#19 ; Tengok Apa ?👑

3.2K 156 2
                                    

Natasya membuka aplikasi Instagram.

Instagram Irsyad dicari. Akhirnya, dia jumpa.

Dia melihat gambar-gambar yang dipost oleh Irsyad. Hatinya panas tatkala melihat semua gambar yang dipost itu ialah gambar Irsyad bersama kekasih barunya, Sofia.

"Begitu bahagia aku tengok korang" katanya seorang diri.

Dia melihat lagi gambar-gambar itu.

"Macam mana perempuan ni boleh bahagiakan hidup Haziq? Susah payah aku hancurkan hidup dia dengan bunuh mak dia. Apa dia ingat bunuh orang tu senang ke?"

Natasya menekan satu gambar. Gambar itu ada mengetag nama instagram Sofia.

Dia melihat pula instagram Sofia.

"Heh, kau fikir kau akan bahagia dengan Haziq?"

Natasya melihat gambar-gambar yang dipost oleh Sofia.

Senyuman sinis dilemparkan.

"Puteri Aliyanna Sofia. Aku akan musnahkan kau sebab kau dah rampas Irsyad Haziq dari aku"

***

Setelah saja berjumpa Syakir di hospital, Irsyad, Sofia dan Afieq singgah ke Shopping Mall manakala Adam, Nazri dan Amirul entah pergi ke mana. Syukri dan Aidil pula masih di hospital. Tak tahulah apa yang diorang buat kat situ.

Mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar kawasan Shopping Mall itu sambil mata mereka meliar-liar memerhati barang yang dijual di situ.

Yang paling bersemangat nak pergi Shopping Mall ni, dah tentulah Sofia. Dia yang beria sangat suruh Irsyad bawak dia ke sini. Irsyad dan Afieq pun hanya menurut perintah si Puteri ni.

Dan yang paling bernasib malangnya, Irsyad dan Afieq yang kena bawak barang-barang Sofia.

Sabar je lah.

Sofia berjalan di hadapan manakal Irsyad dan Afieq berjalan di belakang.

"Amboi, lenggangnya budak depan tu jalan. Macam tak beli barang apa pun" perli Afieq.

"Betul, macam kita pulak yang borong barang banyak-banyak nih" sokong Irsyad.

Jaranglah Irsyad nak menyokong orang nih.

Sofia menjeling memandang mereka berdua di belakang.

"Abang-abang sado sekalian, please jangan merungut kalau bawak barang tuh. Just shut up ok! Memekak je kat belakang tuh" Sofia meneruskan langkahnya.

Afieq dan Irsyad membuat roll eyes sebelum mengikut langkah Sofia.

Tiba-tiba Irsyad terpandang sesuatu.

Dia memberhentikan langkahnya. Afieq memandang Irsyad dengan pandangan pelik.

"Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba je berhenti" tanya Afieq.

"Tengok tu"

Afieq turut melihat apa yang dilihat oleh Irsyad.

Dia juga memberhentikan langkahnya.

Sofia menoleh ke belakang saat menyedari bahawa Irsyad dan Afieq tidak mengikutinya. Dia terlihat Afieq dan Irsyad sedang melihat ke arah sesuatu.

Sofia melangkah ke arah mereka berdua.

"Hoi! Korang skodeng siapa nih?"

"Shhuutt!" kata Afieq dan Irsyad serentak.

Sofia mengangkat sebelah keningnya.

"What are you looking at?" soal Sofia sekali lagi.

"Look at there" kata Irsyad.

Sofia melihat ke arah yang dikatakan oleh Irsyad.

Dia tergamam.

*****

Bersambung...

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now