#27 ; Bakal Kakak Ipar ?👑

2.9K 128 0
                                    

Afieq dan ahli keluarganya berada di KLIA. Termasuklah 7 Prince Hots.

Afieq menyalam tangan Puan Atiqah dan Encik Ammar. Kemudian dia menghampiri Sofia.

"Bila kau balik Korea?" soal Afieq.

"Lepas tinggal dekat Jepun 2 hari , aku balik lah Korea"

"Ouhh, belajar rajin-rajin ye" Afieq mengusap kepala Sofia.

Sofia hanya tersenyum.

"Baiklah abang!"

Afieq mendekati Irsyad pula.

"Nanti dah sampai Jepun, jaga adik aku elok-elok tau? Jangan biarkan dia keseorangan. Dia bukan pun tahu tempat-tempat dekat Jepun tuh" pesan Afieq pada Irsyad.

"Okay. Jangan risau. Aku akan jaga dia"

"Ok. Kirim salam dekat keluarga kau ok? Aku nak ikut pergi Jepun sebenarnya, tapi aku ada kerja dekat Los Angeles. So, tak dapat ikut lah" kata Afieq.

"Tak mengapa. Aku paham"

"Ok lah. Aku pergi dulu. Bye semua!!" Afieq melambaikan tangannya sambil masuk ke dalam balai berlepas.

"Bye!!" semua melambaikan tangannya.

"Malam ni kita pulak. Dah pack barang belum?" soal Irsyad pada Sofia.

"Dah! Huu, tak sabar nak pergi Jepun!" balas Sofia dengan riang.

Irsyad hanya tersenyum.

"Liya, kami nak balik nih. Nak ikut balik sama ke?" tanya Puan Atiqah pada Sofia.

"Tak apa mama. Biar dia keluar dengan saya" kata Irsyad.

"Hamboi kau. Belum apa-apa lagi dah panggil mama ye?" kata Adam sambil tersenyum sinis.

"Eh, biar lah!" Irsyad menjelirkan lidahnya.

Puan Atiqah hanya tersenyum.

"Tak apa. Nanti Syad hantar Liya pulang ye?"

Irsyad menganggukkan kepalanya.

Puan Atiqah dan Encik Ammar pun berlalu pergi dari situ.

"Kami pun nak balik jugak nih. Barang belum pack lagi wehh" kata Nazri.

"Kau dah nak balik Korea ke Naz?" tanya Sofia.

"Yelah. Buat apa lama-lama dekat sini? Assignment aku banyak lagi yang tak siap"

"Kau balik dengan Rul ke?"

"Tak. Aku balik sorang. Rul balik esok" jawab Nazri.

"Korang semua pun balik juga ke?" Sofia memandang mereka berenam.

"Yelah. Malam nih flight kami" balas Iqmal.

Sofia hanya mengangguk tanda faham.

"Ok lah. Kami balik villa dulu. Bye!" mereka berenam terus melangkah pergi.

Tinggallah Sofia dan Irsyad berdua.

"So, kita nak pergi mana?" Sofia mengangkat sebelah keningnya.

"Em, kau nak pergi mana?"

"Kau tanya aku nak pergi mana? Seriously? Jangan menyesal" kata Sofia sambil tersengih-sengih.

"Tak payah lah! Aku tahu sangat kau nak pergi mana. Em, kita pergi cafe yang dekat-dekat dengan tasik"

"Huh, tadi tanya aku nak pergi mana. Tapi dia tak nak dengar pulak" Sofia mencebik.

"Hehe, kita pergi cafe dulu. Makan-makan. Lepastu baru lah kita pergi shopping mall ya?" kata Irsyad dalam nada memujuk.

Serta-merta senyuman Sofia terukir di bibirnya.

"Betul ni?"

"Iye sayang" Irsyad mengangguk.

"Ok jom" Sofia menarik tangan Irsyad.

Irsyad tersenyum melihat gelagat Sofia.

***

Natasya melangkah ke pejabat Irsyad. Walaupun dia tahu bahawa tiada Irsyad di situ, kakinya tetap ingin menjejakkan kaki ke situ.

Tok! Tok!

Pintu pejabat diketuk.

"Masuk!" sesorang melaung dari dalam pejabat itu.

Dan semestinya suara itu bukan milik Irsyad.

Natasya membuka pintu lalu masuk ke dalam. Kelihatan sesorang sedang menulis sesuatu di atas meja dengan tekun.

"Kau lagi? Dah tak ada orang lain ke nak ganti tempat abang kau?" Natasya mengangkat kening kirinya.

Arsyad memandang Natasya.

"Yang kau gedik sangat nak masuk sini apa hal?"

"Huh, bila abang kau nak balik eh? Rasa menyemak pulak tengok muka kau dekat pejabat ni" Natasya berjalan menghampiri meja itu.

"Kalau dah rasa menyemak, pergi lah berambus! Tu pun nak suruh aku ajar ke?" kata Arsyad.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku eh. Kau kena ingat, aku nih bakal kakak ipar kau"

"Bakal kakak ipar aku? Heh, tengok gaya kau macam nih, memang kau kena reject awal-awal lah. Jangan nak berangan jadi kakak ipar aku" balas Arsyad.

"Kalau aku betul jadi kakak ipar kau?"

"Aku tak akan terima dan ianya sangat mustahil untuk kau jadi kakak ipar aku" Arsyad tersenyum sinis.

Natasya mengetap bibirnya.

"Aku akan pastikan yang aku akan jadi isteri Haziq!" kata Natasya lalu menghentak meja.

"Aku pulak akan pastikan yang muka kau ni bukan isteri abang aku!"

Natasya memandang tajam ke arah Arsyad. Arsyad juga membalas pandangan itu.

"Baik kau berambus dari sini" kata Arsyad.

Natasya mendengus geram lalu keluar dari pejabat itu.

Arsyad meraup kasar mukanya.

"Hish! Masalah betul lah perempuan tu!"

*****

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now