#74 ; Adam Rindu Irsyad 👑

2.6K 134 11
                                    

Mereka berempat turun dari kapal terbang itu dengan membawa beg pakaian masing-masing. Ya, mereka sudah tiba di Malaysia iaitu tanah tumpah darah dan tanah air mereka . hahaha 😂

"Akhirnyaa , sampai pun. Welcome back to Malaysia!" kata Afieq sambil merengganggkan tangannya.

"Oit. Behave please. Kau tu model terkenal. Nanti jatuh air muka kau kalau ada orang tengok kau macam tuh" kata Sofia.

"Hehe. Weh jom pergi makan. Lapar lah" Afieq menepuk-nepuk perutnya sambil membuat muka comel.

Sofia dan Irsyad memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Ha jom lah. Qi pun lapar ni" kata Arsyad.

"Sabar lah. Tunggu yang lain sampai" balas Sofia.

"Siapa yang lain tu?" tanya Afieq.

"Kawan aku lah, abang oi" jawab Irsyad.

"Ouh. Korang tunggu lah yang lain tu. Aku dengan Qi nak pergi makan dulu. Nak pesan tak?"

"Chicken chop!" kata Sofia dan Irsyad serentak.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Sibuk je nak chicken chop" kata Sofia.

"Eh suka hati aku ler" balas Irsyad.

"Err, air?" tanya Arsyad pula.

"Nak teh ais!" celah Adam.

Serentak mereka berempat memandang Adam. Adam tersengih. Di sebelahnya ada teman wanitanya. Siapa? Ika ler.

"Kau balik dengan budak ni?" tanya Irsyad.

Adam memandang Irsyad.

"Kau kenal aku?"

"Gila tak kenal kau? Kau kan Adam Mikael. Budak egois" kata Irsyad.

Tiba-tiba Adam memeluk Irsyad.

"Syad!! Aku rindu kau!!"

"Oiii lepas lah" Irsyad menolak badan Adam.

"Serious ke ni kau, Syad?!" Adam memegang pipi Irsyad. Dicubit-cubitnya dan ditampar-tamparnya.

"Sakit la bongok!" Irsyad menepis tangan Adam.

"Sah! Ni memang Irsyad Haziq"

"Memang lah aku Irsyad Haziq. Dah tu, selama ni aku apa?" kata Irsyad.

"Selama ni perangai kau macam gampang tahu tak? Aku benci kau yang dulu. Waktu kau amnesia"

"Ni aku dah pulih, kau benci lagi tak?" Irsyad mengangkat-angkat sebelah keningnya.

Adam menggeleng.

"Makin sayang lah wehh" Adam memeluk leher Irsyad.

"Please, go away from me" Irsyad menolak badan Adam sekali lagi.

"Adel, kenapa happy go lucky sangat hari ni?" tanya Sofia.

"Gila tak happy?! Kawan dingin aku dah sembuh!!" kata Adam sambil ketawa-ketawa.

Dah macam orang gila 😂

"Awak ni dah kenapa macam orang gila?" tegur Ika.

"Dia terlampau gembira ni. Mungkin lupa makan ubat?" kata Sofia.

"Jahatnya kau!" Adam menjeling.

Sofia tersengih.

"Oit! Aku nak pergi beli makanan ni! Kau nak air apa?" Afieq mencelah setelah lama dipalaukan.

"Aku nak milo ais" kata Sofia.

"Hot chocolate" kata Irsyad.

"Nak teh ais!" kata Adam.

"Aku tak tanya kau lah" Afieq memandang Adam.

"Alaaa, apa salahnya kalau tolong belikan untuk aku?" Adam mengerdip-ngerdipkan matanya.

"Ok nanti Qi belikan" kata Arsyad pada Adam.

"Eh Qi, kau pun ada juga? Hahah maaflah, aku tak perasan kewujudan kau"

"Memang lah kau tak perasan kewujudan adik aku kalau kau dah terlampau gembira" kata Irsyad.

"Hehehe" Adam tersengih.

"Arqi dengan Ika satu umur kan?" tanya Sofia.

"Ya. Diorang satu umur" balas Adam.

"Siapa tu, kak?" tanya Arsyad pada Sofia sambil menunjuk ke arah Ika.

"Itu girlfriend Adam. Ika namanya. Satu umur dengan Arqi lah"

"Ouhh" Arsyad mengangguk.

"Ha awak. Ini Arsyad Hazqi. Adik Syad" Adam memperkenalkan Arsyad pada Ika.

Ika hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Dah aku pergi makan dulu. Korang tunggu sini sementara nak menunggu yang lain tiba" kata Afieq.

"Baiklah"

Afieq dan Arsyad pun melangkah meninggalkan mereka di situ.

"Bila kau pulih ni doh?" tanya Adam pada Irsyad.

"Baru semalam"

"Seriously baru semalam?"

Irsyad mengangguk.

"Kau ajak budak ni balik sini ke, Adel?" soal Sofia.

"Yup. Lagipunkan, suka hati aku lah nak bawak dia ke tak" balas Adam.

Sofia menjeling.

"Haih, mana budak-budak ni?" kata Irsyad sambil matanya memerhati sekeliling.

Tiba-tiba matanya tertacap pada kelibat Syukri dengan seorang perempuan disebelahnya.

"Weh tengok tu!" kata Irsyad sambil menunjuk ke arah Syukri.

Serentak Sofia, Adam dan Ika menoleh.

"Fuyoo, Syuk bawak awek lah siaa" kata Adam.

"Siapa perempuan tu eh? Macam kenal" kata Sofia.

Makin lama, Syukri dan perempuan itu menghampiri mereka.

"Yow, geng!" sapa Syukri.

Mereka tidak membalas. Sebaliknya tekun melihat wajah perempuan itu.

"Woi! Apa hal ni?" tanya Syukri.

"Siapa ni weh?" tanya Adam sambil memandang perempuan yang berada di sebelah Syukri.

"Ouh this is my girlfriend" Syukri tersengih.

"Wah, Rian dah ada girlfriend. Siapa nama?" soal Sofia.

"Eh korang dah tak kenal dia ke?" Syukri mengangkat sebelah keningnya.

"Kami kenal dia ke?" kata Adam.

Syukri tersengih. Dia memandang Irsyad.

"Ini Siti Salina. Budak yang tergila-gilakan Syad dulu" Syukri tersenyum.

Sofia, Adam dan Irsyad terkejut.

"What? Salina?!"

*****

Bersambung..

Promote Story :

~Bahagiakan Aku Sekejap Sahaja
By ; Shazmirul

~Bahagia Aku Cuma Sementara
By ; Adlynz

Jemput baca yaa 😘

Marii support story di atas

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now