8

12.4K 370 2
                                    

Aku keluar sensorang ja hari ni sebab along kena hantar kak zana pergi hospital, katanya nak buat check up. Bulan depan in sya allah aku dapat anak sedara baru. Tak sabar ! Abang pulak, biasa lah.. hidup matinya dengan motor dia ! Cinta sangat dengan benda alah tu ! Bila aku suruh cari gf, dia cakap moto tu la gf dia. Chettt !

Teruk jugak aku nak memujuk mama untuk izinkan aku keluar seorang diri tadi. Katanya bahaya lah, who knows what is going to happen la, and whatsoever lah. Risau sangat mama ni, haih.

Blouseku yang berwarna putih dipadankan dengan jeans biru muda aku pandang di cermin. Shawl aku sarung dan melabuhkan sedikit di bahagian depan. Usai berpuas hati, aku turun ke ruang tamu bersama tas di sisi.

Kedengaran suara orang ketawa dengan galaknya dan suasana meriah menjamu mataku saat memijak kaki ke anak tangga terakhir. Terkejut ? Ya, sangat ! Apa dia buat kat sini ?

" Ha dah siap, ngah ? Kenapa tak cakap nak keluar dengan boyfriend ngah ?" mama kelihatannya ceria dan seperti mengalu-alukan kedatangan mamat tu. Amboi, takkan sampai ke rumah dia nak cek aku punya storyline ? Hari ni hari cuti what ?!

Aku menapak kasar ke arah mamat tak diundang bersama seraut wajah yang tidak puas hati.

" Bos buat apa kat rumah saya ? Macam mana tahu ini rumah saya ? Siapa beritahu bos ? Bos ni kan...!" bentakku dengan jutaan soalan. Over sangat juta ! Dia berdiri di hadapanku dengan wajah yang selamba. Amboi !

" Ngah, apa cakap dengan boyfriend macam tu ? Kang dia tinggalkan ngah, merungut tak ada orang teman dia jenjalan pulak." ujar mama dengan selamba kucingnya. Aku kerling ke arah mama.

" Fawwaz, tolong jaga anak auntie ni. Bila datang angin tak betul dia, kamu marah je budak Ain ni. Jangan balik lewat malam ya." pesanan mama agak pelik dan janggal di gegendang telinga aku.

" Mama, mamat tak cukup zat ni bukan bf angah and never be mine." tegasku berkata. Mama buat muka gatalnya dan meninggalkan kami berdua.

" Shall we ?" ajaknya dengan suara yang... lembut ? Watde...

****

Aku peluk tubuh tanda tak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang. Ni nak ke mana pulak ni ? Dia yang tengah memandu aku tengok di hujung mata. Berlagak !

" First, biar saya jawab setiap soalan awak tadi." suaranya memecahkan kesunyian antara kami. Aku buat dengar tak dengar je sebab mood kelaut !

" Saya ada di rumah awak sebab nak teman awak keluar. Saya tahu alamat rumah awak sebab saya kawan along awak. Basically, along awak yang beritahu awak tinggal di alamat itu. So, here you are. Sitting beside me, with that kinda face." dia kalih tengok aku yang masam mencuka. Dalam hati aku dah berbakul sumpah seranah aku lemparkan pada Aiman syafiq ! SIAP KAU !

" Kita nak pergi mana ni ?" tanya Fawwaz lagi. Aku ternganga ! Lah... ?!

" Bos ni, hisyyyy.. !!" mahu saja aku tarik rambutnya yang tersisir kemas itu.

" Shopping Complex !" kataku dengan bengis. Dia menekan pedal minyak agar lebih laju.

" Nak beli apa kat sana ?" tak reti diam ke bos aku ni ? Dekat CFY punyalah garang, senyum pun payah, nak dengar suara pun masa meeting bulanan.

" Ada lah. Bos jangan sibuk hal luar pejabat saya eh." angkuh.

Fawwaz ketawa kecil. Keningku dijongket "apa yang lawaknya ?"

" Ingatkan awak tengah bekerja sekarang ni."

