12

11.3K 348 8
                                    

Pagi hujung minggu yang indah aku sudah rosak gara-gara terserempak dengan Aqil Johari ! Ahhhh semak pemandangan sahaja lah dia ni ! Aku ke kiri, dia ke kiri. Aku ke kanan, dia juga ke kanan. Apa ni ?!

" Stop it lah, Aqil !" bentakku tegas. Aku pandang kiri dan kanan. Alamak, kawasan ni sunyi ! Kenapa lah aku lalu jalan ni tadi ?

Dia mengukir senyuman yang sangat aku benci. Jika dulu dia berikan aku senyuman itu, pasti tidak tidur lena aku. Tetapi kini setelah apa yang dia lakukan pada aku beberapa bulan lepas, senyuman itu sudah tidak bermakna lagi !

" U apa khabar, Ain ?" tanya aqil setelah agak lama berdiam. Aku undur ke belakang setapak agar kami kekalkan jarak.

"Sihat. Tidur lena, bila makan perut kenyang, mandi pun masih basah." sengaja aku lunakkan suaraku dan paling penting bahu kena gedik-gedik sikit. Baru ada efek !

" Nuha. Nuha.... apa khabar ?" tak tahu atas alasan apa yang membuatkan aku untuk bertanya tentang bekas kawan baik aku.

Selangkah lagi dia mendekati aku dan aku juga melangkah setapak ke belakang. Aku mula gentar dan berdebar-debar.

" Nuha ?" dia pandang langit sesaat kemudian memandang aku semula. Dia semakin dekat denganku tetapi kakiku tidak bergerak mengikut arahan ! Bagaikan terlekat di lantai trek.

" Kenapa perlu kisahkan orang yang telah ragut kepercayaan kau ?" aku dapat agak yang dia mahu mengoles pipiku. Cepat-cepat aku pejam mata, takut pada tindakan Aqil yang seterusnya.

Tiba-tiba aku dengar seseorang jatuh mencium bumi. Di saat membuka mata, seorang lelaki menarik lenganku ke belakangnya. Fawwaz ?!!

" Itu baru sikit aku bagi ! Lepas ni, kalau aku nampak lagi kau cuba sentuh dia, mampus kau aku kerjakan !" berombak dada Fawwaz menahan amarahnya. Aku jadi tergamam dan terkejut dengan kehadirannya di sini.

Aqil di lantai ketawa sinis sambil mengesat darah di hujung bibirnya.

" Jom, Ain !" lengan bajuku ditarik oleh Fawwaz lantas kami segera berdedar dari situ. Aku ikut sahaja langkahnya kerana otakku tidak mampu mencerna kejadian tadi. Aqil aku pandang sepi.

****

PAPPP ! Terhinjut bahu apabila tiba-tiba sahaja Fawwaz menampar kuat muka meja itu. Angin sepoi-sepoi bahasa yang beralun pagi ini tidak dapat mengusir bahana marah Fawwaz sejak 15 minit kami mengambil tempat tadi. Aku pulak yang takut duduk dengan dia ni. Minuman yang aku pesan aku sedut takut-takut. Ye lah, kang dia sepak terajang dari bawah meja tak ke terjeluak air kena muka aku ?

" Apasal awak tak lari tadi ? Hisy geram pulak aku dengan budak ni !!!" bentak Fawwaz tiba-tiba. Matanya yang redup memandang aku yang sedang tayang muka seposen.

" Sa..saya pun tak tahu kenapa saya tak lari. Hei yang awak nak marah saya kenapa pulak ?!" aku turut naik angin. Ewah, ingat dia sorang boleh mengamuk ?

Fawwaz melepaskan keluhan yang kedengarannya berat. Eleh, over la dia ni !

" Siapa mamat tak reti adab tu ? Jangan cakap dia tu boyfriend awak eh ! Kalau tak saya minta mama awak putuskan hubungan kau orang berdua sekarang jugak ! Gila punya orang !" timbul segala urat di leher Fawwaz menandakan dia sedang menahan marah. Aku telan liur yang terasa pahit.

" Bekas bf dan bekas tunang. Eh awak ni, rileks lah. Saya tahu nak handle masalah saya sendiri." ujarku dengan nada yang rendah. Entah kenapa aku rasa dia overprotecting ! Rimas lah.

"Rileks awak cakap ? Awak tahu tak tadi dia nak buat apa kat awak ? Ain, awak sedar tak ni ?" tangannya dilambai-lambai di depan muka aku, bagaikan aku sedang berkhayal.

