35

12.5K 299 7
                                    

Aku masuk ke bilik Fawwaz setelah menerima whatsapp daripadanya tadi. Pelik jugak sebab dia tak guna interkom pun nak panggil aku.

" Bos perlukan apa-apa ?" aku berdiri tegak di hadapannya yang tengah pandang aku dengan lemah. Apahal suami aku ni ?

" Tunggu kejap." dia bangun dari duduknya sambil mengurut dahinya yang berkerut itu.

Klik.

Pintu dikunci dari dalam olehnya kemudian dia memeluk aku dari belakang. Goyang ke kiri dan kanan, lembut saja deruan nafasnya menampar pipiku.

" Awak demam ke ?" aku turut mengikut rentaknya. Nafasnya terasa panas. Aku pusing menghadap wajahnya dan menekap tanganku di pipi Fawwaz.

" Tadi saya muntah, sakit tau perut saya." rengek Fawwaz yang sudah menarik aku duduk di sofa berbentuk L itu.

" Kenapa muntah pulak ? Pagi tadi kita breakfast sama-sama kan ? Takkan masuk angin." dia tolak tanganku yang berada di atas riba lalu menjatuhkan kepalanya. Nak manja-manja pulak suami aku ni.

" Tak tahu lah. Kepala saya ni, sakit sangat." automatik aku urut perlahan ubun-ubun Fawwaz. Risau pulak aku tengok dia yang dah pucat.

" Awak pregnant kot ?" usikku dalam ketawa kecil. Saja nak hiburkan hati dia.

" Kan ? Saya rasa saya pregnant lah, sayang.." dia angkat muka tengok aku. Tiba-tiba aku rasa tak kelakar pulak.

" Merepek ! Kejap saya nak pergi ambil panadol dengan koyok dalam beg." dalam ura-ura aku hendak bangun. Fawwaz sengaja keraskan badannya. Tak bagi aku pergi.

" Saya tak perlukan semua tu. Saya cuma nak awak temankan saya. 15 minit sahaja, sayang.." dia tutup matanya sambil meletakkan tangan di atas dahinya. Kesian pulak aku tengok Fawwaz ni.

****

Sedapnya ! Kecur liur aku tengok tomyam seafood yang mama masak, tengah panas-panas lagi ni. Ya Allah, nak je aku cedok semangkuk !

" Aip !!" mama tampar tangan aku. Auch, sakit !

" Tak masak lagi ni. Cuba bawak bersabar sikit." huhuhu kena marah dengan mama. Memuncung mulut aku !

" Nak rasa sikit ja, ma.. please !" aku merayu sepenuh hati sambil tekapkan tangan di dada. Nak sangat-sangat !!

" No. Fawwaz, meh bawak bini kamu pergi jauh-jauh dari mama. Nak masak pun tak senang." muncung berdepa-depa aku buat. Merajuk ah macam ni.

Maka mencicit lah menantu mama datang dari ruang tamu. Dua minggu lebih jugak lah Fawwaz mengalami alahan. You know what, i'm preggy mommy !

Seronok betul Fawwaz masa tahu aku jadi 'mak buyung'. Doktor tu pun ketawa. Boleh pulak dia cium aku depan doktor perempuan tu. Buat malu ja !

" Ain Syamina bt Azmi !" ha sudah, dia dah seru nama aku sekali dengan binti tu !

Sejak-sejak aku buat perangai degil ni, selalu sangat Fawwaz panggil nama penuh aku. Katanya baru aku reti dengar cakap. Walah !

" Saya nak rasa sikit ja.. siiiikit ja." aku kelipkan mata beberapa kali, seakan merayu pun ada.

" No and no ! Kejap lagi makan sama-sama dengan semua orang." Fawwaz buat perangai diktaktornya lagi.

" Benci la macam ni !" aku membawa diri ke luar rumah dengan sebak di dada. Sensitif sangat aku sejak berbadan dua ni. Entah lah, aku sendiri tak tahu kenapa aku mudah nak menangis kalau permintaanku tak dituruti.

" Biasalah tu, Waz. Pergi lah pujuk dia. Orang mengandung memang selalu cakap benci itu benci ini. Saja nak kamu caring lebih pada dia." aku dengar suara mama sipi-sipi sahaja. Huh, merajuk dengan mama sekali !

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now