#2 ; Marah 👑

4.1K 217 0
                                    

Di Tokyo , Jepun

Irsyad melihat gambar Sofia di iphone 6 nya.

'Akhirnya, Naz dah jumpa kau'

Irsyad tersenyum.

"Abang tengok apa tu?"

Irsyad tersentak. Dia menoleh ke tepi.

"Ish kau ni. Terkejut abang"

Arsyad tersengih.

"Sorry"

"Kau nak apa?" tanya Irsyad.

"Daddy panggil abang"

"Nanti abang pergi" kata Irsyad sambil matanya memandang gambar Sofia.

"Abang tengok apa?"

"Nii.." Irsyad menunjukkan gambar Sofia pada Arsyad.

"Sofia? Abang rindu kak Sofia ke?"

Irsyad mengangguk.

"Tu la, Qi dah suruh abang call dia. Abang tak nak"

"Abang bukan tak nak call dia. Tapi abang busy lah" balas Irsyad.

"Suka hati abang lah!"

"Hm, abang pergi jumpa daddy kejap"

Irsyad terus berlalu dan berjumpa dengan ayahnya, Dato' Irfan.

Irsyad melangkah ke arah Dato' Irfan.

Kelihatan Dato' Irfan sedang berbual dengan seorang perempuan.

Irsyad tidak dapat melihat wajah perempuan itu kerana dia membelakangi tubuhnya.

"Syad"

"Daddy nak apa jumpa Syad?" soal Irsyad.

"Daddy nak kenalkan dekat Syad PA baru"

Perempuan itu menoleh ke arah Irsyad.

"Hai Syad" katanya sambil tersenyum sinis.

Irsyad terkedu. Rasa macam nak pengsan!

"Na.. Natasya?"

"Syad kenal Natasya?" soal Dato' Irfan.

Irsyad terdiam.

'Macam mana aku nak bagi tahu daddy yang perempuan ni bunuh mummy? Hm, kena cari time yang sesuai untuk bagi tahu'

"Lama kita tak jumpa kan?" Natasya mendekati Irsyad.

Irsyad menganjak ke belakang.

"Kenapa daddy ambil perempuan ni sebagai PA Syad? Tak ada orang lain ke?" tanya Irsyad pada Dato' Irfan.

"Dia bagus dalam menguruskan syarikat. Jadi, daddy ambil dia jadi PA Syad"

"Syad tak nak!"

"Nak atau tak nak, Syad kena terima jugak" balas Dato' Irfan.

"Syad tak suka perempuan ni!" Irsyad terus berlalu.

"Irsyad Haziq!" panggil Dato' Irfan.

Irsyad tidak layan. Dia terus berjalan meninggalkan mereka berdua.

Dato' Irfan mengeluh.

"Maafkan Syad ye. Perangai dia memang macam tu" kata Dato' Irfan pada Natasya.

"It's okay uncle. Nanti dia terima lah tu"

Dato' Irfan tersenyum.

***

Irsyad menutup pintu biliknya dengan kuat.

Dia mendengus geram.

"Tak guna! Kenapa kau cari aku sampai sini?!!" Irsyad menumbuk dinding dengan kuat.

Mengalir darah di celah jarinya.

"Kenapa kau muncul balik syial?!!" jerit Irsyad.

Dia menjatuhkan barang-barangnya yang berada di atas meja.

Arsyad yang berada di bilik sebelah terkejut mendengar jeritan Irsyad.

Dia terus berlari ke bilik abangnya.

"Tak guna!!" Irsyad menjerit lagi.

Arsyad membuka pintu bilik Irsyad.

Dia terkejut melihat keadaan bilik Irsyad.

Barang-barang bersepah di atas lantai. Ada yang pecah, retak dan sebagainya lah.

Arsyad mendekati Irsyad.

"Abang.."

Irsyad diam. Dia menundukkan wajahnya.

"Abang, kenapa ni?" tanya Arsyad.

Irsyad masih mendiamkan diri.

Arsyad melihat darah mengalir di celah jari Irsyad.

"Darah?"

Arsyad menoleh ke arah dinding.

'Tentu abang terlalu marah, sebab tu lah dia tumbuk dinding'

"Abang, tangan abang berdarah ni. Qi ubatkan ye?"

Arsyad mengambil kotak first aid yang terletak di dalam almari.

Dia memegang tangan Irsyad lalu menyapu ubat.

Irsyad hanya diam.

"Abang, cuba cerita dekat Qi. Kenapa abang mengamuk tiba-tiba ni?" soal Arsyad.

Irsyad memandang Arsyad. Tiba-tiba air matanya mengalir.

"Abang, kenapa ni?"

"Perempuan tu.. Dia datang balik"

"Perempuan? Maksud abang, Natasya ke?"

Irsyad mengangguk.

"Abang takut. Dia muncul balik"

"Abang bertenang ye. In sha allah kita semua selamat" Arsyad memeluk Irsyad.

"Abang takut dia cederakan daddy atau pun Qi"

"Abang jangan risau. Abang jangan fikir lagi pasak perempuan tu. Abang pergi rehat, kan abang penat uruskan syarikat tu" Arsyad meleraikan pelukannya.

Irsyad mengangguk. Dia berjalan ke arah katilnya dan merebahkan badannya ke atas katil.

Arsyad berlalu keluar dari bilik Irsyad.

**********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now