28

12.4K 270 0
                                    

Terkejut tahap nak terkeluar epal yang aku makan apabila diberitahu tempoh aku dimasukkan ke hospital. Uish menipu agaknya si Aizat ni ! Bukannya aku kena tikam ke apa pun !

Dia kata aku tak sedarkan diri selama tiga hari. Amboi over nau budak ni ! Aku rasa macam baru semalam je Aqil pecah masuk ke penthouse. Luka dan lebam di badanku masih kelihatan tapi dah tak rasa sakit sangat macam hari tu.

Kata mama dan along yang melawat aku pagi tadi, Aqil ditahan oleh pihak polis sebaik sahaja aku disorong masuk ke dalam van ambulans. Heee ngeri betul wajah Aqil bila terbayang semula kejadian itu.

Paling terharu sekali, selama aku tak sedarkan diri Fawwaz buat bilik wad ni macam rumah dia. Tidur kat sini, siap untuk ke pejabat pun di sini dan makan di sini menemani aku. Haih rasa macam kerap jugak habuk masuk mata aku sejak bergelar isteri Fawwaz Khairullah ni.

Aku termenung sendiri di saat semua orang sudah pulang. Patutkah aku percayakan Aqil yang Nuha sudah dibunuh olehnya ? Aku sendiri tak pasti sama ada itu sahih atau tidak.

Siti Nasuha. Di mana kau ? Kali terakhir aku bertemu dengannya ketika sibuk membeli hadiah buat Fawwaz. Dia ialah seorang promoter di sebuah kedai sukan. Dia ada cakap yang Aqil pukul dia, tapi masa tu aku antara percaya atau tidak.

Tapi lepas apa yang terjadi pada diriku sendiri, aku memilih untuk percayakan kawan aku. Betapa bodohnya aku buang kawan baik sendiri hanya disebabkan seorang lelaki. Ah mungkin kerana masa itu sangat serabut !

Ketukan di pintu buat aku tersedar dari lamunan. Mekar senyuman aku tatkala melihat Fawwaz melangkah masuk ke dalam bilik wad. Dia sempat mengunci pintu sebelum menghampiri aku. Perlu ke kunci pintu ?

Aku sua tangan kepadanya. Muka dia macam bingung je apa yang aku nak.

" Nak salam suami saya lah." sengihku kecil.

" Oh ingat nak duit. Baru nak seluk poket." rambut aku dikuak ke belakang olehnya.

Aku mencium tangannya kemudian dia mencium dahiku. Lama.

" How's your day ?" tanyaku sebelum dia meleraikan tali leher.

" Good. Awak macam mana, sayang ? Feeling better ?" dia duduk di sisi katil sambil memandang tepat ke anak mataku.

" Not good." ujarku dengan nada yang lemah.

" Hah, kenapa ni awak ?!" terus dia meletakkan tapak tangan di dahiku. Berdegup kencang jantung aku bila dia macam tu, betul-betul depan aku.

" Awak takde, saya rasa tak bermaya lah." terus aku senyum lebar padanya.

Aku memberi ruang padanya untuk merehatkan diri sebelum ke CFY semula. Waktu lunch, maklumlah kena beringat sikit.

" Awak, saya nak tanya satu soalan boleh ?"

" Hmm." matanya terpejam rapat, mungkin terlalu letih agaknya jadi aku batalkan sahaja soalan itu tadi.

" Err takpe lah. Awak rehat dulu."

" Tanya lah, saya tunggu ni." dia senyum.

" Bila saya boleh keluar dari tempat ni ?"

Berdekah dia ketawa lepas dengar soalan aku. Hek eleh, boleh gegar tau bangunan hospital ni !

" Saya ingat awak nak tanya pasal apa lah tadi." hidung aku dicuit olehnya. Apa ni, main cecuit pulak !

" Soon. Very soon."

****

Bo bo bo bo bosan ! Aku bosan ! Dengan bla bla bla bla bla mulutmu cukup mana satu... ahh apa aku merepek ni !!! Lagu Stacy pulak aku melalak apasal do ?!

