#END ; Pengakhiran 👑

4.5K 191 107
                                    

Pada waktu malam ,

Irsyad dan Arsyad sudah berada di rumah Sofia. Mereka semua berkumpul di ruang tamu.

"Ada apa cikgu panggil saya?" tanya Irsyad.

"Tak perlu lah panggil cikgu. Panggil uncle je. Sebenarnya uncle ada benda nak bincang" jawab Encik Ammar.

"Apa benda tu?"

"Sebenarnya, hujung minggu ni uncle bercadang nak buat majlis pertunangan kamu dengan Liya. Sekali dengan majlis pertunangan Fiq"

Irsyad dan Arsyad kelihatan terkejut.

"Ber.. Bertunang?"

Encik Ammar mengangguk.

"Hujung minggu ni ke, uncle?" tanya Arsyad.

"Ya hujung minggu ni"

Irsyad terdiam.

"Jadi, kamu setuju tak?" soal Puan Atiqah.

Irsyad memandang semua yang ada di situ.

"Setuju je lah bang. Ni mungkin yang terbaik untuk abang dengan kak Sofia" kata Arsyad.

Irsyad menarik nafas sedalam-dalam rindu. Ehh bukan, sedalam-dalamnya lalu dihembuskannya.

"Kalau ini yang terbaik, Syad setuju"

"Alhamdulillah!"

"Tahniah abang" kata Arsyad.

Irsyad hanya tersenyum.

***

Sehari sebelum hari pertunangan ,

Irsyad, Arsyad dan Sofia berjalan-jalan di sekitar shopping mall.

"Esok abang dah nak bertunang. Yeah" kata Arsyad.

Sofia dan Irsyad hanya tersenyum.

"Suka betul Arqi ya" kata Sofia.

"Dah tentulah suka! Qi bakal dapat kakak ipar. Hahah"

Sofia tersenyum senget.

Dari jauh, ada mata yang memerhati mereka.

"Abang dengan akak nak beli apa lagi? Kalau tak ada , jom lah kita balik" kata Arsyad.

"Ha akak nak pergi beli coklat kejap" jawab Sofia.

"Haih coklat aje kerjanya" kata Irsyad.

"Suka hati lah"

Arsyad hanya tersenyum.

"Akak dengan abang pergilah. Qi tunggu dekat kereta. Ok bye" Arsyad terus berlalu dari situ.

Sofia dan Irsyad pula pergi ke tempat jual coklat.

Arsyad berjalan keluar dari shopping mall itu. Semasa dia sedang berjalan ke tempat letak kenderaan, dia terasa seperti dirinya diikuti. Dia memandang ke belakang. Tiada sesiapa.

Arsyad terus berjalan ke arah kereta Irsyad.

Tiba-tiba mulut dia ditekup. Arsyad meronta-ronta namun tidak berjaya dilepaskan. Beberapa minit kemudian, dia pengsan.

"Angkat dia"

Arsyad diangkat masuk ke dalam sebuah van.

"Tinggal lagi dua orang je"

Selesai saja Irsyad dan Sofia membeli coklat, mereka berjalan ke arah tempat letak kereta.

"Eh mana Arqi?" tanya Sofia.

Irsyad melihat ke dalam kereta. Tiada. Dia melihat sekeliling.

"Qi! Qi!" panggilnya.

Sofia dan Irsyad mencari Arsyad.

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now