#80 ; Bergambar 👑

2.6K 124 0
                                    

Mereka sekarang sedang berada di tanah perkuburan. Mereka sedekahkan alfatihah pada arwah. Selepas membaca doa, Irsyad dan Arsyad membersihkan kubur arwah mummy dengan daddynya.

Irsyad memegang batu nisan kubur arwah Dato' Irfan.

"Daddy. Kenapa daddy tinggalkan Syad dengan Qi?"

Yang lain hanya mampu melihat saja. Arsyad mendekati Irsyad.

"Sabar lah, bang. Ni semua ujian untuk kita"

Irsyad memandang Arsyad.

"Aku rindu daddy dengan mummy"

"Ya abang. Qi pun rindu arwah mummy dengan daddy" kata Arsyad.

"Kalau rindu pada mereka, sedekahkan lah doa supaya mereka tenang di sana" kata Salina.

Arsyad dan Irsyad memandang Salina. Mereka berdua mengangguk.

"Dah, mari balik"

Mereka pun berlalu pulang ke rumah.

***

Masuk saja ke dalam rumah, Afieq terus merebahkan badannya ke atas sofa.

"Besok aku nak balik KL" kata Afieq.

"Ya. Aku ikut kau. Korang nak balik KL juga ke?" tanya Sofia pada semua yang ada di situ.

"Kami nak balik KL juga. Dah lama tak balik villa" kata Adam.

"Kami kena pulang ke luar negara. Banyak kerja kena buat" kata Liana.

"Arqi nak ikut balik KL juga ke?" Sofia memandang Arsyad.

"Nak. Qi nak tengok juga vill 7 Prince Hots tu macam mana. Sambil-sambil tu boleh lah berkenalan dengan ibubapa kak Sofia"

"Emy, kau nak balik KL juga ke? Kau boleh tinggal dekat rumah aku dulu" kata Sofia pada Emily.

"Eh boleh ke?"

"Boleh je. Macam lah kau tak pernah tidur dekat rumah aku"

"Okay!"

"Ehh suka hati kau je bawak budak ni balik rumah" kata Afieq.

"Alah, biar lah. Sibuk je abang Fiq ni" Emily menjelirkan lidahnya.

Afieq menjeling. Sofia hanya ketawa. Dia mengeluarkan telefon samsungnya.

"Ambil gambar ramai-ramai jom" kata Sofia.

"Siapa nak ambil gambar?" tanya Syukri.

Sofia terdiam sebentar.

"Haa, abang lah tolong ambilkan" Sofia menghulurkan telefonnya pada Afieq.

"Asal aku pulak?"

"Alaaa , bolehlah bang. Please"

"Haih yelah-yelah. Aku jugak yang kena" Afieq mengambil telefon Sofia.

"Ha abang bangun. Kami nak bergambar dekat sofa ni. Yang lelaki berdiri di belakang"

Lalu, mereka pun mula menyusun tempat. 😂

Di atas sofa , dari hujung Sofia sebelahnya Emily sebelahnya lagi Julia sebelahnya Liana sebelahnya lagi Ika dan sebelah Ika, Salina.

Yang lelaki berdiri di belakang sofa.

"Dah sedia?" tanya Afieq.

"Dahh!!"

Afieq pun mengambil gambar mereka. Macam-macam gaya ada. Kalah gaya dia sebagai model😂

"Dah-dah. Penuh storan aku" Sofia bangun lalu mengambil semula telefonnya dari Afieq.

Sofia mendekati Irsyad.

"Syad, selfie jom"

"Amboi. Kalau bergambar dengan Syad tak penuh pulak storan" kata Nazri.

"Shut up! Nah, tolong ambilkan gambar" Sofia memberi telefonnya pada Nazri.

"Pergh, cantik muka kau nak suruh aku ambilkan gambar"

"Ya aku tahu aku cantik. Dah, jangan banyak bunyi lagi. Tolong ya" balas Sofia.

"Huh yelah"

Sofia berdiri di sebelah Irsyad.

"Nak berapa gambar ni?"

"Lima cukup lah"

"Okay"

Nazri dengan kerelaan hatinya menolong mengambil gambar mereka.

"Ok dah cukup lima" kata Nazri.

"Eh kejap. Arqi! Mari berdiri sebelah akak" Sofia memanggil Arsyad.

Arsyad pun berdiri di sebelah Sofia. Sofia berada di tengah-tengah.

"Sabar je lah, Naz" kata Amirul.

"Ye memang aku tengah menahan sabar ni. Ha, nak berapa?"

"Lima jugak" balas Sofia.

Sekali lagi, dengan kerelaan hatinya Nazri mengambil gambar.

"Ok nah! Dah, jangan nak suruh aku lagi" Nazri mengembalikan semula telefon Sofia.

"Hehe terima kasih, Naz" Sofia mengambil telefonnya.

"Sama-sama"

Sofia membuka datanya.

Mesej daripada Nad😘

'Kenapa dia ni selalu sangat chat aku?' tanya hati Sofia.

"Assalamualaikum, Fia!"

"Ya waalaikumussalam. Ada apa?"

"Nak tanya je, nanti kau balik KL tak?"

"Balik esok. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa lah. Kirim salam dekat ibubapa kau ya"

"Ok inshaallah"

Setelah mendapat bluetick daripada Nadia, Sofia terus keluar dari aplikasi WhatsApp lalu membuka aplikasi Instagram.

Dia melihat gambar yang dia post semalam.

"Wah banyaknya komen"

"Apa yang banyak komen?" celah Irsyad.

"Tak ada apa-apalah. Sibuk je"

Sofia membaca komen-komen tersebut.

Komen:

"Wahh Arsyad!"

"Hensem lah Arsyad!"

"Lama Arsyad tak post gambar"

"Arsyad cute!"

"Arhhh comelnya Arsyad"

"OMG! I love Arsyad!"

"Arsyad so cool!"

"Arsyad!! Lama tak nampak"

"Wahh Arsyad so smart"

Sofia malas mahu membaca komen yang selanjutnya. Yelah, dia yang post gambar, tapi Arsyad yang lebih dapat pujian. Huh.

Sofia menyimpan kembali telefonnya.

"Dah lah. Aku nak naik atas , nak kemas barang" kata Sofia.

"Ha jomlah. Aku pun nak kemas barang jugak" balas Emily.

Lalu mereka pun naik ke tingkat atas.

*****

Bersambung...

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now