6

13K 383 2
                                    

Mujur mama tak tanya banyak soalan bila nampak pergelangan tangan aku lebam biru-biru gitu masa sarapan pagi tadi. Kalau tidak, kemain macam polis pencen aje menyoal pada aku.

So, guess what ? Hari ni first day aku kat Cartoon For You. Wahhh, tak tahu kenapa aku gembira sangat ! Nak jumpa artis kot ? Keeee jodoh ? Ahaks, tak layak aku nak bercakap soal jodoh.

" Selamat pagi, cik." seorang wanita muda menyapa aku ketika di kaunter di lobi.

Aku ukir senyuman mesra padanya sebelum bertanya soalan.

" Selamat pagi. Emm.. saya dapat panggilan kelmarin untuk datang lapor diri di sini. Ke mana saya harus pergi ye ?" berdebar pulak aku rasa ni. Alahai Ain, just relax.

" Sekejap ya." wanita itu memeriksa sesuatu di skrin komputer dan kemudian menulis sesuatu di sebuah buku log tebal. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahu.

Tengah dia sibuk, mata aku mula memainkan peranannya yakni memerhati sekeliling. Eh kenapa masa iv itu hari aku perasan yang company ni nampak mewah tapi masih ada unsur-unsur tradisionalnya ?

" Cik boleh naik tingkat 9 then belok kanan. Nanti PA Tn Kamal akan bantu cik dari situ." tiba-tiba wanita muda itu bersuara. Aku angguk buat-buat faham.

Aku mengucapkan terima kasih pada wanita di kaunter pertanyaan itu kemudian menuju ke arah lift. Ramai betul pekerja kat sini, dah tak nampak macam company untuk kartun pun. Apa-apa pun, aku tegak menunggu ketibaan lift yang tak turun-turun walaupun aku dah tekan butang tu macam nak terkeluar dari soketnya. Ke aku salah tekan ? Sebab ada dua butang kat situ.

" I think you should.." tegur seorang lelaki di belakang aku.

Dia menekan butang yang satu lagi tu. Pffffff malu ceq weh !!! Simpan sikit bengap kau tu, Ain. Aku ketap gigi lantas mengukir senyum kambing.

Ketingg !

Berduyun-duyun manusia cuba memuatkan diri dalam lift itu dan termasuklah aku. Lelaki tadi pun masuk jugak dan kini aku tersepit ! Mana kaki aku weh ? warghhhh tangan aku dah tinggal satu ?!!

"We're arriving second floor. Have a nice day." kata seorang perempuan dari interkom yang dipasang di dalam lift itu. amboii..

Sampai ke tingkat 5 hanya tinggal aku dan lelaki lift tadi sahaja. Yes, aku gelarkan dia lelaki lift. Sebab aku jumpa dia dekat depan lift. Ahaks !

Awat rasa lama sangat nak sampai tingkat 9 entah ?! gerutku dalam hati.

Aku dengar dia sapu-sapu kot di bahunya, habuk atau dia jenis pembersih atau kedua-duanya sekali.

" Ramai betul orang ! So, baru di sini ?"

Erk  ? Dia cakap dengan aku ke ? Eh takkan nak kalih belakang pulak kot ! Ya ya la tu dia nak bercakap dengan perempuan berbaju kebarung macam kau kan ? Tadi aku tengok kemain lagi pekerja kat sini.

Aku buat tak tahu sahaja sebab dia tak panggil nama aku pun kan ?

Eh dia pulak tahu nama aku ?

Tapi kami berdua aja dalam lift. Takkan dia gila pulak nak cakap sensorang !

Ahh abaikan dia Ain Syamina bt Azmi.

Keting !! Tingkat 9.

" We're arriving.." bosan pulak aku dengar suara minah  saleh ni. Ya ya, dah sampai tingkat 9. I will have a nice day. Thank you, errggr !!

