#48 ; Berkenalan Dengan Pembantu Rumah 👑

2.7K 129 10
                                    

Afieq dan Sofia berjalan turun ke bawah.

"Ish, penat lah nak turun. Dukung aku wehh" kata Afieq.

"Jangan nak mengada eh. Turun sendiri"

Tiba saja di tangga tingkat dua,

"Lenguh pulak kaki aku. Abang, angkat aku" kata Sofia sambil mengelip-ngelipkan matanya.

Afieq memandangnya dengan riak tak puas hati.

Dengan hati yang tidak rela, Afieq mengangkat Sofia dengan bride style. Fuyo.

"Wehh! Jangan lah angkat aku macam ni! Aku takut lah woi!"

"Hish, jangan gerak-gerak lah. Jatuh nanti" balas Afieq.

Afieq dengan berhati-hati turun tangga.

Di tangga akhir,

"Alahaii, sweetnya. Suami isteri ke?" kata seorang perempuan yang kelihatan agak tua dua tahun dari Afieq.

Afieq dengan segera menurunkan Sofia.

"Suami isteri ke ni?"

"Eh , bukan. Ni adik saya" kata Afieq.

"Ouh, adik-beradik rupanya. Kawan Qi eh?"

Afieq dan Sofia mengangguk.

"Adik saya ni girlfriend nya si Irsyad" kata Afieq.

Sofia menjeling.

"Ouh, girlfriend tuan muda ya. Saya Ain. Pembantu rumah ni"

Sofia dan Afieq hanya mengangguk.

"Eh, kak Sofia, abang Wan. Jom lah makan. Kenapa tercegat lagi dekat situ?" Arsyad mencelah.

"Ha ok"

Afieq dan Sofia turun ke bawah.

"Em, muka dia macam Putera Fiq. Kamu ni Putera Fiq ke?" tanya Ain sambil menilik wajah Afieq.

"Er, ye. Saya Puteri Fiq. Adik saya Puteri Liya"

"Wah, tak sangka Qi kawan dengan Putera Fiq" kata Ain pada Arsyad.

"Hehe, jom lah ke dapur"

Sofia dan Afieq mengikut Arsyad ke dapur.

Di dapur, kelihatan meja makan besar di tengah-tengah. Di atas meja makan, terdapat pelbagai jenis makanan dan dessert.

"Wow, banyaknya. Siapa yang nak habiskan semua ni?" kata Sofia.

"Aku lah yang akan habiskan" jawab Afieq lalu duduk.

Sofia turut ikut duduk.

"Kalau abang Wan nak habiskan, habiskan je lah" kata Arsyad.

"Memang biasa makan banyak macam ni eh?" soal Sofia pada Arsyad.

"Em. Tak ada lah banyak macam ni. Ni pun Qi yang suruh sebab akak dengan abang lapar kan? Kadang-kadang, yang tak habis tu, Qi suruh Mak Munah bagi jiran terdekat" balas Arsyad.

"Ada jiran ke dekat sini? Abang tak nampak rumah berdekatan pun" kata Afieq.

"Ada. Cuma rumah jiran jauh sikit dari sini"

"Ouh. Qi dah makan? Jom lah makan sekali" ajak Sofia.

"Tak apa. Qi tak lapar. Akak dengan abang makan lah ye. Kalau dah habis, biarkan aje pinggan dengan cawan tu. Nanti mak Munah tolong basuhkan"

Sofia dan Afieq mengangguk tanda faham.

"Qi naik bilik dulu. Ada kerja sikit. Kalau ada apa-apa masalah, panggil je Qi. Bilik Qi belah kiri nombor dua. Ok?"

"Ok!"

Arsyad pun berlalu pergi.

Afieq dan Sofia mula mengambil makanan masing-masing.

"Assalamualaikum"

Afieq dan Sofia serentak menoleh.

"Waalaikumussalam" jawab mereka berdua.

"Anak berdua ni kawannya si Qi ke?"

Afieq dan Sofia mengangguk perlahan.

"Mak cik ni , mak Munah eh?" tanya Sofia .

"Ye. Saya mak Munah. Pembantu rumah ni"

"Ouh mak Munah. Mari lah duduk sebelah saya. Kita berborak-borak" kata Sofia.

"Eh, tak apa. Mak Munah ada banyak lagi kerja dekat dapur tu" tolak Mak Munah.

"Ala. Tak apa lah. Borak kejap je"

"Nanti Qi marah mak Munah"

"Qi pernah marah mak Munah ke? Tengok muka budak tu, macam muka budak baik je" celah Afieq.

"Tak. Qi tak pernah marah. Dia memang budak baik. Semua orang dia layan dengan baik. Dia tuh peramah"

"Syad pernah marah mak Munah tak?" soal Sofia.

"Tuan muda? Perangai dia memang dingin. Kadang mood dia baik, dia layan orang dengan baik. Kadang mood dia dingin, dia jadi cepat marah" jawab mak Munah.

"Ish-ish, tak boleh jadikan suami tu" kata Afieq sambil menggelengkan kepalanya.

Sofia memukul bahu Afieq.

"Cakap tu elok-elok sikit eh. Dia tu bakal adik ipar kau"

"Bakal adik ipar? Tuan muda bakal berkahwin dengan cik ke?" tanya mak Munah pada Sofia.

"Hehe, tak payah lah panggil saya cik. Panggil Sofia je"

"Ye mak Munah. Adik saya ni bakal berkahwin dengan Syad. Tapi kena tunggu Syad pulih dari amnesia lah" kata Afieq.

"Hm, banyakkan bersabar lah ya"

"Inshaallah. Mak Munah memang dah lama tinggal dekat sini ke?" tanya Sofia.

"Boleh lah lama. 5 tahun mak Munah duduk sini"

"Mak Munah ni asal mana?"

"Pahang. Mak Munah ada dua orang anak. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Yang perempuan tu dah kahwin. Yang lelaki pulak masih belajar" kata mak Munah.

"Dia belajar mana?" soal Sofia.

"Korea"

"Ye ke? Saya pun belajar dekat Korea jugak. Siapa nama anak mak Munah tu?"

"Nama dia Hairul Amri"

*****

Bersambung...

Hello,

Em, rasa macam tak berapa syok pulak part ni kan ?

Huhu. Tak apa lah.

Next bab nanti , inshaallah cerita gempak.

Hoho

Ok, gudnite !

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now