32

11K 296 13
                                    

Kepalaku berdenyut sedari tadi lagi. Salah aku jugak sebab pagi tadi tak breakfast. Fawwaz menghadiri seminar jadi dia tidak boleh menemani aku untuk lunch.

Kak Maya, yang duduk di sebelah meja aku mengajakku makan sekali dan aku terus setuju. Tapi sampai ke sana, perut aku rasa sebu. Rasa nak muntah tapi aku tahan. End up aku minum sahaja sambil tunggu Kak Maya habis makan.

" Makan lah sikit. Akak tengok muka Ain pucat tu." tegur Kak Maya seusai mengambil lauk. Aku geleng kepala tanda tak mahu.

" Ain memang lapar tapi tak ada selera nak makan." ujarku dengan nada yang lemah.

" Entah-entah Ain pregnant kot." terbatuk aku mendengar statement Kak Maya. Amboi !

" Takde maknanya. Ain tak makan breakfast tadi pagi. Ni la effectnya."

" Ala, mana la tahu.. Akak cakap je." usai baca doa, terus kak Maya melantak ikan keli goreng, asam pedas semangkuk, ulam-ulaman serba sedikit. Berselera betul aku tengok, tapi tu lah.

Mampu kecur liur je la kau, Ain.

Setibanya di rumah, terus singki aku tuju untuk keluarkan apa yang ada. Fawwaz menghampiri aku sambil mengurut belakangku. Ya Allah, sakitnya. Dah la perut kosong, muntah pulak.

Berair mata aku dibuatnya. Basah habis tudung aku sebab memang tak sempat nak bukak.

" Dah ke ?" tanya Fawwaz. Aku angguk lemah sambil bersandar di para singki.

Fawwaz buang tudung aku dan sangkut di bahunya sekejap. Aku pandang dia dengan redup. Kesian dia. Tak sempat nak buang tali leher pun.

Tiba-tiba aku rasa sesuatu mula naik dari perutku dan sudah tiba di anak tekak. Terus aku pusing semula ke singki dan luakkan segalanya.

" Kita pergi klinik ya. Teruk sangat saya tengok awak." Fawwaz masih setia di sisi aku.

" Takpa, nanti malam lega lah." aku kumur mulutku dan kami beransur ke ruang tamu.

" Duduk sini dulu. Saya ambilkan awak air."

Kepalaku masih berdenyut sehingga  aku tak boleh nak balas kata-kata Fawwaz. Kenapa teruk sangat aku ni ? Sebelum ni aku ada jugak skip breakfast, tapi takda la sampai macam ni sekali.

Takkan apa yang kak Maya cakap tu betul ?

****

Seharian aku tidak bangun dari tempat tidur kerana sakit kepala yang menyerangku sejak kelmarin. Pagi tadi Fawwaz berdegil hendak ponteng kerja tapi aku berjaya yakinkan dia yang aku boleh jaga diriku sendiri. Akibat aku tak
sedar dari tidur , Fawwaz lambat ke pejabat dan tak sempat nak makan pagi. Aku jadi risau dan gelabah pulak. Aku tak nak lah dia jadi macam aku, sakit-sakit macam ni. Aku nak dia terus kuat dan sihat walaupun aku tiada di sisinya suatu hari nanti.

" Assalamualaikum." aku tekapkan telefon di telinga sambil baring mengiring. Pukul 4 pagi aku bangun muntah menyebabkan Fawwaz turut terjaga. Kesian dia..

" Waalaikumussalam, sayang okey ?" suara Fawwaz di corong telefon menyedarkan aku seketika.

" Okey ja, kenapa awak ?" aku pejam mata sambil bercakap dengan Fawwaz.

" Lemah je saya dengar suara awak. Tak tenang saya nak buat kerja kalau tak ada suara ceria awak tu. Balik ni kita pergi klinik ya ?" aku telan liur sekejap. Mataku tercelik memandang siling bilik. Fawwaz ni, suka buat cakap benda yang buat aku terharu.

" Saya o..."

" Tak, awak tak okey. Please sayang, kita pergi check eh ? For me..." Fawwaz masih berkeras memujuk aku. Sebenarnya dari semalam lagi dia ajak, tapi aku menolak sekeras-kerasnya.

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now