25

14K 315 1
                                    

Usai solat maghrib aku ke ruang tamu untuk melihat keadaan sebenar rumah ini. Makanan semua dah tersedia cuma tinggal nak mencekik je sementara tunggu Fawwaz habis mandi. Lega hati aku melihat ruangan ini yang tadinya penuh dengan habuk tapi sekarang dah kemas dan cantik. Pandai jugak Fawwaz pilih perabot untuk rumah dia eh. Puji lah suami anda ya.

" Sayang, awak nampak tak beg-beg saya ?" sergah Fawwaz yang entah bila sampai di belakang aku. Mengucap panjang mak tau !

" Boleh tak awak bagi salam ke cuit saya dulu ke before awak bersuara dengan tiba-tiba ? Saya ni mudah terkejut tau." bebelan aku tidak dihiraukan olehnya. Heshhh sakit hati !

" Assalamualaikum." usiknya dengan nada sarkastik. Aku menjuih bibir tanda menyampah !

"Waalaikumussalam." jawabku lambat-lambat. Aku pandang dia dari atas hingga ke bawah. Apa kes ni ? Tak malu ke apa laki aku ni ?

" Ni apasal tak pakai baju ?" tambahku lagi sambil memandang ke arah lain. Malu tau tengok dia dengan berseluar paras lutut macam ni. Tuala disangkut di bahu sahaja. Fawwaz memang suka buat aku berdebar bagai nak rak macam ni.

" Thats why saya tanya awak ada nampak beg saya tak ?" tanyanya lagi.

" Cari beg buat apa ?" soalan berbalas soalan. Entah la nak..

Fawwaz sengih.

" Saya cari beg sebab nak ambil baju nak pakai la. Ke.. awak suka tengok saya macam ni ?" perlahan-lahan dia maju ke depan. Aku keras tang situ je. Otak aku tak beri isyarat agar undur ke belakang pun.

" Tepi lah. Ke..kejap saya ambilkan untuk awak." terus aku pergi dari situ sebelum apa-apa terjadi.

Di belakang pintu aku bersandar sekejap bagi menghilangkan debaran di dada. Mak aii, macam berlari 4x100 meter masa sekolah dulu tu. Usai bertenang baru aku ke almari  untuk ambil t-shirt putih tanpa lengan untuknya. Dah itu je yang sesuai duduk rumah. Tadi masa aku mengemas, kebanyakkannya baju kasual dan kemeja sahaja. T-shirt tak banyak pun.

Keluar dari bilik, aku terus beri t-shirt itu padanya yang sedang menonton televisyen. Hai la bertuah betul laki aku ni.

Dengan selambanya dia sarung baju depan aku pastu dengan muka tak bersalahnya dia main letak je tuala atas kepala aku. Hish ini sudah lebih !

" Marah ke ?"

Aku berjalan ke arah dapur untuk menyediakan pinggan.

" Tanya lagi !" jeritku dari dapur dengan bengang.

Fawwaz turut melangkah ke dapur lalu mengambil tempat di hujung meja makan. Aku letakkan pinggan dan duduk di sebelahnya.

" Nasi goreng kampung okey tak ?" tanyanya sambil menjongket kening. Ewah ingat hensem ke buat macam tu ? Tapi, memang pun ! Ihiks, gedik kau Ain !

" Saya lebih suka nasi goreng extra kampung. Jangan memain dengan saya." ketawa Fawwaz membuatkan bibir aku mengukir senyuman. Terus aku cedokkan nasi ke dalam pinggannya.

" Kampung atau bandar, saya tetap sayang awak sampai akhir hayat saya. Thank you sebab jadi isteri saya walaupun pertemuan kali pertama kita tak seindah orang lain." ujarnya dengan serius dan memandang tepat ke dalam mataku.

" Auchh manisnya ayat awak. Bersemut meja kita." gurauku. Dia menggenggam tanganku erat kemudian menciumnya dengan penuh ikhlas. Ya, aku dapat rasakannya.

****

Di CFY kami totally bertukar status, hanya sekadar pekerja dan bos sahaja. Layanannya juga macam biasa lah, serius tegas dan tak senyum. Tapi kalau berselisih dengan aku sempat pulak dia kenyit mata sampai orang lain pun perasan.

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now