Tadi receptionist tu kata, belok kanan ke kiri eh ? Ha sudah ! Aku garu tudungku yang memang dah senget sebab 'pertempuran' dalam lift.

" I guess you should turn right." zupppp kelibat lelaki lift tadi lalu tepi aku. Warghh Randy Pangalila ! Hensem pulak dia jalan laju macam tu.

Okey stop it ! Aku ikut cakap lelaki lift tu dan ahaaa !

" Cik Ain Syamina bt Azmi ?" tegur perempuan yang menguruskan iv aku dulu.

Aku angguk dan senyum. Tu je lah keja aku rasanya.

" Tn Kamal dah tunggu dah. Dia tak sabar nak awak bekerja dengan syarikat dia." ujar wanita yang bernama Jasmin itu. Aku ketawa kecil, okay pura-pura ketawa sebenarnya.

Jasmin tunjukkan aku bilik Tn Kamal yang tak sabar sangat nak aku kerja tu. Oh bilik lain dari yang bilik iv tu hari.

" Terima kasih." kami bertukar senyuman dan Jasmin tinggalkan aku bersama seorang lelaki yang mungkin berumur 50an.

" Duduk lah." arah majikan baruku. Aku akur dan melabuhkan duduk di hadapan lelaki tua ini.

" Maaf lah, hari yang awak iv tu saya outstation. Jadi saya harap anak saya berlaku adil pada semua calon." jelas Tn Kamal padaku. Oh anak dia yang muka ketat macam balang rupanya. Wait, what ?!!

" Nama saya Kamal Amrullah. Awak boleh panggil saya seperti mereka yang lain. No worries, bekerja dengan saya tiada tekanan tentang deadline, nak storyboard semua segera. No no and no. Saya suka pekerja saya bekerja dengan tenang tetapi pantas. Faham maksud saya ?"

Aku angguk cepat, tanpa ragu-ragu. Bestnya cara pak cik kamal ni bercakap. Mesra dan lembut sahaja. Alahai..

" Good. Sekejap lagi Jasmin akan bawa awak kepada bos awak." Si Pak cik Kamal ni menyelak beberapa fail dan serahkan padaku.

Bos ? Bukan dia ke bos aku ? Poning kepalo den !

Aku keluar dari bilik Tn Kamal dengan seraut wajah yang kebingungan. Aku ikut sahaja ke mana Jasmin bawak aku. Pasrah.

****

Jasmin pandang aku semacam ketika kami sampai di sebuah bilik di tingkat 7.
Dah kenapa ni ?

" Ain dengan anak Tn Kamal ada affair eh ?" tuduh Jasmin dengan nada mengusik. Aku mencebik bersama senyuman sinis di bibir. Fitnah ke soalan aku sendiri tak tahu.

" Kak Jas, Ain jumpa anak Tn kamal baru seka... eh tak, dua kali. Hubungan tang mananya kak Jas ." kataku sambil memacak jua jari di depan wanita bermata sepet. Aku syak Si Jasmin ni berdarah kacukan kot. Ada iras cina sikit.

" Jawapan klise. Tak hairan.." balas Jasmin dengan gaya kereknya. Siap libas-libas rambut lagi kau !

" Ini bila en fawwaz. Nanti pandai-pandai lah Ain hidup dengan si kepala angin tu. Adios." terus Jasmin blah. Weh, rambut kau masuk dalam lubang hidung aku lah ! Heyy nak je aku jerit !!

Okay, relax Ain. Kau kalau marah, tak nampak macam betul, nanti tak pasal-pasal first day kena ayat "you are fireddd !!" Cia ~ !

Terpampang nama si tuan bilik di pintu berukir itu.

Fawwaz Khairullah bin Kamal Abdullah

Aku ketuk pintu sebelum masuk dan mempamerkan wajah biasa. Kelihatannya en apa tah tadi namanya sedang menyisip teh panas. Amboi sempat lagi mengeteh !

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now