36

11.6K 286 3
                                    

Aku, Abang Izwan dan Farah si minah yang selalu tak puas hati dengan aku tu terpilih untuk jadi wakil CFY ke sebuah pelancaran sebuah platform terbaru di Malaysia di mana akan ada semua terbitan kartunis secara atas talian. Para pembaca boleh dapatkan komik-komik kegemaran mereka di sebuah lawan web yang bakal dilancarkan hari ini.

Tak lupa juga bersama kami Encik Fawwaz Khairullah dan Puan Marini selaku tetamu jemputan dari CFY dan beberapa orang terkemuka dalam dunia kartunis.

Setiap syarikat komik dikehendaki menghantar wakil-wakil mereka bersama dua orang pengarah tinggi di dalam sebuah syarikat.

Mentang-mentang aku terpilih ke khusus ni, dia pun nak ikut sekali. Modalnya senang je, " Saya risau ada orang nak mengorat awak"

Choii satu kali !

15 minit acara pembukaan benar-benar menyeksa jiwa ragaku. Haihhhh bosan ! Cakap apa entah lama-lama. Ni punggung aku dah kebas tau !

Si Farah dah hilang ke mana entah. Pergi menjual tahi minyak lah tu ! Ye lah, jejaka-jejaka hangat berkumpul kat sini kan. Takkan budak rambut kacang merah tu nak lepaskan peluang.

Ada jamuan di hujung dewan ini.  Masa aku lalu sebelah meja panjang itu, nampak macam sedap belaka makanan yang mereka sediakan. Akhirnya aku memaksa kakiku untuk mengintai sedikit juadah yang tersusun elok di situ.

Ya Allah, sedapnya ! Ini baru tengok, tak rasa lagi !

Baru aku nak ambik rasa satu kuih seri muka, tangan aku dikunci ke belakang. Adehh adehh !

" Too much sugar. Tak yang sesuai untuk insan berbadan dua macam awak." amboi ayat dia ni, macam aku terkena kencing manis pulak. Sugar lah sangat !

" Tapi saya nak rasa satu ja !" ujar aku sambil mengawal suara. Ye lah, pekerja dewan ini sedang menyusun juadah lain di dalam tray.

Fawwaz bawak aku jauh dari zone makanan. Tidak...

Tidakku sangka mengapa begini, berakhir lah kisah cinta yang suci... ohh kuih seri muka ku.. !

" Duduk diam-diam kat sini." Fawwaz tarik tangan aku untuk duduk di sebelahnya. Berdepa muncung itik aku balas padanya !

Meja bulat ni untuk VVIP atau tetamu jemputan sebenarnya tapi kedudukannya agak terlindung jadi kami duduk berdua di situ.

" Dahaga ?" aku buat tak dengar.

" Orang tua-tua cakap, kalau diam tu maknanya ya lah. Tunggu kejap, saya ambilkan awak minuman." Fawwaz pegang bahu aku kemudian berlalu pergi. Aku masih dalam rajukku. Nak rasa satu pun tak boleh. Sugar oh sugar !!!

" Sorang ja ?" tegur seseorang di sebelah aku. Siapa pulak nak beramah mesra dengan aku waktu tengah bad mood nii ?!

Aku toleh ke arah suara lelaki itu dan.... rahangku jatuh bersentimeter tatkala melihat gerangan itu.

Amboi, sejak bila declare couple ni ?

" Dua sebenarnya."

Air muka Suraya dan Zahidi berubah. Mesti pelik kenapa aku cakap 'dua' walhal hanya aku seorang sahaja di sini. Helo ingat dalam perut aku hanya ada lemak tepu je ke ?

" Fawwaz mana ?" Suraya meliat lentok sikit. Nampak gaya macam tak suka si Zahidi ni peluk pinggang dia.

" Emm.. somewhere i guess." jawabku malas-malas. Pandangan aku halakan pada jurucakap di atas pentas. Hai dia ni tak lenguh mulut ke bercakap tanpa henti sejak dari mula sampai sekarang.

" Let me go !" aku dengar suara Suraya sedikit tinggi.

Kemudian dia jalan tergesa-gesa duduk di sebelah aku yakni tempat Fawwaz tadi. Dah kenapa dua merpati ni ?

Dia, suami aku ? Où les histoires vivent. Découvrez maintenant