#46 ; Keluar Dari Hospital 👑

2.6K 128 1
                                    

Hari ni Sofia dah boleh berambus dari hospital itu. Cuma Irsyad saja yang belum boleh keluar. Doktor kata lusa baru dia boleh keluar.

Sofia sedang termenung sambil memandang je arah luar tingkap kereta yang dipandu oleh Arsyad. Afieq di tempat duduk belakang sedang tidur sambil menyumbatkan earphone ke dalam telinganya. Earphone, sumbat dalam telinga lah kan. Takkan dalam mulut pulak.

Haha. Kk, tak lawak.

Mereka sekarang sedang menuju ke arah rumah keluarga Irsyad dan Arsyad.

Sofia asyik teringat akan kata-kata Fitri bahawa nyawa dia dan Arsyad dalam bahaya.

'Apa yang perlu aku buat? Kena bagitahu Arsyad ke?' soal hatinya.

"Kak Sofia"

Sofia tidak dengar. Dia masih termenung.

"Ohh kak Sofia"

Masih tak layan.

"Kak Sofia oii!" jerit Arsyad.

Sofia tersentak. Afieq tersedar.

Eh, macam mana dia boleh tersedar? Sumbat earphone tu tak buka lagu ke?

"Kenapa?" tanya Sofia sambil memandang Arsyad.

"Kenapa termenung?"

"Er, tak ada apa-apa lah" Sofia memandang ke hadapan.

"Kau apa hal menjerit?" tanya Afieq pada Arsyad.

"Tadi panggil kak Sofia, dia tak dengar. Sebab tu lah Qi jerit"

"Qi?"

"Ye. Tu nama panggilan saya. Nama sayakan Arsyad Hazqi" jawab Arsyad.

"Ouhhh" kata Afieq sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Saya panggil abang ni, abang Fiq eh"

"Erm, tak nak lah. Panggil aku abang Wan"

"Ok"

"Mengada!" celah Sofia.

"Eh, suka hati lah"

"Kita nak singgah mana-mana dulu ke?" soal Arsyad.

"Ha, singgah kedai baju jap. Akak nak beli baju. Abang belanja kan?" kata Sofia sambil pandang Afieq.

"Aku tak nak belanja kau"

"Ala, kenapa?"

"Kau kata aku ni mengada" balas Afieq.

Maka, Sofia dan Arsyad memandangnya dengan pandangan *krik-krik*

Ehh, macam mana Arsyad nak pandang Afieq kalau dia tengah memandu?

Em, abaikan -_-

***

Natasya duduk di atas kerusi di beranda rumahnya sambil vape di pegangannya.

Ceh, acah-acah je nak pegang vape.

"So, bila boleh mula?"

"Kau ni tak reti nak sabar ke ha? Dia baru nak balik hari ni. Bagi lah dia enjoy-enjoy dulu"

"Kau ni, kalau nak bertindak tu, bertindak lah awal"

"Suka hati aku lah nak bertindak bila. Kau diam dan hanya menunggu masa untuk bertindak je" balas Natasya.

"Em, yelah. Kalau aku dah culik diorang, nak campak dua ekor tu dekat mana?"

"Nanti aku bagi tahu lokasinya"

"Kau rasa sekarang Sofia duduk mana?"

"Aku rasa dia tinggal dekat rumah Irsyad dulu"

"Kau nak aku tangkap diorang serentak ke?"

"Tak. Aku nak kau tangkap Arsyad dulu sebab aku ada benda nak buat dekat Arsyad tu"

"Kau nak buat apa?"

"Adalah" Natasya tersenyum sinis.

Zack hanya mendiamkan diri.

*****

Bersambung...

Heyya.

Maaf kalau part ni terlalu hambar.

Hoho, tak de idea lah wehh.

Di otak ini hanya ada idea untuk buat pembentangan geo je. Huhu.

Siapa yang belum buat pembentangan tu, gudluck yee.

Yang dah tu, tahniah lah ye sebab dah lepas. Hehehe😂

#batch02

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now