40

16.3K 374 15
                                    

" Sayang, bangun !! Bangun ! Jangan baring lemah macam ni !!" aku cuba celikkan mataku dengan longlai. Ada Fawwaz tengah meriba kepalaku.

" Ja..ngan me..na..ngis.." aku layangkan tanganku ke wajah Fawwaz lantas mengesat air matanya yang berderai. Pertama kali aku tengok dia menangis depan mata macam ni walaupun sebelum ni aku banyak susahkan dia.

" No.. no ! Sedarkan diri. Ambulance akan sampai sekejap je lagi." dia papah aku untuk bangun tapi dia sendiri tak mampu nak berdiri. Ditambah pulak dengan berat aku yang dia tanggung, memang tak jadi apa.

Fawwaz mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

" Maaf..kan.. saya" aku menangis lagi.

" Saya akan lagi sakit kalau awak tak ada di sisi saya. Please sayang, bertahan demi anak kita." dia mengongoi persis budak kecil.

" Tuan, mana ambulance ni ?!!" Fawwwz menggesa polis yang bertugas di kawasan ini.

Aku sudah tak larat lagi hendak menahan sakit di serata badanku. Ditolak, dihentak dan ditunjal dengan kasar menyebabkan badanku sakit.

Sedarnya aku selepas seminggu dari kejadian tersebut. Fawwaz dirawat di bilik sebelah kerana luka di perutnya harus dicuci dan dibiarkan hingga betul-betul kering akibat tikaman pisah oleg Zahidi. Takut terkena jangkitan. Pisau itu sedikit berkarat kata inspektor yang bertugas.

Alhamdulillah kandungan aku masih selamat dan kuat. Aku bersyukur sangat Anas boleh bertahan dengan tolakan demi tolakan Zahidi yang ternyata mempunyai masalah mental.

Dia dibicarakan dan disahkan sakit jiwa oleh doktor yang bertugas di penjara itu. Walaupun Fawwaz nampak tenang, aku tahu dia juga terkesan dengan apa yang terjadi. Kawan baiknya sendiri, susah senang mereka sentiaaa bersama di universiti dahulu. Akibat iri hati dan hasrat dengki, nilai persahabatan diperjudikan.

Keluarga Zahidi turut datang ke rumah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak kami atas sikap Zahidi. Orang korperat seperti mereka harus berbuat demikian sebelum tersebarnya berita oleh pihak wartawan yang dahagakan berita panas.

Fawwaz mengajak aku ke penjara untuk Aqil di sana. Nampak saja Aqil masuk ke dalam sel, terus sebak jiwaku. Mana tidaknya, Aqil sudah berubah. Wajahnya tiada lagi bengis, jambang yang tidak terurus juga sudah kemas, dan wajahnya bersih serta tenang.

Perasaan ketika berbual dengannya juga sudah berbeza. Ucapannya sangat matang dan tidak beremosi seperti dulu. Dia sangat menyesal kerana pernah mencederakan aku, kawan baiknya sendiri sehingga sanggup memukul Nuha.

Aku bersyukur semuanya sudah selesai. Tiada lagi dendam yang bertapa dalam jiwa kami. Ianya hanya taman-taman yany indah dan semestinya harus sentiasa bersedia untuk apa jua dugaan di masa hadapan.

Dengan adanya Allah SWT dan keluargaku, ianya cukup sempurna buat aku sebagai insan yang penuh khilaf. Alhamdulillah..

***

Ya Allah, ikut perangai siapa lah ni. Aku geleng kepala melihat Anas tengah 'menjual' minyak pada seorang budak perempuan yang lebih kurang sebayanya di taman.

Yang Fawwaz dah ketawa bagai nak gila dah tengok betapa strugglenya anak lelaki dia tengah mengorat awek kat sini.

" What ? Tengoklah muka budak perempuan tu, serius ja bila Anas bagi dia bunga. Hahaha !" aku kerling ke arah Fawwaz yang gelak macam nak jatuh kerusi di sebelah aku ni.

Bunga apanya ? Fawwaz lah yang suruh Anas cabut satu rumput entah kat mana tadi. Rumput weh ! Pastu bagi tips pulak kat Anas cara-cara nak tackle budak perempuan bertocang dua itu. Yang Anas pun, ikutkan je apa yang papa dia cakap. Adoiii !

Anas berlari ke arah kami dengan muka nak nangis. Terus dia nangis di ribaku. Kena reject letiuu ! Guna lah lagi tips papa Anas ni !

" Mama, Sarah cakap dia tak suka lelaki rambut sikat tengah macam Anas." ujar Anas dalam esakannya. Putus cinta beb ! Sarah namanya.

Lagi sakan Fawwaz ketawa, siap pegang perut lagi tu ! Ish apa lah dia ni, pujuk lah anak tu.

" Anas.. anas.. kejap, pipi papa kejang." aku jeling pada Fawwaz sambil betulkan rambut Anas yang sedikit perang. Semula jadi okey !

" Anas, kalau Sarah sukakan Anas, mesti dia terima Anas seikhlas hati dia. Jom cari awek yang lain pulak." terbeliak mata aku mendengar nasihat paling 'berprestij' dari Fawwaz. Entah si Anas ni faham ke tidak apa yang papa dia cakap tadi. Main angguk dan setuju ja.

" Awak ! Kenapa ajar anak benda tu ? He's only 3 years old tau !" aku tampar bahu Fawwaz yang sudah siap mencari target baru.

" Kejap lah. Saya nak ajar dia satu benda ni." Fawwaz luruskan tangannya sambil menunjuk ke arah sekitar tasik yang ada taman itu. Dari kiri hingga ke kanan.

"Ada seseorang ni akan terima baik dan buruk Anas sampai Anas besar nanti." sambung Fawwaz lagi.

Anas pun ikut je telunjuk papa dia. Aku ? Tangan di bahu, mata ke atas. Erhg!

" Ha dah jumpa !" suara Fawwaz cukup kuat hingga semua mata memandang ke arah kami. Malunya tahap gaban !

" Mama ?" Anas toleh ke arah aku.

Aku ?

Aku toleh ke arah Fawwaz. Jarinya tepat diacu ke wajahku.

" Mama dah jadi awek papa." ujarnya dalam penuh kekecewaan. Serta-merta aku dan Fawwaz ketawa dengan kata-kata Anas yang langsung tak terfikir oleh kami.

" Sit here." Fawwaz angkat Anas duduk di antara kami berdua. Tangan aku dia genggam bersama Anas.

" Mama Anas ialah perempuan yang akan sayang Anas sehabis kasih sayangnya. Mama akan tetap sayangkan Anas walaupun rambut Anas sikat tepi atau tengah sekalipun. Papa, akan jadi kawan Anas sampai Anas besar nanti. Kita kan geng ?" ibu jari Fawwaz dan Anas berlaga di depan aku. Ohh sungguh terharu !!

" Yeayy ! Thank you, mama, papa !" terus Anas cium pipi kami berdua dan turun dari kerusi. Rama-rama yang berterbangan terus Anas kejar dengan gelak ketawa.

" Thank you, sayang." aku jatuhkan kepalaku di dada Fawwaz.

" Welcome my heart. Saya sayang awak hingga ke syurga jannah." jari-jemariku dicium oleh Fawwaz dengan penuh syahdu.

" Saya terlalu sayangkan awak, Fawwaz Khairullah. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya."

" Alhamdulillah sayang.. alhamdulillah.."

Semoga kami berdua terus kuat dalam menempuh dugaan hidup di dunia. Insya allah..

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now