31

10.9K 299 12
                                    

" Awak." panggil Fawwaz. Aku toleh sekilas ke arahnya kemudian ukir senyuman.

" Hmm ?"

" Ada orang datang nak jumpa awak." kata Fawwaz. Aku berhenti memasak sambal sekejap kemudian berlalu ke ruang tamu.

" Siapa ?" tanyaku pada Fawwaz tapi hanya dibalas dengan bahu terjongket.

Kami ke arah pintu setelah tudung aku sudah kemaskan di kepala. Lelaki. Siapa pulak ni ? Aku pandang Fawwaz sekejap kemudian kembali ke arah wajah lelaki tadi.

****

Assalamualaikum sahabat dunia akhiratku, Ain Syamina bt Azmi..

Semoga kau tak lupakan aku, si perampas kebahagiaan kau, Siti Nasuha. Tujuan sebenar surat ini adalah peluang yang terakhir untuk aku memohon maaf daripada kau atas segala kelakuan dan perbuatan aku terhadap kau.

Ain,

Disebabkan bisikan syaitan yang membuak-buak di telinga aku, perempuan bernama Siti Nasuha ini sanggup mencuri tunangan kepada kawan baik sendiri. Aku sedar aku sangat kejam sehingga tak patut aku gelarkan diri aku kawan kau. Ain, maafkan aku.

Siang malam Aqil asyik sebut nama kau dalam tidurnya walaupun aku ada di depan mata dia sendiri. Hati aku sakit, Ain. Sakit. Bila aku tanya dia macam² soalan, dia marah aku. Kemudian lama-kelamaan tangan dan kakinya singgah ke badanku. Aku tahan sebab ini semua memang layak untuk aku sebagai kifarah.

Masa kau baca surat ni, mungkin aku dah tak ada kat dunia ni lagi. Aku menghidap sakit barah ketika di universiti kemudian berganjak ke tahap 3 ketika aku sudah sah berkahwin dengan Aqil. Bila dia tahu aku sakit, dia mula berubah. Satu perkara kau perlu tahu, dia tak bunuh aku seperti yang dia selalu cakap pada kau. Dia cuma keliru  dan tak boleh terima yang aku bakal dijemput ilahi.

Ain, semoga kau berbahagia dengan pilihan hati kau. He is the lucky guy to have you in his life. Aku sentiasa doakan kau. Assalamualaikum.

Siti Nasuha

Berjujuran air mataku mengalir di tulang pipi seusai membaca surat terakhir kiriman Nuha pada keluarga terdekat dan sahabat handai. Kata bapa saudara Nuha yang datang tadi, sudah sebulan lebih Nuha meninggal dunia tetapi baru hari ini mereka menjumpai alamat aku. Itupun susah hendak mencari sebab rata-rata kawanku di universiti tidak tahu di mana aku tinggal.

" Sabar lah sayang. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman." pujuk Fawwaz di sebelahku yang turut membaca surat itu.

" Saya terlalu sedih, awak.." aku mengongoi di bahunya seperti budak bawah umur kehilangan boneka kesayangannya.

" Nuha mesti tak suka tengok awak menangis macam ni. Mulai saat ini, ingatkan kembali detik-detik persahabat antara awak dan arwah Nuha. Sentiasa berdoa untuk di alam sana. Kita bakal mengikuti dia cuma tak tahu bila."

" Saya hukum dia terlalu cepat. Saya tak tanya pun kenapa benda tu jadi. Saya terus tuduh dia macam-macam tanpa usul periksa." tangisku lagi.

"Shuttt... takde sapa pun salahkan awak." bahuku ditepuk perlahan oleh Fawwaz.

Aku mahu menjerit tetapi tidak mungkin Nuha akan dengar. Aku pandang alamat yang bapa saudara Nuha beri tadi. Kampung Nuha tempat dia dikebumikan sebulan yang lalu. Nuha, maafkan aku ! Aku tak tahu yang kau sakit sejak kita di universiti lagi. Aku kawan paling tak guna !

*****

Suraya ni memang dah melampau ! Sangat melampau sampai aku rasa nak je sepak-sepak tayar kereta dia yang tersadai di tempat parkir di bawah sana. Hishh apa yang dia nak sampai ke rumah cari Fawwaz ?! Ini sudah lebih !

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now