Nak balik rumah ! Masuk hari ni, dah lima aku bertapa kat bilik ni. Tak merasa dunia luar langsung ! Nak berjalan kat luar, tapi takde siapa nak temankan. Semua sibuk ! Sakit hati titew !

Nurse yang datang cek aku pun macam dah malas nak jawab soalan klise aku, "bila saya boleh checkout ?" amboi kau Ain, checkout ?! Kau ingat ni hotel ?

Jawapan tetap sama, tunggu pengesahan doktor yang merawat aku. Eleh, doktor tu apa tahu ?! Aku yang dah sihat sikit ni boleh sakit semula sebab terperap dalam bilik wad ni seminggu tujuh hari.

Ketukan di pintu menyedarkan aku dari kemarahan maya. Aku menjengui kepala sedikit, mana tahu pelawat itu lelaki jadi boleh cepat-cepat aku sarung tudung.

" Hai pelukis komik."  sapa suara itu. Lelaki. Jadi aku sarung sahaja tudung yang dibawa oleh Fawwaz tempoh hari.

Mana dia tahu aku masuk hospital ?

" Hai....?" sarkastik nadaku. Aku pandang  atas bawah kecik besar je dia ni. Tak tahu kenapa sejak first meet lagi aku memang tak berkenan dengan perangai dia. Ya, aku bersyukur sangat hasil kerjaku selama ini mendapat sambutan. Takut jugak kalau-kalau ada fanatik punya orang.

" Macam mana keadaan cik ain ?" tanya lelaki yang aku jumpa di depan kedai buku.

" Alhamdulillah, feeling better. Terima kasih sebab datang melawat, encik...."

" Zahidi." aku angguk sekali.

" Sama-sama." dia tunduk sambil tersengih memandang lantai. Takut pulak aku.

" Awak tak kerja ke ?" tanyaku sebagai penghapus krik krik antara kami.

Dia angkat muka dengan riak terkejut.

" Kerja tapi i can make some time to visit my.... rival." aku kecilkan mata secara automatik kerana macam dengar tak dengar je hujung ayatnya tadi.

" Pardon?"

" Saya kena luangkan masa sikit untuk melawat pelukis komik kegemaran saya." ulangnya semula tapi aku tidak puas hati. Macam lain je bunyi dia.

Tapi muka kena maintain relax. Jangan tunjuk kita gelabah biawak kat sini.

" Terima kasih, awak baik sangat encik Zahidi." ucapku dengan senyuman nipis di bibirku yang pucat ini. Lambat lagi ie dia nak balik ? Tolong lah sesiapa masuk bilik aku sekarang..

*****

Alhamdulillah, akhirnya aku dibenarkan pulang setelah 'dikurung' di hospital itu. Fawwaz sudah janji akan datang ambil aku di sini. Sedang aku mengemas serba-serbi barangku, mama datang menerpaku dari belakang. Aku salam tangan tua mama dan memeluknya erat. Rindunya !

" Angah dah siap semua barang ? Jangan ada yang tertinggal pulak." eh eh mama macam perli aku je.

" Siap dah, ma. Cuma nak tunggu Fawwaz datang je, pastu angah bebas semula." sorakku dengan riang sebelum mendapat satu cubitan emas dari mama. Menyeringai aku menjerit !

" Macam lah teruk sangat tempat ni ! Nanti macam mana nak beranak kalau tak ke sini jugak arah tujunya ? Nak beranak kat rumah ?" bebel mama yang sedang mengemas tilam. Terjuih bibirku.

" Apa ni mama, cakap pasal anak-pinak pulak. Orang tak sedia lagi lah." aku bernada merajuk.

" Suka hati lah. Cuma nak beritahu angah, yang mama dan umi mengharap lah cucu sebelum kami tutup mata. I wait for you at the lobby." terus mama keluar tinggalkan aku.

Muram terus wajah aku bila mama pergi meninggalkan aku di bilik ini. Tadi cakap nak turun bawah sama-sama. Majok ah ceni !

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now