" Apasal pulak ? Hari ni hari minggu, bukan waktu office dan kita tak bercakap tentang CFY pun." ujarku sambil ulang tayang segala syarat yang aku perlu patuhi ketika dia sah menjadi majikanku.

" Sebab awak asyik panggil saya 'bos bos bos' dari tadi. Thats why lah."

Aku merengus kuat tanda memberontak. Hesyy macam mana aku nak membeli 'barang' aku tu nanti kalau dia asyik mengekor ? SERABUT !

****

Laju tiga saat, kemudian aku perlahankan semula langkah kakiku. Aku rasa ada orang tengah ikut aku. Dan orang itu adalah Fawwaz Khairullah bin Kamal Abdullah. Tak senang aku nak berbelanja !

Aku toleh ke belakang dengan wajah mencuka. Jarak kami cukup sebuah kereta honda parking antaranya.

" Bos....!" bentakku di depan sebuah kedai.

" Apa ? Saya tak kacau awak pun, Ain. Malah, saya tak ikut awak. Jalan dalam complex ni sehala ja kan ?" ujarnya dalam nada yang membuatkan aku rasa nak cepuk kepala dia. Pastu dia nak cakap aku perasaan lah konon-konon dia tengah ikut aku ? Chettt !!

" Jauh dari saya. Jangan dekat !" arahku. Lantak lah. Nanti dekat office dia nak hambur aku sampai kering anak tekak pun aku tak kisah. Asalkan dia tak ada dekat dengan aku .

Ketika aku hendak berura-ura hendak masuk ke kedai itu, dia memanggilku.

"Apa lagi ?!"

"Awak nak pergi kedai mana sebenarnya ni ? Dah sejam kita jalan, satu barang pun awak tak beli." suara dia macam dah penat.

Aku melepaskan keluhan sebentar. Jari telunjuk dilayangkan ke udara.

LADIES & US.

Kalau dia tak faham lagi, aku tak tahu nak cakap apa.

Matanya menyorot ke dalam kedai yang ada di belakang aku. Tiba-tiba dia mengulat malu. Tahu pun !

" Kalau bos asyik mengekor saya, macam mana saya nak beli 'tut' ? Duduk jauh-jauh, malu saya orang dok tengok tau !" teruz aku masuk ke dalam kedai yang menjual aneka pakaian dalam untuk wanita.

Entah ke mana mamat tu pergi. Lantak !

****

Usai membeli dan membelah, perutku terasa lapar. Sejak Ladies & Us tadi aku tak nampak mana budak Fawwaz tu pergi. Amboi kau, rasanya dia tua setahun dua dari aku kot ! Ah biarkan dia !!

Aku mengambil tempat di Chicken Rice Shop seorang diri bersama tiga beg pakaian di tangan. Sakit kaki woi ! Tu la padahnya tak shopping berapa kurun kan ?

Selepas membuat pesanan, aku bermain-main dengan telefonku. Aplikasi whatsapp ditekan. Rata-rata chat dari kawan-kawan sekolah dan kolej. Ada juga update terbaru dari CFY. Aku baca lebih kurang gitu sahaja kemudian satu panggilan masuk.

" Awak kat mana ?" ewah, salam tak ada, terus sembur kita !

" Siapa ni ?" aku masih berlembut.

" Boyfriend awak lah. Awak keluar dari kedai pakaian dalam tu, terus saya hilang jejak awak. Cepat betul jalan !" bebel dia di sebelah sana. Tak payah tanya nama pun dah tahu siapa empunya suara.

" Hisy bos ni, tak malu ke cakap perkataan tu ?! Saya nak makan, bos dilarang mengganggu hidup saya. Bye !" terus panggilan dimatikan tanpa salam.

Aku merengus kuat sambil mengomel itu dan ini. Dua minit kemudian, ada satu mesej masuk ke inboxku.

From : 019xxxxxxx
Sya tggu di kreta. Cpt sikit makan ! Dah nak maghrib ni.

Aku menjuih bibir tanda meluat dengan sikapnya yang over itu. Rilek ah..

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now