13

10.8K 354 6
                                    

" Opahhhhhh !!" sebaik sahaja kereta memasuki kawasan rumah Opah, cermin tingkap aku turunkan. Maka, terjengullah muka aku sekerat di celah tingkap itu.

" Ya Allah anak aku ni..." keluhan mama di sebelah hanya dibalas sengihan. Macam tak biasa pulak aku buat perangai tak senonoh macam ni.

" Mama, are u sure dia ni anak dara mama yang mama jaga selama 24 tahun ? Dah macam tarzan dah abang tengok kalau setiap kali balik kampung."

" Astaghfirullahalazim ! Ya Allah, cucu aku ni tak berubah langsung perangainya !" opah buang penyapu lidi yang tadi dia pegang ke belakang. Nampak ? Opah pun excited jumpa cucu perempuan bongsu dia ha !

Usai memarkir, terus aku terjun dari kereta.

"Yo yo, whats up my sexy opah !" gaya hip hop aku sapa opah dari jauh ternyata sia-sia. Opah cubit bahu aku ada lah !

"Aaaaa sakit, opah !" jeritku kuat sambil mengusap bahuku. Aduii, semakin meningkat umur opah, semakin dasyat cubitannya. Aiseh !

" Cuba bagi salam elok-elok. Opah hantar Mina pergi kelas fardhu ain kat Ustazah untuk jadi macam ni ke ?" ha ambik kau Ain. Nak sangat berhip hop dengan Opah kan? Dah tahu opah cenggitu punya perangai, main lagi.

" Opah, sihat ?" ceh ! Aizat syazwan tengah berlakon jadi cucu lelaki bongsu mithali pada opah. Rasa nak muntah bila dia tayang muka baik dia tu. Mata sengaja dikerdip beberapa kali, tangan di bawa ke sisi dan senyuman tu paling tahan ! Fake belaka budak ni ! Rasa panas pulak berdiri sebelah adik aku.

" Macam ini lah, Ijat. Tua dan semakin lemah opah sekarang."

" Opah masih seksi dan cun melecun lah ! Siapa cakap opah Mina tua ?! Biar Mina siat bibir dia dengan penyakar rumput tu !" pencakar yang disandar pada dinding rumah kayu itu dituju oleh jari telunjukku.

Pipi aku setampar perlahan oleh mama. Apa ni ?

" Budak ni.. ! Perangai tak ubah langsung ! Ada ke cakap opah seksi seksa !" kata opah dengan gaya macam nak pukul aku tapi tidak. Opah sayang gila kat aku wey ! Oh ya, opah memang panggil aku Mina, singkatan dari namaku Syamina. Opah sorang je tau !

" Assalamualaikum opah." ha ni sorang lagi. Fake part 2. Fawwaz Khairullah bin Kamal Abdullah.

" Siapa ni, Fina ? Kawan kolej Ijat ke ?" rambut belakang Fawwaz diusap perlahan. Ehh lama pulak opah tahan tangan bos aku ni. Aii opah dah jumpa
'spare part' ke apa ni ? Mana tau atok buat hal ke.... hahahahhaha !

" Kawan ang..."

"Entah, tak kenal ! Kami tumpangkan dia ja tengah jalan tadi." pintasku cepat. Muka steady..

" Angah.." suara amaran dari mama mematikan niatku untuk bersuara.

" Bos Mina kat tempat kerja. Saja Fina bawak dia ikut sekali sebab katanya dia teringin nak merasa suasana kampung." jawab mama di sebelah aku.

Terangguk-angguk opah mendengar, tu bibir dok senyum tu kenapa ? Mina report kat atok !

Bunyi moto EX5 milik atok kedengaran menandakan atok sudah pulang dari kedai runcitnya. Atok mengusahakan sebuah kedai runcit di mana segala keperluan ada di sana.

" Yo yo how wow you, atok ?!" kali ni aku test gaya hip hop aku pada atok pulak. Terus kena backhand kau ! Adeh... terkehel leher aku !

