#28 ; Emily 👑

2.7K 125 1
                                    

Sofia dan Irsyad melangkah masuk ke dalam cafe.

Ramai juga yang datang ke cafe hari ini.

Setelah memesan makanan dan minuman, mereka mencari tempat duduk.

Mereka memilih tempat di tepi tingkap.

Baru saja Sofia hendak duduk, dia ternampak kelibat seorang perempuan yang dia kenali sedang duduk di meja depannya sambil menghirup air yang dipesan.

Wajahnya bertukar ceria. Dia mengangkat kakinya melangkah ke meja yang diduduki perempuan itu.

"Weh, kau nak pergi mana?" soal Irsyad sebaik saja dia nampak Sofia mahu melangkah pergi.

Soalan yang dilemparkan oleh Irsyad itu tidak dilayan. Dia meneruskan langkahnya ke meja itu. Tiba saja di meja itu, dia terus menegur perempuan itu.

"Emy!!"

Emily yang khusyuk sangat termenung itu mula terkejut.

Dia memandang Sofia .

"Sofia! Terkejut aku"

Sofia tersengih lalu duduk berhadapan dengan Emily.

"Sorang je ke?" tanya Sofia.

"Sorang je lah. Aku ni kan lonely. Tak macam kau, dah berpunya"

"Ye ke lonely? Are you sure?" Sofia memandang Emily sambil mengangkat-angkat keningnya.

Emily terdiam.

"Kau ni dah kenapa pandang aku macam tuh?" tanya Emily.

"Hehe, saja"

"Er, kau datang dengan siapa?" soal Emily mahu mengubah topik perbualan.

"Dengan Irsyad lah" jawab Sofia.

"Mana Irsyad?"

"Dekat sini ha. Sampai hati kau tinggalkan aku" tiba-tiba Irsyad muncul lalu duduk di sebelah Sofia.

"Hehe, sorry"

Irsyad memandang Emily.

"Eh, Emy! Sorang je ke?"

"Hish! Perlu ke tanya aku soalan tuh?"

"Heh, kenapa tak ajak Iq.." belum habis lagi Irsyad hendak berkata, Sofia pantas menekup mulutnya.

"Iq?" Emily memandang mereka dengan perasaan curiga.

"Er, sebenarnya dia nak tanya, kenapa tak ajak ibu kau?" kata Sofia lalu melepaskan tangannya.

"Ouh, ibu aku kata, dia malas nak keluar. Nak keluar dengan adik aku pun, dia busy nak SPM" jawab Emily.

Sofia dan Irsyad hanya mengangguk.

"Kirim salam dekat keluarga kau ye?" kata Sofia.

"Ok. Kirim salam jugak dekat mama dan papa kau"

Sofia mengangguk.

Tiba-tiba seorang pelayan muncul sambil membawa makanan dan minuman yang dipesan oleh Irsyad dan Sofia. Selesai saja meletakkan hidangan itu di atas meja, dia pun beredar.

"Sofia, macam mana kau dekat Korea tu? Okay?" soal Emily sambil memandang Sofia.

"Em, okay je. Dekat sana aku just kawan dengan Naz dan kawan dia, Hairul" jawab Sofia.

"Seriously? Kau tak ada kawan baru perempuan ke?"

Sofia menggeleng.

Irsyad di sebelah hanya mendiamkan diri dan fokus terhadap makanannya.

"Hm, kau still lagi kawan dengan 7 Prince Hots ni kan? Tapi tak apa, aku tak kisah. Yang penting diorang selalu ada untuk kau"

Sofia tersenyum.

"Syad, kau ingat lagi dekat Salina?" Emily memandang Irsyad yang sedang menjamah makanannya.

Irsyad memberhentikan kunyahannya lalu memandang Emily.

"Salina?" kata Irsyad sambil mengunyah makanannya perlahan-lahan.

"Ye lah. Salina yang terhegeh-hegeh dekat kau tu"

"Ouhh, perempuan tu. Ha, kenapa dengan dia?" soal Irsyad.

"Dengar cerita dia dah berubah. Dah jadi baik, solehah" balas Emily.

"Heh, kau pun sama dah berubah. Dulu pendiam, tak nak berbual dengan aku. Sekarang nih, dia punya bual tu, macam dah setahun berkawan" kata Irsyad.

"Kau pun apa kurangnya? Dulu dingin, sekarang dah jadi peramah" Sofia mencelah.

"Kau pun sama ada perubahan. Dulu hodoh, sekarang dah makin cantik" balas Irsyad.

"Ye ke aku makin cantik?"

"Ye wahai Puteri ku sayang"

"Eii, korang nih. Nak bersweet tu dekat tempat lain lah. Jangan dekat depan aku" kata Emily.

"Sorry" Irsyad dan Sofia tersengih.

"Weh, nanti hantar gambar tu dekat aku tau?" Sofia membisik pada telinga Irsyad.

"Ok" Irsyad membuat wink 😉.

"Ha, apa yang korang tengah bisik-bisik tu?" tanya Emily.

"Tak ada apa-apa!" serentak Irsyad dan Sofia menggeleng.

"Haih, apa-apa saja lah korang berdua nih. Aku gerak dulu lah. Nanti kita jumpa lagi ye?"

"Ok. In sha allah"

"Bye!" Emily bangun dari duduknya lalu beredar.

Sofia dan Irsyad pula menyambung makan makanan yang mereka pesan.

*****

Bersambung..

Morning guys☀

Have a nice day!

Sorry, sebab mlam tadi Muaz tak update story ni smpai bab 30.

Muaz kehilangan ideaa.

Btw, Muaz akan cuba jugak untuk update smpai bab 30.

Okay ?

Gudbye👋🏻

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now