merampas tunangan kawan baik sendiri ? Huh !

" Stay away from me, Siti Nasuha." aku pusing kepalanya ke arah lain. Menyampah !

" No, aku takkan biar kau hanyut dalam perasaan dendam kau lagi, Ain. Aku nak cakap yang sebenarnya.."

"Sebenarnya apa ?!! Sebenarnya kau dah lama ada hati dengan Aqil ?!! Sebenarnya kau selama ni memang tak puas hati dengan aku ?!! Sebenarnya selama ni kau dah jadi isteri yang sah biat Aqil ?!!! Yang mana satu, Nuha ?!!! Tell me the truth !!" aku mengamuk sakan ketika ini. Lambat sangat nak cakap minah ni !

Tiba-tiba Aqil memeluk bahu Nuha, erat. Makin pedih hati aku. Ya Allah, kuatkan aku !

" Yes, we have that husband and wife relationship, Ain. Its been 2 months since our wedding. Parents Nuha dah tahu tapi mine still dont know yet."

Jatuh bersentimeter aku dengar kata-kata daripada Aqil Johari bin Razli. What ? Apa yang baru dia cakap tadi ? Ini pasti mimpi !

" Ain ?" Nuha memegang tanganku. Aku angkat muka memandang dia dan 'suaminya'. Air mataku sudah memenuhi kolam dan tunggu masa untuk melimpah sahaja.

Aku ketawa dan tangisan. Lama. Mimpi paling ngeri aku ! Tidak, tak mungkin !

"Nuha, cuba...cuba..kau cubit aku kejap. Aku rasa aku tak terjaga dari mimpi lagi. Cuba lah Nuha." aku sua tanganku pada Nuha dengan suara yang lemah. Air mata aku kesat di hujung bahu.

Sakit. Ya aku rasa sakit. Jadi ini bukan mimpi. Sekali lagi aku ketawa, tapi kali ini lemah. Ya Allah...

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now