" Padan muka ! Buat perangai tak senonoh depan atok lagi. Dah jom abang Waz, hiraukan aja pekerja abang yang tak betul tu. Alahai.. macam mana lah abang waz boleh bagi kakak aku tu kerja agaknya.." keluhan Aizat di belakang kereta mematikan muncung itikku. Jahat !

Fawwaz ketawa mengejek pada aku sebelum masuk bersama bagasi. Atok menarik bahu aku untuk berjalan bersamanya naik ke rumah. Nak pujuk lah tu kan ?!

"Assalamualaikum cucu atok." usik atok. Aku masih tetap sama, hati kena kental.

Nenek dan mama sudah masuk bersama dua orang lelaki tadi. Tinggal aku dan atok sahaja di luar.

" Ala.. cucu atok merajuk. Dah besar gajah macam ni pun merajuk lagi ke? Tak sesuai langsung." kutuk atok dengan selambanya. Terjegil mata aku besar-besar pada atok.

" Mana ada gajah ! Atok niii..." meleret panjang aku gerutu. Mengekek atok ketawakan aku, beria pulak tu ! Aku jelinga manja-manja pada atok. Sekali sekala nak atok pujuk, apa salahnya kan ?

" Atok gurau sikit pun tak boleh. Jom masuk, nak azan maghrib dah ni. Malam ni kita solat berjemaah. Macam dulu-dulu." langkah kaki kami beriringan masuk ke dalam rumah. Kesayuan suara atok mengusik jiwa aku yang sarat dengan kerinduan pada ayah. Air mata aku tahan dengan senyuman di bibir. Tatkala aku mengangkat muka memandang pangkin atok, Fawwaz ralit memandang aku. Bukan tadi dia dah masuk ke ?

****

" Kau ni dah gila ke, Suraya ?! Aku cakap jangan datang, maknanya jangan ! Kau tak faham bahasa melayu ke ?!" aku toleh ke luar rumah apabila terdengar suara Fawwaz bercakap dengan seseorang di corong telefon. Sedang dia mundar-mandir di luar, aku menuang kopi ke dalam cawan untuk atok, opah dan mama. Ijat ? Lepas maghrib tak tahu hilang ke mana.

" Mama..." aku tuju ke arah luar sebagai isyarat kepada mama. Mama angguk laju bagaikan faham maksudku.

"Jangan lama-lama sangat kat luar, Mina. Atok tak suka orang kampung mengata cucu atok." pesanan aku buat aku berhenti melangkah.

"I will, atok." aku senyum sekilas pada bekas guru bahasa inggeris yakni atokku kemudian menapak ke pangkin.

" Dont be silly, suraya ! Kau buat apa sekalipun, aku tetap benci pada kau !" terus panggilan tadi dimatikan tatkala punggung aku mendarat di pangkin di bawah pokok rendang.

Suraya ? Rasanya aku pernah dengar Hafiz sebut nama Suraya sebelum ini.

Sebaik sahaja Fawwaz berpusing ke belakang, tiba-tiba dia terkejut melihat aku. Mujur tak melatah, kalau tak buat malu ja.

" Awak memang nak saya ajar cara bagi salam ke ?!" bentak Fawwaz tiba-tiba pada aku. Apahal dia ni ? Marah kat orang lain, aku pulak yang dilempiasnya !

Dia pandang aku dari atas ke bawah. Ni apahal pulak ? Aku jadi tak selesa bila dia tengok aku macam tu. Kain yang aku pakai aku betulkan sedikit. Mana tahu terselak ke apa ke.. bukannya reti sangat hendak pakai kain batik opah ni.

" Ke..kenapa bos tengok saya macam tu ? Heee seram pulak. Saya naik dulu lah !" terus laju aku naik ke rumah . Seriau dengan mata insan bernama lelaki.

"You look different, Ain. I like it. Oh ya, tawaran saya tempoh hari masih valid tau." senyum galak dilemparkan padaku ketika aku memanjat tangga.

"Tawaran apa ?" okey serius aku lupa. Aku ada ditawarkan untuk naik pangkat ke ?

" Be my wife." ujarnya ketika melintasi aku dengan separa berbisik. Kaku. Keras. Beku. Okey, semakin seram perangai bos aku ni.

*****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now