#78 ; Harris ? 👑

2.4K 118 3
                                    

Natasya menghubungi Nadia.

Talian disambung..

"Hello Nad. Apa maklumat?"

"Hello. Diorang ada dekat Johor"

"What?! Buat apa diorang pergi Johor?"

"Nak melawat kubur arwah ibubapa Syad"

"Em, nanti diorang balik KL tak?"

"Tu aku tak tahu"

"Haih, kenapa kau tak tahu? Kau patutnya tanya dia! Lain kali tanya macam-macam soalan. Dah, aku off dulu. Banyak kerja aku kena buat" Natasya terus mematikan panggilan.

"So, macam mana?" tanya Zack.

"Macam mana apa? Kita kena gerak ke Johor. Aku nak kau perhatikan diorang. Dah jom"

Mereka berdua berlalu dari situ.

***

Irsyad dan Sofia berjalan masuk ke dalam shopping complex.

"Kau nak beli barang dapur apa? Aku rasa tak perlu kot beli banyak bahan sebab kita tak lama pun kan dekat rumah kau tu. Kita bila bahan cukup-cukup untuk dua hari je" kata Sofia.

"Suka hati kau lah. Kau lah yang beli. Aku tak tahu sangat pasal barang dapur ni"

"Aduh kau ni. Dah, aku beli maggie banyak-banyak. Cukup stok untuk dua hari"

"Muak lah hari-hari makan maggie. Belilah makanan lain juga" balas Irsyad.

"Ok kau tolong belikan makanan. Aku nak pergi beli minuman"

"Eh kau tahu ke selok belok dekat sini? Nanti sesat padan muka kau"

"Kalau aku sesat, aku call lah kau. Apa susah"

"Haih yelah. Jangan lama-lama sangat. Aku risau ni" kata Irsyad.

"Kau nak risau kenapa? Aku dah besar lah"

"Aku takut kau hilang je"

"Hek eleh. Dah lah, pergi beli makanan" balas Sofia.

"Yelah"

Mereka pun berpecah.

Irsyad pergi ke arah tempat untuk membeli makanan. Tiba-tiba ada seseorang menegurnya.

"Eh Syad! Sejak bila muncul dekat Malaysia ni? Setahu aku kau dekat Jepun" kata seorang lelaki yang bernama , Harris.

Irsyad memandang Harris.

"Aku kenal kau ke?"

"Kau tak kenal aku? Cuba cam betul-betul muka aku ni"

Irsyad merenung sedalam-dalamnya wajah Harris.

'Macam pernah jumpa' kata hati Irsyad.

Beberapa minit kemudian, Irsyad membuat muka terkejut.

"Kau.. Kau yang pukul Sofia dulu?"

(Sila rujuk buku pertama. Bab berapa? Maaf, saya lupa😂)

"Ingat pun kau. Nama aku Harris" Harris menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Irsyad.

Irsyad hanya memandang. Dia hanya mendiamkan diri tanda tidak mahu berjabat tangan.

"Aku tahu kau tak maafkan aku lagi. Tapi apa salahnya kan kalau kita berjabat tangan?" kata Harris.

Dengan perlahan-lahan Irsyad berjabat tangan dengan Harris.

Harris tersenyum.

"Aku minta maaf sebab pernah pukul Sofia dulu"

Irsyad melepaskan tangannya.

"Tak apa. Aku maafkan" Irsyad terus berlalu dari situ.

Harris senyum sinis.

"Perangai dingin dia masih ada lagi" kata Harris sendirian.

***

Arsyad merajinkan dirinya dengan mengemas dapurnya. Meja makan dilapnya, pinggan dan cawan dicucinya. Perabot-perabot dilapnya sehingga licin dan lantai dimopnya.

"Rajinya" tiba-tiba Iqmal muncul.

Arsyad memandang Iqmal.

"Eh abang Mal. Jangan pijak lantai tu. Qi baru bersihkan. Kalau kotor, Qi mop abang Mal sekali" kata Arsyad.

Iqmal ketawa.

"Sejak bila Qi pandai buat lawak?"

"Qi tak buat lawak ok. Qi cuma bagitahu supaya jangan pijak lantai tu" balas Arsyad.

"Hm yelah. Syad mana?"

"Abang pergi beli barang dapur dengan kak Sofia"

"Perhh pergi berdua je. Tak ajak aku pun" kata Iqmal.

"Ehh sibuk je abang Mal nak ikut"

"Biar ler"

"Abang Mal tak ada kerja kan? So, tolong sapu sampah dekat ruang tamu" kata Arsyad.

"Sapu sampah? Boleh je. Mana penyapu?"

"Ada dekat stor. Pergilah ambil"

"Ok" Iqmal terus berlalu ke arah stor.

Diambilnya penyapu dan penyodok lalu berjalan ke arah ruang tamu dan mula menyapu.

Iqmal menyapu sambil bernyanyi-nyanyi.

"Musnah! Musnahlah segalanya cintaaa. Yang telah kita bina! Dirimu yang terus-terus ku cintaaaa!!" Iqmal bernyanyi.

"Woi! Jangan nyanyi la. Musnah nanti barang-barang kaca" Adam muncul.

Iqmal menjeling.

"Sibuk lah!"

"Huu rajinnya menyapu" kata Adam.

"Ya aku tahu aku rajin. Terima kasih"

Adam pula menjeling.

"Perasan"

"Dah, jangan kacau. Aku sebat kau guna penyapu ni nanti" kata Iqmal.

"Nak tolong juga kemas. Aku bosan ni"

"Ha abang Dam nak tolong ke?" celah Arsyad.

Adam mengangguk.

"Abang Dam tolong lap tingkap. Boleh?"

"Ok boleh je"

Mereka pun mula mengemas ruang tamu.

*****

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now