Aku ketawa sinis sambil memeluk dada.

" Bos, saya ni pekerja bos di CFY sahaja. Bukan adik bos, gf bos mahupun isteri bos ! Kalau saya hak milik bos, lain cerita lah !" aku mula hendak mengamuk ni. Ha cari pasal lagi ! Minum air jap.

" Kalau macam tu, kahwin dengan saya !"

Terus tersembur air dari dalam mulut aku. What ?!!

****

Mama berancang untuk pulang ke kampung melawat opah. Katanya sudah lama tidak menjenguk ibu kepada arwah ayah di Perak. Mujur aku kerja tiga hari seminggu sahaja jadi aku mengambil keputusan untuk ke CFY hari ni untuk melengkapkan ketiga-tiga hari itu.

Buku draf putih yang tebal itu aku capai dari rak atas kemudian duduk sekejap di tempatku. Aku harus bawa kerjaku sedikit ke kampung supaya nanti tidak kalut untuk aku siapkan episod baru. Beberapa fail nipis aku buka helai demi helai, membaca isi surat yang aku terima dari pelbagai department. Aku catat serba-sedikit di atas kertas memo sebesar telapak tangan lalu lekatkan di atas meja kaca. Siap !

Seterusnya, aku menekan butang on pada laptopku dan memeriksa email yang aku terima. Tak ada yang istimewa sangat bab email hari ni sebab selalunya ada mesej, peringatan, memo, notis, pengumuman dari pembaca-pembaca CFY mahupun pekerja-pekerja di syarikat komik ini sendiri.

Sign out. Aku membuka aplikasi yang sentiasa aku gunakan untuk melukis watak kartun. Mula-mula susah nak guna benda alah ni, tapi lama kelamaan aku dah pandai. Alhamdulillah.

" Ain, ni ada surat dari Jabatan Animasi." Farah datang menyua sepucuk surat kepadaku.

"Surat apa ?" soalanku hanya dibiarkan begitu sahaja oleh gadis muda ini. Hisy menyampah aku dengan budak bawah umur macam dia ! Berlagak sangat perangainya wey !

Surat tadi aku buka lipatannya dan...

" Warghhhhh !" jeritku seusai membaca isi surat itu. Allahu !

***

Degil. Ya, itu adalah perkataan yang sesuai untuk describe Fawwaz ketika ini. Hisy aku fikir dia ni lelaki je aku tak boleh pegang telinga dia pastu piat kuat-kuat biar tau rasa sikit ! Sibuk je nak mengekor aku pergi mana-mana pun.

" Bawak je lah, ngah. Nanti abang Waz tidur sebilik dengan aku. Kan memang selama ni aku tidur sorang kat bilik tu." abang menyampuk dari belakang. Beg sekolah jenama Body Glove dia sangkut di bahu. Ah lelaki senang lah ! Tak perlu fikir banyak pasal pakaian. Perempuan ni memang suka menyusahkan diri sikit. Contohnya aku. Ngee.

" Masuk je dalam kereta, Waz. Usah dilayan sangat perangai degil anak auntie tu. Kamu bawak baju tak ?" aku jeling mama dengan muncung itik peliharaanku. Mama ni, aku pulak dikatanya degil ?!

"Tak kira ! Saya tak nak bos ikut saya balik kampung. Lagipun kampung banyak nyamuk, bunyi cengkerik yang mungkin merimaskan bos dan kemudian efeknya kena pada saya, pastu kat sana lumpur, lintah apa semua... em.." aku berfikir sejenak. Apa lagi aku nak tipu eh..

" Ha mandi pun kat luar tau ! Pakai telaga. Bos mana reti semua tu kan ? So saya suggest bos duduk sini, take a good care of yourself." hah, puas hati aku. Senyum lembar aku ukir tanda aku bangga dengan segala mak nenek cerita yang aku reka tadi. Hah !

Tiba-tiba Fawwaz senyum. Lah, kenapa pulak dia ni ?

Pin pin ! Aku dan Fawwaz mengalih pandangan pada Aizat yang menekan hon di dalam kereta. Mama pun dah mengambil tempat di seat belakang. Haisyyy !

" Semakin banyak awak bebel, semakin membuak-buak semangat saya nak ikut awak. Jom, nanti lewat !" Fawwaz berlari anak ke tempat duduk sebelah pemandu.

Geram ! Kakiku dihentak ke tanah beberapa kali.

*****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now