#65 ; Putera Fiq & Puteri Liya 👑

2.8K 121 2
                                    

Arsyad berjalan menuju ke arah kantin. Tiba-tiba seseorang menegurnya.

"Hazqi!"

Arsyad berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Man!" Arsyad berlari-lari anak menuju ke arah Azman, kawan rapatnya.

"Weh. Lama tak nampak kau. Apa cerita?"

"Tak ada cerita apa pun. Kau tahu kan yang aku kemalangan hari tu?"

"Ya. Aku tahu. Takziah untuk kau dengan abang kau" kata Azman.

"Hm. Mana Fifi?" tanya Arsyad sambil matanya meliar-liar mencari kelibat kawan rapatnya yang lagi sorang.

"Huh mamat tuh. Pergi dating la"

Arsyad tersenyum senget.

"Dengan Mira?"

"Dengan Mira la. Dah tu siapa lagi" balas Azman.

"Mana lah tahu dah bertukar pasangan"

"Tidak mungkin la. Fifi tu setia orangnya"

"Haah. Tak macam kau kan? Tak cukup sorang" perli Arsyad.

"Eeh kau. Sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman bercinta. Kau tu bila lagi?"

"Tak perlu kot ada pengalaman bercinta. Tak penting" kata Arsyad lalu memulakan langkah ke kantin.

Azman berjalan di sebelah Arsyad.

"Penting lah weh. Nanti kau tak ada kekok sangat bila bercinta" balas Azman.

"Hm. Nak bercinta dengan siapa?" Arsyad memandang Azman.

"Tak perlu susah-susah cari. Bella kan ada" Azman tersengih-sengih.

"Bella? Hm" Arsyad terdiam.

Bella. Atau nama penuhnya Nurul Nabila , seorang gadis yang comel. Bersopan santun , ayu dan berbudi bahasa. Perangainya yang lemah lembut itu membuatkan dirinya diminati ramai lelaki. Dia juga merupakan pelajar cemerlang. Mukanya sentiasa dihiasai dengan senyumannya yang manis. Dia seorang yang peramah namun dia juga seorang yang pemalu.

Ramai lelaki yang cuba untuk mendapatkan hatinya. Namun tidak semudah itu. Dia tidak mudah tertarik dengan ayat-ayat manis lelaki. Dia sentiasa menjaga batas pergaulan antara lelaki. Banyak-banyak pelajar lelaki yang ada di sekolah itu, dia hanya meminati seorang saja. Iaitu.

Arsyad Hazqi.

"Hoi termenung!" seseorang menepuk bahu Arsyad.

Arsyad tersentak. Dia menoleh ke tepi.

"Fifi!"

Hafifi tersengih.

"Termenung teringatkan siapa? Teringatkan aku ke?" Hafifi memandang Arsyad sambil tersengih-sengih.

"Buat apa nak teringatkan kau?"

"Manalah tahu kalau kau rindu aku"

"Huh. Tak ada masa nak rindu kau"

Hafifi mencebik.

"Lama kau tak datang sekolah. Seronok bercuti?" Hafifi mengangkat sebelah keningnya.

"Eh seronok sangat"

"Jadah lah kau seronok. Terperap dalam rumah je. Seronok apa?" kata Hafifi.

Arsyad tersengih.

"Abang kau sihat?"

"Alhamdulillah. Setakat ni dia masih hidup lagi" jawab Arsyad.

"Abang kau cedera apa je?" tanya Azman pula.

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now