#1 ; Jumpa 👑

5.3K 264 4
                                    

Di Seoul , Korea

Sofia berjalan-jalan di sekitar kolejnya.

Dia memeluk tubuhnya kerana kesejukkan.

Setelah penat berjalan, dia singgah di cafe.

Sofia duduk di satu sudut yang jauh dari pandangan semua orang. Dia mengelurkan telefon samsung galaxy nya.

Dia membuka aplikasi galeri.

"Yaziq.."

Dia benar-benar rindukan kekasih hatinya, Irsyad.

Setahun Irsyad tidak menghubunginya. Tidak pernah Irsyad menghubunginya sejak Irsyad bertolak ke Jepun.

Dari jauh, seseorang memerhatikannya.

"Macam kenal je perempuan tu"

"Mana?"

"Tu ha, yang duduk dekat belakang tu"

"Kau kenal dia ke?"

Lelaki itu mengecilkan matanya.

'Yana? Yana ke tu?'

"Aku nak pergi dekat dia"

"Aku ikut"

Sedang Sofia ralit melayan perasaan, seseorang telah menegurnya.

"Yana?"

Sofia memandang orang yang menegurnya.

Dia terkedu seketika.

"Naz?"

Nazri mengangguk. Dia duduk di hadapan Sofia. Kawannya duduk di sebelahnya.

"Kau belajar dekat sini ke?" tanya Nazri.

Sofia mengangguk.

"Sepanjang aku belajar dekat sini, tak pernah pun terserempak dengan kau. Hari ni baru lah aku nampak muka kau"

"Aku pun sama, aku ingatkan kau tak sambung belajar" balas Sofia.

"Mak aku yang suruh sambung belajar"

"Ouhhhhh"

"Ehem! Aku ni tak wujud ke?"

"Ehh sorry. Yana, kenalkan ni kawan aku namanya Hairul. Rul, ni pulak kawan lama aku namanya Sofia" kata Nazri.

"Hairul Amri" Hairul menghulurkan tangannya ke arah Sofia.

"Puteri Aliyanna Sofia. Sorry, aku tak bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim"

"Ouh ok"

"Wey Naz, rindu kau"

"Haha, rindu kau jugak" Nazri tersenyum.

Sofia memandang telefon pintarnya.

Wajahnya kelihatan sungguh sayu.

"Yana, kau okay? Kenapa macam sedih je ni?" tanya Nazri.

"Aku rindu Yaziq"

"Siapa Yaziq?" soal Hairul.

"Irsyad lah" jawab Nazri.

"Ouh, Irsyad"

"Dia kenal Irsyad?" tanya Sofia pada Nazri.

"Dia kenal semua ahli 7 Prince Hots"

"Kau berasal dari mana?" Sofia memandang Hairul.

"Pahang"

"Nama 7 Prince Hots ni dah tersebar sampai ke Pahang?"

Hairul mengangguk.

"Naz, Syad macam mana? Dia sihat ke?"

"Syad tak call kau ke?"

Sofia menggeleng perlahan.

"Aku risau. Kenapa dia tak call aku?"

"Kau tak payah risau. Dia selalu contact aku. Dia sihat je dekat Jepun tu" balas Nazri.

"Kenapa dia tak pernah call aku sejak dia bertolak pergi Jepun?"

Nazri menjongketkan bahunya.

Sofia mengeluh.

"Aku pergi dulu. Kejap lagi aku ada kelas. Jumpa lagi nanti. Bye Naz, bye Rul" kata Sofia lalu bangun dari duduknya.

"Bye!!" balas Nazri dan Hairul serentak.

Sofia berlalu pergi.

Nazri mengeluarkan iphone 5 nya lalu mendail nombor seseorang.

"Kau call siapa tu?" tanya Hairul.

"Adalah. Kau senyap je"

Nazri menunggu talian disambungkan.

"Hello Naz"

"Hello Syad! Aku dah jumpa dia"

"Ye ke? Kau jumpa dia dekat mana?"

"Dekat kolej. Dia satu kolej dengan aku" jawab Nazri.

"Baguslah kalau dia satu kolej dengan kau. Aku nak kau perhatikan dia dan jaga dia"

"Baiklah"

"Okay, kalau ada apa-apa berita pasal dia, call aku. Aku off dulu, banyak kerja ni"

"Ok, nanti aku call. Bye"

"Bye!"

Nazri mematikan panggilan.

Dia tersenyum.

'Aku akan jaga dia untuk kau, Syad'

**********

Bersambung..

Sorry , bab satu ni tak menarik sangat .

Btw , hope enjoy yaa .

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now